CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95|Reply: 0

Le Tour de Langkawi: Pelumba kebangsaan pamer semangat juang tinggi

[Copy link]
Post time 26-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
STRATEGI menjadi. Pasukan kebangsaan dilihat lebih berani dalam melakukan serangan sekali gus mengutip mata pecutan pada Peringkat 2 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Putrajaya ke Melaka, semalam.\r“Inilah perbezaan berbanding LTdL lalu, di mana saya mahu salah seorang daripada pelumba yang memiliki keupayaan memecut cuba untuk berada di depan dan mengumpul mata pecutan sebanyak mungkin.\r\n\n\n\n\r   “Mereka mempunyai keazaman tinggi dan semakin matang, mungkin selepas ini pada Peringkat 3 esok (hari ini), saya akan merehatkan pelumba pecut dan memberi ruang kepada pelumba pendaki pula memberi kayuhan terbaik,” kata jurulatih Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan.\r\r\n\n\n\n\n   Hussaini berkata, strategi pasukan adalah menggunakan sepenuhnya kudrat pelumba yang boleh melakukan pecutan seperti Suhardi Hassan, Ahmad Fallanie Ali dan Mohd Nur Rizuan Zainal untuk mengutip mata di zon pecutan. \rPelumba lain, Amir Mustafa Rusli, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi dan Mohd Rauf Nur Misbah, akan dikerah pada peringkat laluan berbukit terutama di Genting Highlands nanti.\rPada Peringkat 2 sejauh 151 kilometer semalam, Amir menamatkan saingan di tempat ke-57, diikuti Suhardi (58), Rauf (65), Fauzan (77), Rizuan (84) dan Fallanie (102), dalam perlumbaan yang menyaksikan penamat secara beramai-ramai dengan catatan masa sama, 3 jam 35 minit 19 saat.     \rRizuan bagaimanapun mencuri tumpuan apabila meraih lima mata selepas muncul pelumba ketiga tiba di zon pecutan pertama di Salak Tinggi dan pecutan kedua di Port Dickson, dan keempat di zon pecutan ketiga di Masjid Tanah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048034 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list