CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

Keuntungan Sime Darby melonjak RM2.2 bilion

[Copy link]
Post time 1-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pertumbuhan kukuh daripada semua enam perniagaan terasKEUNTUNGAN bersih Sime Darby Bhd dalam tempoh enam bulan berakhir 31 Disember lalu melonjak 40 peratus kepada RM2.2 bilion, berbanding RM1.6 bilion yang diraihnya dalam tempoh sama tahun kewangan lalu.\rIni sekali gus meletakkan konglomerat itu pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran keuntungan bersih RM3.3 bilion yang ditetapkan dalam petunjuk prestasi utamanya (KPI) bagi seluruh tahun kewangan semasanya berakhir 30 Jun 2012.\r\n\n\n\n\r  Keputusan kewangan separuh pertama tahun kewangan semasa itu disokong pertumbuhan kukuh pendapatan semua enam perniagaan terasnya, yang masing-masing berkembang sebanyak dua angka sepanjang tempoh dikaji.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam tempoh itu, kumpulan perladangan sawit terbesar dunia dari segi saiz ladang itu meraih pendapatan RM22.45 bilion, meningkat  kira-kira 20 peratus daripada RM18.67 bilion yang diraihnya sepanjang tempoh sama tahun kewangan lalu.\rPresiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata kumpulan yakin untuk mencapai sasaran petunjuk prestasi utamanya bagi tahun kewangan semasa meskipun berdepan situasi yang mencabar pada suku ketiga.\r“Seperti biasa, suku ketiga adalah tempoh paling mencabar kepada perniagaan kumpulan apabila dua bulan pertama dipenuhi dengan cuti umum manakala hasil buah segar pula biasanya kurang baik sama ada di Malaysia mahu pun Indonesia.\r“Kami menjangkakan prestasi suku ketiga yang lebih lemah berbanding suku terdahulu namun akan melihat kepada suku keempat untuk memperbaiki semula prestasi itu.\r\n\n\n\r“Berdasarkan analisis prestasi separuh pertama, kami kekal kepada sasaran KPI semasa iaitu keuntungan bersih RM3.3 bilion,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi kewangan Sime Darby di Kuala Lumpur, semalam.\rSepanjang tempoh dikaji, bahagian perladangan kumpulan mencatatkan keuntungan operasi RM1.8 bilion, meningkat 38 peratus daripada tempoh sama tahun lalu berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) lebih tinggi serta kecekapan operasi lebih baik.\rBahagian perindustrian pula mencatatkan prestasi kukuh hasil kegiatan perniagaan mantap dalam bidang perlombongan, pembalakan dan pembinaan di Malaysia serta Australia apabila meraih keuntungan operasi RM628 juta.\rOperasinya di Malaysia dan China pula menjadi faktor penting prestasi kukuh bahagian permotoran yang mencatatkan 11 peratus kenaikan dalam keuntungan operasi daripada RM277 juta kepada RM308 juta dalam tempoh dikaji.\rBahagian hartanahnya pula mencatatkan peningkatan ketara apabila keuntungan operasinya melonjak 46 peratus berikutan peratusan projek kediaman disiapkan lebih tinggi serta jualan yang kukuh.\rSementara itu, keuntungan operasi bahagian tenaga dan utilitinya berkembang 127 peratus dalam separuh pertama lalu hasil pendapatan tertunggak bernilai RM99 juta daripada loji kuasanya di Malaysia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056639 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list