CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Aliran pertumbuhan prospek pekerjaan negara tinggi

[Copy link]
Post time 7-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jobstreet.com beri jangkaan  positif walaupun   ekonomi global belum pulih\rPROSPEK pekerjaan, iaitu antara petunjuk penting momentum pertumbuhan ekonomi negara adalah tinggi untuk tahun ini, khususnya pada suku pertama, kata firma enjin carian terbesar negara ini, Jobstreet.com.\r\n\n\n\n\r  Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng, berkata prospek pekerjaan di Malaysia umumnya adalah positif meskipun persekitaran ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya dan pasarannya masih menggalakkan untuk pencari kerja.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami menjangkakan arah aliran peluang pekerjaan yang hampir sama seperti tahun lalu. Walaupun ada majikan yang mengambil pendekatan berhati-hati, jumlah kekosongan pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi,” katanya pada taklimat media berhubung tinjauan pasaran pekerjaan di Malaysia sempena penganjuran Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia (MCTF 2012) di Kuala Lumpur, semalam.\rYuh Yng berkata, berdasarkan perangkaan yang diterima enjin carian itu, secara puratanya ada kira-kira 20,000 peluang pekerjaan di pasaran setiap bulan.\r“Jumlah pekerjaan yang ditawarkan majikan biasanya akan memuncak pada suku pertama, kekal stabil pada suku kedua dan ketiga sebelum menurun menuju ke hujung tahun berikutan kegiatan mengemaskini akaun.\r“Tempoh terbaik untuk merancang kegiatan pengambilan pekerja adalah antara Mac hingga Oktober,” katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata, lima sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan di negara ini ketika ini adalah pengeluaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan perbankan, pembinaan serta peruncitan.\r“Buat masa ini, jumlah pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi, namun memandangkan bidang pekerjaan berkait terus dengan ekonomi kebanyakan majikan melaksanakan pendekatan tunggu dan lihat menunggu perkembangan seterusnya,” katanya.\rYuh Yng berkata, berdasarkan kaji selidik Jobstreet.com, kebanyakan majikan di negara ini masih mempunyai tinjauan yang positif terhadap pasaran pekerjaan.\rKatanya, hanya 37 peratus majikan di Malaysia yang merasakan tinjauan pasaran pekerjaan akan menjadi lebih buruk tahun ini, manakala bakinya lagi berpendapat tinjauannya masih sama seperti tahun lalu atau lebih baik lagi.\rMengenai prospek pekerjaan untuk graduan universiti, beliau berkata peluangnya masih besar namun isu paling besar yang diha-dapi majikan sebelum mengambil kumpulan ini bekerja adalah permintaan gaji yang kurang realistik.\r“Berdasarkan kaji selidik kami, 64 peratus daripada majikan memberikan alasan sedemikian untuk tidak mengambil graduan tempatan bekerja manakala isu lain ialah seperti kekurangan personaliti, kelemahan berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi serta sikap terlalu memilih bidang kerja atau syarikat.\r“Kaji selidik kami juga mendapati graduan yang baru menamatkan pengajian umumnya berpendapat mereka memerlukan sekurang-kurangnya pendapatan bersih RM700 sebulan untuk menampung keperluan seharian, khususnya untuk yang tinggal di kawasan bandar,” katanya.\rMCTF 2012, acara tahunan anjuran Jobstreet.com akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur bermula 30 Mac hingga 1 April.\rSebanyak 380 ruang pameran sudah diambil oleh bakal majikan untuk tahun ini.\rAntara syarikat besar yang mengambil bahagian termasuk Talent Corporation Bhd, Panasonic, Nestle Products Sdn Bhd, Vale, AIG Global Services, CIMB Group dan RBC Dexia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.253756 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list