CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

Peserta bukan Melayu pertama juara BIBH

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SIAPA sangka, khabar duka kematian datuk tercinta yang diterima Ang Hui San sehari sebelum dia menyertai pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) berganti berita gembira apabila gadis berusia 20 tahun itu dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian yang diadakan sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Berjaya Megamall, Kuantan, semalam.\rKesedihannya bagaikan terubat apabila penyertaan julung kalinya itu membuahkan hasil sekali gus mencatat sejarah buat dirinya dan juga BIBH apabila menjadi peserta bukan Melayu pertama yang berjaya bergelar juara pada peringkat Mall.\r\n\n\n\n\rPersembahan bertenaganya ketika menyanyikan lagu Matahariku yang dipopularkan Agnes Monica, membolehkan Hui San mengetepikan saingan sembilan peserta lain, termasuk seorang lagi peserta bukan Melayu, Lily.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, sewaktu menyampaikan lagu itu, perasaannya bercampur baur, antara sedih dan juga gembira.\r\"Berita kematian datuk yang saya terima semalam membuatkan saya sangat sedih. \rDia meninggal akibat sakit tua. Sebab itulah dalam pertandingan hari ini (semalam), saya cuba meluahkan perasaan itu menerusi lagu yang saya nyanyikan.\rKebetulan melodi dan lirik lagu itu ada persamaan,\" katanya yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).\rFasih berbahasa Melayu, dia berkata, kecenderungannya menyanyikan lagu Melayu banyak didorong keluarga angkatnya yang berbangsa Melayu.\r\n\n\n\r\"Saya banyak belajar daripada mereka bagaimana menyanyikan lagu Melayu dengan lenggok dan sebutan yang betul. Mereka banyak menggalakkan saya dan jika ada peluang, saya memang ingin menjadi penyanyi. Saya ingin menjadi seperti Stacy,\" katanya yang juga pembaca setia Berita Harian.\rWalaupun sekadar menduduki tempat kedua, namun pencapaian itu sudah cukup membuatkan Muhammad Faizal Fadzil berpuas hati.\r\"Ini percubaan kali pertama saya menyertai BIBH dan alhamdulillah saya berjaya. Sebelum ini abang saya turut menyertai pertandingan ini, tapi nasib tak menyebelahinya. Saya menyertai BIBH kerana ia peluang terbaik saya untuk mencapai cita-cita menjadi penyanyi,\" ujarnya yang menyampaikan lagu Lamunan Terhenti.\rBagi pemenang ketiga, Muhammad Firdaus Muhammad Mustapha, perkataan putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Walaupun hasratnya menyertai BIBH sebelum ini tidak kesampaian kerana tidak melepasi syarat kelayakan, namun kerana minat, dia tetap terus mencuba.\r\"Sebelum ini saya pernah mencuba nasib dalam pertandingan ini tapi tak layak kerana tak cukup umur. Waktu itu saya berada di tingkatan 1. Kini selepas empat tahun, saya datang kembali untuk melunaskan impian itu dan syukur kerana akhirnya saya berjaya juga,\" kata pelajar berusia 17 tahun ini.\rTuah memihak kepada Firdaus apabila dia berjaya menyampaikan lagu Sampai Syurga yang dipopularkan oleh Faizal Tahir dengan cara dan gayanya yang tersendiri.\rFinalis lain ialah Nur Syahirah Mustaffa (Tunggu Sekejap), Lily (Jangan Kau Pergi), Mohd Iqtisar Mohd Suhimi (Nadiku), Sharril Faizie Samsuddin (Kepadamu Kekasih), Mohd Adib Adamey Abd Rahman (Biarlah Bulan Bicara), Aini Syuhada Shahrom Fahmi (Cobalah Untuk Setia) dan Siti Fazanah Akul Zainal (Teratai Layu Di Tasik Madu).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.679467 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list