CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

MAHB beri taklimat pemberian 39 lot kedai di KLIA2

[Copy link]
Post time 23-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengadakan taklimat berhubung pemberian tender kedua membabitkan 39 lot kedai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 29 Februari dan 6 Mac ini, di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang.\rPengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Komersialnya, Faizah Khairuddin, berkata ia membabitkan kategori runcit, makanan dan minuman (F&B) serta perkhidmatan, bagi lot kedai bahagian darat dan bahagian udara KLIA2, iaitu ruang-ruang kedai di kawasan sebelum dan selepas pemeriksaan imigresen. \r\n\n\n\n\r  “Dokumen tender boleh dibeli dari 29 Februari hingga 27 Mac, manakala tarikh akhir penyerahan ialah pada jam 3 petang, 3 April depan.\r\r\n\n\n\n\n  “Maklumat lanjut berhubung taklimat tender kedua itu boleh didapati di laman web www.klia2.com.my,” katanya pada taklimat media berhubung tender kedua itu di Kuala Lumpur, semalam.\rTaklimat tender KLIA2 diberikan dalam tiga fasa. Fasa pertama diadakan Disember tahun lalu membabitkan 27 lot kedai.\rFaizah berkata, KLIA2 menyediakan 225 lot kedai, yang mana 118 diperuntukkan untuk peruncitan, 81 untuk makanan dan minuman, dan baki 26 bagi perkhidmatan membabitkan kedua-dua bahagian sebelum dan selepas pemeriksaan imigresen.\rPemenang konsesi bagi 225 lot di KLIA2 akan diumumkan Julai depan, katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata, selaras strategi MAHB menambah pendapatan daripada sektor bukan aeronautikal, KLIA2 menawarkan ruang perniagaan seluas 35,200 meter persegi di kawasan laluan utama.\rPeruntukan ruang komersial itu, katanya jauh lebih besar berbanding di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menawarkan ruang seluas 25,000 meter persegi.\rFaizah berkata, pihaknya mensasar mencatat transaksi jual beli bernilai RM1.6 bilion setahun apabila kesemua 225 lot kedai beroperasi sepenuhnya, berbanding RM900 juta setahun di KLIA ketika ini.\rBeliau menjangkakan aliran penumpang lebih tinggi di KLIA2 iaitu sekitar 30 juta setahun dalam tempoh lima tahun akan datang, berbanding 17 juta setahun di KLIA ketika ini.\rSementara itu, AirAsia Bhd pula mengunjurkan 50 peratus daripada penumpangnya akan menggunakan KLIA2 sebagai transit ke destinasi lain, katanya.\rMAHB mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia, lima daripadanya menawarkan penerbangan antarabangsa, 16 bagi domestik, dan 18 untuk pelepasan dan pendaratan jarak pendek.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057868 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list