CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

NCIA labur RM19j bina rumah hijau

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek pertanian berskala besar di Wilayah Ekonomi Koridor Utara\rPIHAK Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Syarikat JPB Asia Pasific Sdn Bhd melabur sehingga RM19 juta bagi membangunkan Program Rumah Hijau yang pertama di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).\r\n\n\n\n\r   Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq, berkata program itu adalah projek pertanian moden berskala besar di wilayah utara membabitkan penanaman sayuran yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran global.\r\r\n\n\n\n\n   Menerusi program itu, seramai 20 pengusaha industri asas tani tempatan yang menyertainya bakal memperoleh pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 dan berpeluang meneroka pengetahuan dalam bidang pertanian moden.\r“NCIA berperanan sebagai pemudah cara dan membantu syarikat yang terbabit dengan memberi bantuan modal, modal insan dan menggalakkan kerjasama syarikat tempatan dengan syarikat asing berteknologi tinggi dalam projek ini.\r“Menerusinya, NCIA yakin dapat menjana peluang pekerjaan melalui kerjasama dengan swasta dan projek ini berupaya menjadi tarikan kepada pembabitan syarikat asing dalam industri pertanian moden wilayah utara,” katanya selepas pelancaran Program Rumah Hijau Tertutup Koridor Utara di Ladang Mayfield, Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.\rPelancarannya disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid dan Pengarah Urusan JPB Asia Pasific Sdn Bhd, Mazri Mansor.\r\n\n\n\rSebanyak 25 rumah hijau tertutup akan dibina Julai tahun ini dan 9,000 tanaman sayuran seperti Cili Merah dan Tembikai Susu akan ditanam dalam setiap rumah hijau berkenaan.\rSemua sayuran itu akan dipasarkan melalui pengedar barangan makanan yang beroperasi di Singapura, Hong Kong, Jepun dan negara Arab selain untuk pasaran tempatan.\rRedza berkata, jumlah keluasan tanah yang dicadangkan untuk digunakan bagi keseluruhan program itu adalah seluas 65 hektar tetapi untuk fasa pertama ia hanya membabitkan tanah seluas 16 hektar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054087 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list