CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Johor yakin pemain bangkit

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengendali, Sukumaran mahu buru slot ke Liga Super musim depan\rJURULATIH Johor, K Sukumaran menyandarkan harapan tinggi kepada anak buahnya melakukan kebangkitan bagi memburu slot ke Liga Super musim depan, biarpun di atas kertas tugas itu tampak mustahil.\r\n\n\n\n\r  Sedar betapa kepayahan yang perlu diharungi tatkala Johor kini menghuni tangga ketujuh selepas mengutip sembilan mata, Sukumaran berharap perlunya titik noktah bagi menghapuskan badi kekalahan, dengan memburu kemenangan apabila berdepan Perlis di Stadium Utama, Kangar, 2 Mac ini.\r\r\n\n\n\n\n  Untuk memastikan kesebelasan utama skuad bergelar Jengking itu bersedia menyambung kempen Liga Perdana tatkala rehat sembilan hari, dua aksi persahabatan diatur dengan dua kelab yang beraksi dalam Liga Singapura (Liga-S).\r“Aksi pertama Johor menentang Tampines Rovers Jumaat ini dan ia pasti dijadikan penilaian terbaik bagi mencari barisan pemain lebih mantap manakala satu lagi perlawanan sedang diatur oleh pengurus pasukan, Fandi Ahmad.\r“Kemungkinan penyerang, Mohd Fauzzi Kassim tidak akan diturunkan kerana kecederaan yang belum pulih sepenuhnya dan saya tidak mahu mengambil risiko.\r“Mengenai tiga kekalahan Johor sebelum ini, saya anggap ia satu suratan kerana kami berdepan pasukan yang mantap dan berpengalaman. Apapun, ada peningkatan yang dipamerkan pemain Johor,” katanya.\r\n\n\n\rSukumaran juga lega dengan peningkatan dua pemain importnya, penyerang Juan Muriel Orlando  dan pemain tengah Andre Francisco tetapi mengakui persefahaman mereka dengan pemain tempatan masih belum serasi.\r“Sebab itu saya perlu adakan perlawanan persahabatan bagi mencari kombinasi dan persefahaman mereka dan saya yakin masalah ini dapat diselesaikan sebelum berkunjung ke Perlis nanti,” kata Sukumaran.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.268991 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list