CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81|Reply: 0

'Ambil iktibar aksi hambar final Sukan Asia'

[Copy link]
Post time 24-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HARAP pisang tidak berbuah dua kali! Itu harapan dilontarkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada skuad hoki kebangsaan yang bakal beraksi di pusingan kelayakan Olimpik di Dublin, 10 hingga 18 Mac ini. Tengku Abdullah berkata, setiap pemain perlu mengimbau kembali peristiwa silam tewas kepada Pakistan dalam aksi final Sukan Asia 2010 dengan hanya meraih pingat perak walaupun sudah mempamerkan aksi cemerlang ketika itu.\n\n\n\n   “Imbas kembali detik final di Sukan Asia, pasukan berjaya mempamerkan aksi terbaik di sana namun perlawanan akhir nasib tidak memihak kepada negara.   “Saya harap mereka sedar akan tanggungjawab besar yang dipikul kali ini dan mencipta kejayaan,” katanya dalam sidang media selepas bertemu 18 pemain yang menggalas cabaran negara itu, semalam. \n\n\n\n\n\nDalam pada itu pengurus pasukan, George Koshy mengumumkan senarai 18 nama terakhir daripada 21 pemain sebelum ini buat menggalas cabaran itu dengan menyaksikan dua adik-beradik dipilih iaitu Mohd Fitri Saari dan Faizal Saari.Skuad NegaraRoslan Jamaluddin, S Kumar, Muhammad Izzat Mohd Rahim, Muhamad Amin Rahim, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Izwan Firdaus Mohd Nor, Faizal Saari, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Azlan Misron, Nabil Fiqri Mohd Noor, Muhammad Razie Abd Rahim, Hafifihafiz Hanafi, Baljit Singh, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Azreen Rizal Nasir.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065545 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list