CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7465|Reply: 38

[2012] ADNAN SEMPIT 2

[Copy link]
Post time 24-2-2012 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 25-2-2012 12:49

Cari tajuk cam tak de...sori mod kalau dah ada...tolong merge...

Bolehlah lepas stress lepas penat kerja...

perkataan lawak terpahat di otak..

Ahli koperasi...

kondifen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2012 09:22 AM | Show all posts
Filem Adnan Sempit 2

Share


Filem Adnan Sempit 2 terbaru arahan Ismail bob Hashim merupakan sinambungan dari Filem Adnan Sempit. “Dimana ada Highway, Disitu Ada Tol” itulah tagline Filem Adnan Sempit 2 yang terbaru ini. Filem ini bakal ditayangkan serentak di seluruh pawagam pada 23 Februari 2012.


Filem Adnan Sempit 2 dilakonkan oleh pelakon yang tak asing lagi iaitu Shaheizy Sam (Adnan) bersama Intan Ladyana (Nadia) dan Yana Samsudin (Wawa) dan juga Along Cham (Bobby). Filem Adnan Sempit 2 ini dengan durasi 89 minit bergenre Aksi dan Komedi. Tak sabar rasanya nak tonton telatah Adnan pada filem kali ini. Sebelum layan Filem Adnan Sempit 2 meh kita layan Sinopsis dan Trailer.


Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2 mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.


http://profhariz.com/2012/02/filem-adnan-sempit-2/


ps. AKSI KEJAR MENGEJAR DALAM PASAR BASAH DAN AREA AMPANG CITY memang kelakar habis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:22 AM | Show all posts
best....dialog kelakar...tp kadangkala x jelas apa yg disebut....

ok la berganda2 dr citer mat salleh zoolander
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 01:13 PM | Show all posts
REVIEW BYK KATA BEST NMPK
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 02:15 PM | Show all posts
da tgk mlm td...memang best...dr awal smpai abes dok gelak jeee...lg bes dr yg 1st la rasenye
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 01:06 PM | Show all posts
da tengok semalam. macam biasa, thumbs up!!! sesuai untuk sesi bergembira bersama keluarga. Sam dalam cerita ni hensem.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2012 02:03 PM | Show all posts
FILEM: Pecah perut

FILEM: Adnan Sempit 2

GENRE: Komedi aksi
ARAHAN: Ismail Bob Hasim
PELAKON: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak
TAYANGAN: 23 Februari 2012
ULASAN: Shakilawati Abd Rahman

         
BERIKUTAN kejayaan Adnan Sempit mencatat kutipan RM8 juta, sekuel filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) ini, Adnan Sempit 2 sememangnya dinanti. Ramai tertanya-tanya adakah karya sentuhan Ismail Bob Hashim lebih baik berbanding karya terdahulu arahan Ahmad Idham, seterusnya mampu mengatasi kutipan RM8 juta?

Jika menerusi Adnan Sempit penonton disajikan dengan kisah Adnan, mat rempit yang jatuh cinta dengan wanita korporat bernama Nadia, dalam sekuel ini Adnan terpaksa memenuhi syarat diletakkan bapa Nadia, Datuk Ithnin, jika mahu mengahwini Nadia.
Tidak dinafikan dari awal tayangan hingga penghujung cerita sarat dengan adegan lucu yang mampu menggeletek hati penonton. Selain fokus diberikan kepada usaha Adnan untuk berubah, termasuk belajar bertutur bahasa Inggeris, tampil dengan imej baru sebagai ahli korporat dan belajar bermain golf, hubungan tegang antara teman baiknya, Bobby dan Wawa turut menyerikan naratif.

Menerusi garapan Bob, Nadia bukan lagi gadis sombong, garang dan gigih bekerja, sebaliknya digambarkan sebagai kekasih dan anak berjiwa lembut serta manja.


Bagi menambah perisa turut diselitkan watak baru iaitu Fendi lakonan Syuk Balas, sepupu Nadia yang diberi amanah oleh Datuk Ithnin untuk menggagalkan usaha Adnan.


Persembahan barisan pelakon tidak menghampakan. Masing-masing berjaya menzahirkan watak dengan baik, bahkan nampak peningkatan positif dalam mutu lakonan Intan Ladyana.

Setiap watak ada unsur komedi kuat, bahkan penonton pasti pecah perut dengan aksi ditonjolkan kali ini, terutama menerusi karakter Adnan, Bobby (Along Raja Lawak) yang sering bercakaran dengan teman niaganya, Ismat (Angah Raja Lawak) serta Fendi.

Beberapa babak mampu melekat di minda penonton. Antaranya, aksi Adnan mengejar Bobby yang patah hati apabila ditinggalkan Wawa memandu motosikal sekitar kota hingga meredah masuk ke tempat tidak dijangka iaitu pasar borong dan pusat beli-belah. Turut mencuit hati, babak Datuk Ithnin dan isteri (Aznah Hamid) menunggang motosikal kapcai.

Pun begitu, jalan cerita kali ini longgar dan kurang kemas. Ada beberapa babak terlalu meleret. seperti adegan Bobby beradu kehebatan dengan Cikaru, awek yang hebat mengendalikan motosikal.

