CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Bank Greece bakal terima tambahan 130 bilion euro

[Copy link]
Post time 21-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MENTERI Kewangan zon euro bertemu di Brussels semalam dalam kesuntukan masa bagi memuktamadkan pakej penyelamatan baru Greece sebanyak 230 bilion euro (RM912 bilion) bagi mengelakkan negara berkenaan daripada gagal membayar hutangnya.\rSelepas beberapa minggu bermulanya rundingan yang sukar, menteri berkenaan dijadualkan memulakan mesyuarat di ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) lewat malam semalam, bagi mendapat persetujuan terhadap syarat pertukaran bon pelabur swasta, yang dijangka dilancarkan Rabu ini.\r\n\n\n\n\r Mereka berharap langkah penting itu boleh menghapuskan cadangan bahawa Athens dikeluarkan daripada pakatan mata wang tunggal Eropah itu.\r\r\n\n\n\n\nDireka untuk menghapuskan hutang berdaulat Greece bernilai 100 bilion euro, perjanjian baru itu akan dikeluarkan sebagai balasan kepada pemberian hak ke atas bon lama yang sudah hilang nilai pasaran.\rKerajaan di zon euro akan menyuntik 130 bilion euro lagi dalam bank Greece, jaminan merangkumi pertukaran bon rasmi dan pinjaman tunai kepada kerajaan Athens.\rTetapi penyampaian penuh serta bantuan Tabung Mata Wang  Antarabangsa (IMF), akan bergantung pada syarat pengurangan perbelanjaan Kesatuan Eropah (EU) dan pembaharuan yang membuahkan hasil.\rBagi penjaga kerajaan Greece yang diketuai Lucas Papademos, bantuan kewangan diperlukan untuk membayar balik bon sebanyak 14.5  bilion euro berakhir 20 Mac.\r\n\n\n\rDi Washington, Setiausaha Perbendaharaan Timothy Geithner berkata perjanjian baru itu layak mendapat sokongan komuniti antarabangsa dan IMF.\rKumpulan 20 ekonomi utama itu akan bermesyuarat minggu ini di Mexico meninjau untuk meningkatkan sumber pinjaman IMF.\rPasukan kecil pegawai EU ditubuhkan di Athens bagi memastikan Greece menunaikan janjinya termasuk pengurangan 22 peratus gaji minimumnya dan potongan 12 peratus pencen yang lebih daripada 1,300 euro sebulan.\rRakan EU melihat Greece sebagai mangsa kepada salah urus kewangan oleh dinasti kuasa politik – yang disifatkan Perdana Menteri Itali, Mario Monti pada minggu lalu sebagai kesilapan ‘Katalog sempurna’.\rTetapi kerajaan Itali berkata pada Jumaat lalu bahawa Canselor Jerman, Angela Merkel, Monti dan Papademos yakin perjanjian itu dapat dicapai semalam.\rDengan mengetepikan masalah Greece membolehkan pemimpin zon euro menumpukan kepada membina pelindung kewangan terhadap mata wang pada Sidang Kemuncak euro 2 Mac ini. – AFP\rFAKTA\rPakej Penyelamat Greece \rKerajaan di zon euro akan menyuntik 130 bilion euro lagi dalam bank Greece, jaminan merangkumi pertukaran bon rasmi dan pinjaman tunai kepada kerajaan Athens.\rBantuan kewangan diperlukan untuk membayar balik bon sebanyak 14.5  bilion euro berakhir 20 Mac.\rKumpulan 20 ekonomi utama itu akan bermesyuarat minggu ini di Mexico meninjau meningkatkan sumber pinjaman IMF.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.125109 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list