CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Kastam sasar pungut RM32b

[Copy link]
Post time 7-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kutipan cukai tertinggi menerusi peningkatan IT dalam operasi harian\rJABATAN Kastam Diraja Malaysia yakin untuk   mencatatkan satu lagi jumlah pungutan cukai tertinggi tahun ini, sekitar RM32 bilion daripada RM30.4 billion tahun lalu berikutan pelaksanaan penguatkuasaan lebih cekap menerusi peningkatan penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam operasi hariannya.\r\n\n\n\n\r  Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, berkata kutipan tahun lalu adalah yang tertinggi dicatatkan jabatan itu apabila ia buat pertama kali melepasi paras RM30 bilion.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, dalam tempoh dua bulan tahun ini saja, pihaknya sudah memungut lebih RM5 bilion cukai tidak langsung menerusi duti eksport dan import, cukai jualan dan perkhidmatan serta eksais.\r\"Kami akan bekerja lebih keras tahun ini dan membuat penguatkuasaan  lebih cekap. Dengan mengandaikan keadaan ekonomi kekal kukuh, kami berharap dapat mengutip jumlah yang disasarkan,\" katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Forum Teknologi dan Inovasi Organisasi Kastam Sedunia Ketiga di Kuala Lumpur, semalam.\rMajlis itu dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.\rMohamed Khalid berkata, Jabatan Kastam juga ketika ini dalam proses meningkatkan sistem IT dalam memastikan penguatkuasaannya menjadi lebih cekap.\r\n\n\n\rBeliau berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk menukar sistem IT kepada sistem lebih moden dan canggih, yang dihubungkan kepada dengan sistem IT jabatan kerajaan lain, sekali gus meningkatkan kecekapannya dalam mengumpul maklumat dan aktiviti pemantauan.\rSementara itu, Ahmad Husni berkata, Jabatan Kastam memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan mengurangkan belanjawan defisit.\rBeliau berkata, tahun lalu, jabatan itu menyumbang secara ketara bagi mengurangkan defisit negara kepada lima peratus daripada 5.7 peratus pada tahun sebelumnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064168 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list