Rasanya kalau babak itu digantikan dengan sesuatu yang lebih menyengat, pasti memberi impak yang lebih. Namun kekurangan yang ada diselamatkan dengan adegan lucu Adnan yang cuba menenangkan Bobby

Adnan Sempit 2 mengisahkan Adnan terpaksa memenuhi permintaan Datuk Ithnin yang meletakkan syarat dia mesti fasih bertutur Bahasa Inggeris dan tampil dengan imej ahli korporat dalam tempoh 30 hari jika mahu mengahwini Nadia.

Biarpun sedar tidak mungkin syarat berkenaan mampu dipenuhi dalam tempoh sesingkat itu, Adnan nekad berusaha. Dia mendapatkan bantuan Bobby untuk mengajarnya bermain golf dan bertutur bahasa Inggeris, manakala Ismat pula mengajarnya memandu kereta.

Pelbagai adegan kelakar berlaku sepanjang proses itu, malah Adnan serta Nadia berusaha merapatkan kembali hubungan Bobby dan Wawa yang kian renggang akibat sikap Bobby yang pemalas dan tidak mahu berusaha untuk lebih berjaya.

Kesimpulannya, Adnan Sempit 2 memang menghiburkan. Karya ini boleh buat anda ketawa geli hati dan lupa pada masalah yang ada.


HARIAN METRO

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:03 PM | Show all posts
best ke?...leh laa aku donlod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2012 11:13 PM | Show all posts
filem ni ok...aku dh tgk....
tp ada dua part je yg aku gelak...yg lain senyum simpul je lah...
utk org yg mmg skeptikal kat filem MIG tak pyh la tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:56 AM | Show all posts
haha..citer ni mmg best..antara dialog2 yg xblh lupa :

-conditioner = condition
-prokotol     = protokol

scene2 yg best :

-masa dlm bilik meeting adnan buat presentation
-scene adnan kejar bobby smpai dlm pasar..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:40 AM | Show all posts
aku baru tgk semalam
jalan cerita smooth, banyak part lawak...
banyak benda lawak dari dialog dia... ahli koperasi etc etc
kalau ikut wartawan, kata scene kejar2 motor sampai masuk shopping kompleks tu mengarut, bagi aku ok scene tu..... tak terlalu lama dan sesuai nak dijadikan bahan lawak..
berbaloi sape2 yang nak tgk kat wayang... memang banyak yang boleh diketawakan

syuk berlakon tak best
apasal wawa dalam AS2 ni banyak cakap jerit2....

scene paling best bagi aku, adnan kantoi ngan fendi... tangan si fendi tak abis2 merayap... lawak giler

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:06 PM | Show all posts
terbaeekk derr...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 12:44 AM | Show all posts
filem ni ok, tp nak kata sgt best tu x dapat la.

ada certain part meleret2 mcm part adnan kejar bobby tu smpi ke pasar la, shopping kompleks la..

aku x paham scene tu knp adnan nak kejar bobby.. kalo setakat isi ms lapang yeah cerita ni kira sesuai la, tp kalo nak rs wow feel, lupakan je la citer ni, gi layan citer lain lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:44 AM | Show all posts
Kutipan terkini

Adnan Semp-it 2
AKSI / KOMEDI        1.82 juta        23.02.2012        3.62 juta *        84

*Kutipan terkini sehingga 28 Februari 2012
Sumber finas
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 12:37 PM | Show all posts
okla.. tapi lakonan macam dibuat2 sangat.. pengarah ni bagi aku kureng bagus daripada ahmad idham la..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 02:20 PM | Show all posts
tengok citer ni macam tawar je seme..knape tak berapa nk klakar...aduhhh..apsal sekuel je msti tak best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 05:47 PM | Show all posts
cerite terlalu banyak fantasi. mat2 rempit kalo tengok citer nih mesti sengih sampai ke telinga. pastu banyak scene syok sendiri. pe benda ntah kejar2 sampai pasaraya, takde sebab kukuh pun. tak penah minat sam tp terminat plak ngan lakonan dalam songlap. tp tengok citer nih terus tak minat balik. terlalu nampak macam tengah berlakon. pastuh apesal banyak sangat terhegeh2 nak bikin trademark ke ape..

rating: tertido 10 minit jek
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:20 PM | Show all posts
Adnan Semp-it 2
AKSI / KOMEDI        1.82 juta        23.02.2012        6.33 juta *        82


*Kutipan terkini sehingga 06 Mac 2012
Sumber Finas
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:27 PM | Show all posts
Adnan Semp-it 2
AKSI / KOMEDI        1.82 juta        23.02.2012        6.33 juta *        82


*Kutipan terkini sehingga 06 ...
matsyeh Post at 8-3-2012 12:20


Pergggghhhhhh lawak btooool errmmm pengunjung pawagam di msia masih di takok lama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 07:24 PM | Show all posts
x klakar pon scene kejar2 kat psr raya..mungkin diri ini kurang sense humor kot..
overall cter ni x best..hu3
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.080900 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list