CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

CIMB, JKSB jalin kerjasama strategik

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CIMB Group Holdings Bhd terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kumpulan perbankan universal serantau apabila ia menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pembrokeran utama Sri Lanka.  John Keells Stock Brokers (Pvt) Ltd (JKSB).\rKerjasama itu adalah bagi menggalakkan dan memudahkan urusan dagangan di Bursa Saham Colombo (CSE) dan menyediakan penyelidikan secara bersama bagi pelanggan kumpulan CIMB.\r\n\n\n\n\r  JKSB, anak syarikat John Keells Holdings PLC iaitu entiti terbesar   disenaraikan di CSE, akan menjadi rakan kongsi perdagangan CIMB di Sri Lanka yang pada masa sama menyokong inisiatif jualannya bagi menjana aliran dagangan ke dalam CSE.\r\r\n\n\n\n\n  Menerusi kerjasama itu, JKSB juga   menyediakan kepada kumpulan CIMB penyelidikan yang   disebarkan kepada pelanggan CIMB di seluruh dunia di bawah jenama bersama CIMB/JKSB.\rTimbalan Ketua Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd, Kong Sooi Lin, berkata kerjasama itu mengembangkan lagi capaian global CIMB serta memperluaskan akses JKSB dan pasaran saham Sri Lanka kepada pelanggan antarabangsa, khususnya di rantau ini yang mana CIMB diiktiraf sebagai peserta utama.\r“Kehadiran CIMB di Sri Lanka masih lagi baru iaitu sejak Ogos tahun lalu, dan kami amat mengagumi tahap aktiviti perindustrian dan kewangannya dan percaya kepada potensi pertumbuhan ekonominya. \r“Negara ASEAN sudah menjadi rakan perdagangan dan pelaburan penting kepada Malaysia, dan sebagai satu daripada institusi kewangan utama di ASEAN kami percaya CIMB mempunyai peranan untuk dilaksanakan,” katanya.  \r\n\n\n\rBeliau berkata, pihaknya percaya kerjasama dengan JKSB akan memudahkan lagi aktiviti perdagangan dan pelaburan untuk pelanggan CIMB serta antara Sri Lanka dan ASEAN.\rSementara itu, Presiden JKSB, Krishan Balendra pula menyifatkan kerjasama itu mempunyai potensi dalam menarik pelabur asing baru khususnya dari rantau Asia Tenggara kepada peluang baik ditawarkan oleh Sri Lanka menerusi CSE.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.066145 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list