CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

‘Chong Wei mampu ulangi’

[Copy link]
Post time 1-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Harap dia dapat lakukan hatrik di Seluruh England: Seu BockHARAPAN meraih gelaran hatrik menjadi sasaran utama pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei pada Kejohanan Seluruh England di Birmingham pada 6 sehingga 11 Mac ini.Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata tahap keyakinan diri dan stamina anak buahnya  menghadapi kejohanan berprestij itu dilihat semakin memberangsangkan. \n\n\n\n “Saya nampak tahap keyakinan dia (Chong Wei) lebih baik berbanding tahun lalu. Sasaran kami adalah dia dapat cipta hatrik kali ini.\n\n\n\n\n “Kita bagaimanapun tidak mahu memberi tekanan supaya dia menang....harap Chong Wei menggunakan peluang ini sebagai pendedahan dan persediaan bagi menghadapi Sukan Olimpik di London  Julai nanti,” katanya di Stadium Juara, semalam.Juara edisi 2010 dan 2011 itu berada di laluan mudah  apabila diundi menentang juara remaja dunia 2008 dan juara Asia 2010, Wang Zhengming dari China pada pusingan pertama sebelum bertemu perseorangan utama Indonesia Simon Santoso di pusingan kedua.Lawan pemain Malaysia itu di suku akhir ialah Sho Sasaki dari Jepun. Di peringkat separuh akhir, Chong Wei dijangka bertemu sama ada Peter Hoeg Gade dari Denmark atau Lee Hyun Il dari Korea Selatan.Tey juga menambah Chong Wei adalah pemain  yang sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal apabila menghadapi setiap kejohanan dan perlu dicontohi pemain muda seperti Liew Daren, Mohammad Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkifli.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056209 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list