CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

PERODUA kurangkan pengeluaran

[Copy link]
Post time 7-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah atasi jualan merosot kerana syarat ketat sewa beli kereta\rPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mungkin mengurangkan kapasiti pengeluarannya sebagai langkah terakhir jika jualan terus merosot yang disebabkan syarat ketat dalam pinjaman sewa beli bagi kereta.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Perodua juga sedang meneliti langkah lain untuk menangani isu berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  “Jika keadaan tidak bertambah baik, jelas sekali kami perlu melihat kepada langkah tindak balas. Mengurangkan pengeluaran akan menjadi yang terakhir,” katanya kepada media selepas majlis Penyerahan Dana Pembangunan dan Pengubahsuaian Perodua Eco-Challenge kepada institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, semalam.\rPengeluar kereta nasional kedua itu berkata, jika masalah berkenaan berterusan, ia bukan saja menjejaskan jualannya tetapi juga pihak berkaitan  lain seperti pengedar dan vendor.\rBerkuat kuasa 1 Januari lalu, Bank Negara Malaysia melaksanakan Garis Panduan mengenai Pembiayaan Bertanggungjawab bagi menggalakkan amalan pembiayaan runcit yang berhemat, bertanggungjawab dan telus serta memastikan sektor isi rumah dan pasaran kredit kekal berdaya tahan.\rAminar Rashid berkata, PERODUA sentiasa menyokong objektif kerajaan dalam membendung hutang isi rumah, tetapi berharap rundingan awal dengan peserta industri perlu dilakukan sebelum sebarang langkah diambil.\r\n\n\n\r“Kami merayu dalam kes kenderaan kategori seperti PERODUA, mungkin pendekatan sedikit berbeza perlu diambil.\r“Perundingan awal dengan peserta industri adalah penting. Kami merayu kepada pihak berkuasa apabila mereka mahu memperkenalkan sebarang langkah baru, tolong libatkan kami lebih awal supaya kami boleh memberikan pandangan,” katanya.\rMengenai Perodua Eco-Challenge 2012, Aminar Rashid berkata, semua 13 institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian pada 2011 akan bertanding sekali lagi.\rPerodua dalam kenyataannya berkata, pasukan yang menyertai program itu perlu menambah baik kenderaan lumba mereka pada tahun lalu berasaskan kepada konsep buggy menggunakan enjin ViVA 660cc yang diberikan, dengan PERODUA memberikan pembiayaan awal RM10,000 kepada setiap pasukan.\r“Untuk menambahkan lagi keseronokan, PERODUA juga memanjangkan jemputan kepada fakulti perniagaan, perdagangan atau pengurusan di institusi yang menyertai untuk bersaing dengan menyerahkan pelan pemasaran, promosi dan perniagaan mereka bagi kenderaan lumba pasukan mereka,” kata syarikat itu.\rPERODUA berkata, ia akan menyediakan kepada setiap kumpulan RM5,000 bagi aktiviti pemasaran dan promosi dan satu panel juri daripada industri akan memilih pemenang. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046420 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list