CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

Artis popular depan mata

[Copy link]
Post time 5-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ribuan peminat penuhi Berjaya Megamall meriahkan siri jelajah ABPBHLAUTAN manusia yang membanjiri setiap inci ruang legar pusat beli-belah Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang, petang semalam membuktikan siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 masih mempunyai pengaruh dan menjadi platform penting untuk mendekatkan peminat dengan artis kesayangan mereka.\n\n\n\nSaban tahun, setiap kali acara promosi ini mengunjungi mana-mana lokasi terpilih, itulah juga pemandangan yang biasa dilihat. Ruang legar dan setiap tingkat pusat beli-belah akan menjadi sesak kerana masing-masing berebut-rebut untuk melihat artis yang diminati beraksi di atas pentas, dengan lebih dekat.\n\n\n\n\nJika selama ini wajah popular itu hanya mampu ditatap menerusi layar kaca dan media cetak, kini artis yang diminati berada di depan mata. Andai bernasib baik, pengunjung yang hadir pada acara itu berpeluang mendekati, beramah-mesra dan merakamkan foto kenangan bersama.Tidak keterlaluan andai dikatakan inilah masanya untuk peminat menerima ganjaran atau habuan atas sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini. Hati mana yang tidak berbunga keriangan apabila berpeluang bersiar-siar dengan idola menaiki kenderaan Nissan Livina X-Gear dan Nissan Teana 2.5L (A) tajaan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd.Walaupun ada ketika pengunjung yang diundang ke atas pentas \'teruk\' dikenakan pengacara petang itu iaitu Faizal Ismail, AG dan Along Cham, apabila mereka diminta melakukan pelbagai aksi yang boleh mengundang gelak ketawa penonton, namun usaha itu berbaloi kerana hadiah yang dibawa pulang cukup untuk dijadikan kenangan paling indah sepanjang hayat mereka.Sebagai contoh, seorang peminat wanita pastinya tidak tidur malam dan bakal dicemburui teman lain apabila aktor kacak, Aaron Aziz, melutut di depannya sambil menyampaikan hadiah. Aksi spontan pelakon Ombak Rindu itu membuatkan penonton yang hadir bersorak kegirangan.\n\n\nLain artis lain pula gelagatnya. Andai Aaron mencuri perhatian penonton dengan gaya seorang lelaki budiman, Diana Danielle dan Fauzi Nawawi berjaya membuatkan penonton terhibur dengan tarian 1Malaysia yang menjadi tema persembahan mereka petang itu.Kemunculan pengacara nombor satu, Aznil Nawawi, terus menggamatkan suasana apabila dia mengarahkan peminat untuk melakukan aksi \'head banging\' mengikut rentak muzik metal yang diputarkan. Apa yang penting, aksi mereka mendapat imbuhan apabila Aznil bermurah hati menghadiahkan wang tunai sebanyak RM210 kepada pemenang bertuah. Selain Aznil, Aaron juga bermurah hati menghadiahkan rantai kepada seorang peminat cilik. Penangan filem Ombak Rindu nampaknya menjangkiti siri promosi ini apabila sebuah sketsa yang diadaptasikan daripada filem popular itu dipentaskan Aaron, Tasha Shilla dan juga peminat terpilih.Bersesuaian dengan kepelbagaian kategori yang dipertandingkan, siri promosi itu juga mengundang penyanyi yang bergelar finalis untuk menghiburkan peminat serta pengunjung pusat beli-belah terbabit. Antaranya finalis kategori Penyanyi Lelaki Popular, Aizat, yang menyampaikan lagu terbarunya, Jerrypah, sambil diiringi petikan gitar.Satu-satunya kumpulan remaja yang berjaya melepasi tangga untuk bergelar finalis, Forteen, terus menjadi tumpuan penonton dengan persembahan mantap, selain wajah comel mereka. Kemunculan kumpulan ini menyampaikan lagu hasil ciptaan Edry Abd Halim mendapat tepukan gemuruh pengunjung terutama remaja wanita.Turut dinantikan kehadirannya pada siri promosi ini ialah Shila Amzah yang menyampaikan dua lagu, Set Fire To The Rain, nyanyian Adele dan juga single terbarunya, Patah Seribu. Sebelum menyampaikannya, sempat juga Shila menujukan lagu terbabit kepada seseorang. Walaupun tidak menyebut namanya namun rasanya ramai yang sedia maklum siapakah gerangan individu dimaksudkan. Ternyata, orang Pantai Timur memang beruntung apabila siri promosi ini membariskan ramai finalis yang bukan calang-calang. Kehadiran Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shaheizy Sam, kumpulan Meet Uncle Hussain, Yana Shamsuddin, Adi Putra, Fizz Fairuz, Scha Alyahya, Black serta artis baru seperti Awi Rafael, Tasha dan Izara Aishah berjaya memujuk peminat untuk menunggu sehingga acara berakhir.Meskipun tempoh \'kempen\' yang diberikan penganjur amat singkat, namun masa itu digunakan sepenuhnya oleh finalis untuk menghargai peminat mereka serta mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini.Siri promosi jelajah ini akan diteruskan ke lokasi ketiga, Dataran Pahlawan, Melaka, pada 10 dan 11 Mac ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.152648 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list