CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

Hazama, Sabri Yunus, Tia di UMP

[Copy link]
Post time 8-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kemunculan artis menghangatkan Malam Puisi Riong Berita Harian 2012 \rSIRI pertama jelajah Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) 2012 dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kampus Gambang UMP, jam 8.30 malam esok, membariskan persembahan artis popular termasuk finalis kategori Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH), Hazama.\r\n\n\n\n\rPertama kali membabitkan diri dalam acara berbentuk kebudayaan dan memartabatkan sastera, Hazama, menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai penghargaan besar kerana dirinya masih bertatih dalam dunia seni suara.\r\r\n\n\n\n\n“Berpeluang menyanyi di hadapan ramai belia yang sering menjadikan artis sebagai idola, membolehkan saya menyampaikan mesej menerusi lagu bagi membangkit semangat generasi muda yang perlu sedar sumbangan mereka penting dalam memastikan kemajuan bangsa, masyarakat dan negara.\r“Malah program sebegini mampu memberi ingatan dan kesedaran kepada masyarakat agar tidak mengenepikan hiburan yang mengangkat jati diri dan budaya Melayu seperti pantun, puisi, syair dan gurindam,” katanya.\rHazama bakal menggegarkan pentas Puisi Riong dengan menyampaikan lagu secara akustik dan antara pilihan lagu yang akan disampaikan termasuk single popularnya, Cinta Teragung dan sebuah lagu puisi kegemarannya yang enggan didedahkan sehingga malam persembahan.\rMalam Puisi Riong BH-UMP yang mendapat kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari)  itu memilih tema Menjana Minda Mentransformasi Belia - Suara Hati Generasi Baru, akan turut dimeriahkan dengan persembahan gurindam, syair dan teromba daripada penyair mapan tanah air.\r\n\n\n\rAcara apresiasi puisi itu akan turut menampilkan vokalis Jinbara, Tia yang berhasrat menyampaikan lagu balada popular kumpulan itu, Patri yang sarat dengan lirik puitis dan sering menjadi siulan anak muda, selain berjanji akan tampil dengan persembahan memukau.\r“Ini pembabitan kali kedua saya selepas muncul pada Malam Puisi Riong BH- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Dataran Pahlawan pada Oktober lalu dan diharapkan sambutan yang lebih memberangsangkan akan diterima daripada mahasiswa UMP dan belia sekitar Gambang mahupun Kuantan,” katanya ketika ditemubual, baru-baru ini. \rSelain Tia, pelakon, pelawak dan pengarah drama berkaliber, Sabri Yunus yang sudah beberapa kali menjayakan Malam Puisi Riong sebelum ini, dijangka menggamatkan Malam Puisi Riong BH-UMP, apabila mengemudi acara terbabit di samping akan mendeklamasikan puisi humor.\r“Saya akan cuba menarik perhatian belia yang menjadi golongan sasar pada program ini dengan memberi sentuhan jenaka sepanjang majlis berlangsung. Puisi yang akan saya kongsikan dengan khalayak Malam Puisi Riong BH-UMP biarlah saya rahsiakan dulu,” katanya.\rSeorang lagi personaliti kelahiran Astro daripada program realiti Imam Muda Musim Ke-2, Imam Muda Hassan, turut dijadualkan beraksi pada Malam Puisi Riong BH-UMP yang akan berlangsung esok, tepat jam 8.30 malam. \r“Saya tidak akan mempersembahkan alunan puisi, tetapi tampil dengan  monolog berserta tazkirah yang akan turut diselangi petikan ayat suci al-Quran dan  akan memetik sejarah nabi bagi memberi kesedaran kepada belia mahupun khalayak yang hadir pada malam itu,” katanya.\rPenyair yang akan beraksi pada malam itu ialah Ketua Jabatan Kesusasteraan Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Mohd Rosli Saludin; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2004 dan 2005, Dr Zurinah Hassan dan Abdul Ghafar Ibrahim atau AGI serta pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Wani Ardy.\rMalam Puisi Riong BH-UMP bersempena tahun ke-10 UMP akan turut diserikan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof Dr Yuserrie Zainudin, sambil diiringi alunan muzik oleh pelajar UMP.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.335768 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list