CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Serpa sukar digugat

[Copy link]
Post time 1-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MENGESAHKAN status Raja Bukit di Genting Highlands, Jose Serpa bagai sukar ditumpas apabila sekali lagi menawan puncak peranginan popular negara itu buat kali keempat sepanjang penyertaannya di Le Tour de Langkawi (LTdL).\rJuara keseluruhan LTdL 2009 itu yang menakluki peringkat pendakian Genting Highlands pada LTdL 2006, 2007 dan 2009, menakluki Peringkat 6 dari Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 108 kilometer semalam,  merakamkan 3 jam 9 minit 37 saat. \r\n\n\n\n\r   Pelumba Azad University Cross Team, Victor Nino Corridor tiba dua saat di belakangnya, diikuti rakan sepasukan Androni Giocattoli, Jose Rujano yang tiba 46 saat kemudian.              \r\r\n\n\n\n\n   Kemenangan Serpa sememangnya sudah dijangka dan membantu pelumba Colombia itu menyarung jersi kuning pendahulu dan jersi merah (Raja Bukit) pada akhir Peringkat 6.\r“Saya tidak jangka akan memenangi jersi kuning kerana mengharapkan Rujano untuk memenanginya. Pada kilometer akhir, saya rasa masih berkemampuan untuk memenangi peringkat ini dan tidak berniat memintas rakan sepasukan (Rujano),” katanya.  \rSerpa kini mengumpul lapan kemenangan peringkat dalam LTdL, menyamai catatan Raja Pecut, Andrea Guardini daripada Farnese Vini-Selle Italia yang memenangi lapan peringkat peribadi di Muar, dua hari lalu.\r“Saya rasa saya mempunyai kelebihan kerana laluan dalam empat peringkat selepas ini memihak kepada saya berbanding Serpa,” kata Guardini yang kekal menyarung jersi biru dengan 45 mata.\r\n\n\n\rSelepas mengerah keringat dalam pendakian, perlumbaan hari ini bersambung dengan laluan terpanjang sejauh 205.8km dari Bentong ke Kuantan. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046868 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list