CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

MAS catat kerugian RM1.28 bilion

[Copy link]
Post time 1-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENINGKATAN harga bahan api global serta peruntukan perbelanjaan yang tinggi terus memberi kesan kepada Penerbangan Malaysia (MAS) apabila ia mengheret syarikat penerbangan kebangsaan itu kepada kerugian bersih sebanyak RM1.28 bilion dalam suku keempat tahun lalu.\rIni menjadikan kerugian bersih terkumpulnya bagi seluruh tahun lalu berjumlah RM2.52 bilion, berbanding keuntungan bersih RM234 juta dalam tahun sebelumnya.\r\n\n\n\nKerugian itu dicatatkan di sebalik peningkatan pendapatannya yang meningkat dua peratus kepada RM13.90 bilion daripada RM13.58 bilion, manakala pendapatan suku keempat pula naik RM3.68 bilion daripada RM3.67 bilion.\r\rMenyifatkan kerugian itu amat menyakitkan bagi syarikat penerbangan kebangsaan itu, Ketua Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya, berkata semua langkah pemulihan perniagaan yang diumumkan MAS awal Disember lalu perlu dilaksanakan segera bagi membendung kerugian itu daripada berlarutan.\r\n\n\n\n\n\r“Jelas sekali, ini kerugian terbesar yang pernah dialami syarikat.\r“Program pemulihan perniagaan kumpulan yang termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kawalan kos serta melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif perlu direalisasikan secepat mungkin,” katanya dalam taklimat media mengumumkan prestasi tahun kewangan MAS di Kuala Lumpur, semalam.\rPelan perniagaan baru itu antara lain membabitkan lima inisiatif pemulihan utama selain penyusunan semula organisasi serta portfolio perniagaan yang akan meletakkan semula MAS sebagai syarikat penerbangan komersial paling berjaya.\rIa termasuk menghentikan laluan penerbangan yang tidak menguntungkan dan memperkenalkan anak syarikat penerbangan premium baru yang menumpukan kepada laluan jarak sederhana dan pendek di rantau Asia; mengembalikan semula keyakinan pelanggan dengan memanfaatkan penerimaan kumpulan pesawat baru serta meneruskan langkah penjimatan kos; menumpukan hanya kepada perniagaan teras dan mempermudahkan proses meraih dana untuk perbelanjaan modal.\rSemua insentif itu dijangka berupaya menjana keuntungan terkumpul antara RM1.178 bilion hingga RM1.508 bilion sehingga berakhirnya tahun kewangan 2013.\r“Bagi tahun kewangan semasa ini, tumpuan kumpulan adalah untuk membendung jumlah kerugian besar yang dialami MAS sebanyak mungkin. Saya yakin usaha ini jika dilaksanakan dengan betul bakal memberikan keputusan yang baik menjelang akhir tahun ini,” katanya.\rMenjelaskan kerugian yang dialami dalam tempoh suku keempat tahun lalu, Ahmad Jauhari berkata, kebanyakannya disebabkan peningkatan perbelanjaan bahan api sebanyak 25 peratus atau RM305 juta, selain peningkatan perbelanjaan bukan bahan api sebanyak 50 peratus atau RM1.09 bilion.\rKatanya, peningkatan perbelanjaan bukan bahan api dalam suku dikaji itu antara lain disebabkan kos penghantaran semula pesawat iaitu sebanyak RM602 juta, pembaharuan stok bahagian kejuruteraan (RM179 juta) dan penurunan penggunaan pesawat kargo (RM314 juta).\r“Bagi seluruh tahun lalu, perbelanjaan kumpulan meningkat 21 peratus kepada RM16.2 bilion berbanding RM13.41 bilion pada 2010 yang mana ia disebabkan peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion (RM4.38 bilion; 2010) dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan bahan api iaitu sebanyak RM10.43 bilion (RM9.03 bilion; 2010),” jelasnya.\rSementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Mohammed Rashdan Yusof, berkata syarikat penerbangan kebangsaan itu kini dalam peringkat memuktamadkan rancangan bagi mengukuhkan semula kedudukan kewangannya, bertujuan meningkatkan tunai, sekali gus mengukuhkan keupayaannya untuk membuat pinjaman.\r“MAS akan mengumumkan butiran terperinci mengenai rancangan itu dalam tempoh 60 hari ini,” katanya sambil menambah antara lain rancangan itu dijangka membabitkan terbitan bon, kajian semula aset dan pelupusan aset bukan teras.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 1.394116 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list