CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

Projek Emkay RM3.8b di Cyberjaya

[Copy link]
Post time 29-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
EMKAY Group akan membawa masuk gelombang pembangunan ketiga dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3.8 bilion ke Cyberjaya yang bakal merubah persekitaran bandar pintar yang mendapat pengiktirafan dunia itu menjadi lebih mesra serta sesuai didiami pada masa depan.\rPengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, berkata selain meneruskan usaha membina lebih banyak ruang pejabat, pembangunan gelombang pembangunan ketiga Cyberjaya 2012-2016 itu akan menyaksikan pembinaan lebih banyak unit kediaman, komersial dan pusat perkhidmatan bagi melengkapkannya sebagai sebuah bandar pintar global masa depan.\r\n\n\n\n\r  “Dalam tempoh lima tahun akan datang (2012-2016), Emkay Group akan memulakan pembangunan ruang pejabat tambahan seluas 3.1 juta kaki persegi, membina 3,250 unit kediaman pelbagai jenis, 856 unit komersial, dan kawasan perindustrian ringan untuk perkhidmatan sokongan automotif,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata demikian pada taklimat media membentangkan hala tuju kumpulan itu dalam membangunkan Cyberjaya ke tahap berikutnya di Cyberjaya semalam.\rMustapha berkata, jika pembangunan di Cyberjaya sebelum ini yang menerapkan konsep ‘bina dulu dan sewa kemudian’ dengan tumpuan kepada teknologi hijau terbukti berjaya menggandakan kemasukan syarikat asing ke bandar pintar itu, pembangunan kali ini pula khusus bagi melengkapkan Cyberjaya menjadi sebuah bandar pintar global masa depan.\rBeliau berkata, langkah itu bakal merubah tanggapan umum ketika ini, iaitu Cyberjaya hanyalah tempat untuk bekerja dan tidak menyediakan kemudahan tambahan kepada mereka yang tinggal di situ, seperti ketiadaan pusat servis kenderaan, tempat beriadah dan sebagainya.\rEmkay Group, katanya komited meningkatkan pelaburannya sebanyak tiga kali ganda bagi merealisasikan semua rancangan yang sudah dirangka sepanjang tempoh lima tahun akan datang.\r\n\n\n\r“Sejak menggerakkan dua gelombang pembangunan sebelum ini, kami berjaya meletakkan Cyberjaya sejajar aspirasi kerajaan ke arah merealisasikan bandar pintar pertama di Malaysia,” katanya.\rMustapha berkata, pembangunan gelombang ketiga itu akan membabitkan kawasan seluas 44.96 hektar.\rBeliau menegaskan, bagi membolehkan pelbagai lapisan masyarakat daripada pelbagai sosio ekonomi di negara ini tinggal di Cyberjaya pada masa depan, Emkay Group akan mengambil inisiatif khusus memastikan rumah mampu milik dibina di bandar pintar itu.\rBeliau berkata, kumpulan itu bercadang menggunakan sebahagian daripada keuntungan diraih daripada pembangunan projek gelombang ketiga itu untuk disalurkan kepada membina rumah mampu milik pada masa depan.\r“Kita tidak boleh tamak,” kata beliau.\rCyberjaya baru-baru ini diiktiraf Kerajaan Jepun sebagai bandar masa depan dan  dijemput menghadiri Forum Inisiatif Bandar Masa Depan 2011.\rSetia Haruman Sdn Bhd adalah pemaju utama Cyberjaya, yang mana 75 peratus kepentingannya dikuasai Emkay Group, manakala bakinya oleh UEM Group.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.220841 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list