CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

Warga produksi bertaraf miskin

[Copy link]
Post time 8-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PVTM gesa SKMM jadi orang tengah dialog bersama stesen TV\rPRESIDEN Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Jurey Latiff Rosli, menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjadi orang tengah dalam menganjurkan sesi dialog antara stesen dan penerbit televisyen bagi menyelesaikan isu harga pembelian bahan kreatif yang didakwa tidak berubah sejak 1995.\r\n\n\n\n\r  Isu berkenaan sudah beberapa kali disuarakan namun tiada tindakan lanjut diambil. PVTM bimbang jika berterusan, ia boleh mengeruhkan hubungan dengan persatuan lain.\r\r\n\n\n\n\n  Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA) sebagai contoh, mula mempersoalkan bayaran diberikan kepada pekerjanya. Bagaimanapun penerbit tidak dapat memenuhi permintaan bagi mendapatkan bayaran lebih. \r“Kami sudah bersemuka dengan stesen televisyen pada 2010. Mereka berjanji akan mengkaji tangga bayaran, tetapi sehingga kini perkara itu senyap begitu saja.\r“Sebelum ini stesen televisyen beri alasan kegawatan ekonomi menyebabkan bayaran daripada RM120,000 terpaksa dikurangkan menjadi RM85,000 hingga RM90,000. Tapi selepas ekonomi pulih, mereka masih memberikan harga sama.\r“Bayangkan harga yang penerbit dapat sejak dulu hingga kini tidak berubah. Jadi macam mana produser dapat menghasilkan produk berkualiti? Kami bersuara bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi demi industri. Akibat bayaran kecil, pendapatan pekerja filem tidak menentu. Nama saja warga pekerja produksi tetapi mereka bertaraf rakyat miskin kerana pendapatan rendah.\r\n\n\n\r“Kalau gaji penjawat awam boleh dirombak, kenapa penerbit tidak menerima layanan serupa? Penggambaran memerlukan perbelanjaan yang banyak. Makan, minum, lokasi, duit minyak, artis minta bayaran tinggi dan macam-macam lagi perlu ditanggung penerbit. Akhirnya penerbit hanya dapat pulangan sedikit dan akibatnya, kami tidak mampu bayar lebih kepada pekerja belakang tabir. Jadi macam mana kita hendak mengembangkan industri?” katanya.\rKata Jurey lagi, usaha berjumpa dengan SKMM tahun lalu juga tidak berhasil. Justeru beliau berharap kenyataan yang dibuat ini dapat membuka mata SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya. Jika tiada sebarang gerakan daripada pihak SKMM, PVTM akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan lagi kedudukan dihadapi golongan penerbit.\r“Kita bukan hendak minta apa pun, sekadar mahu SKMM menjadi orang tengah saja dengan mengadakan sesi dialog antara PVTM dengan syarikat televisyen. \r“Menerusi dialog berkenaan, kami golongan penerbit boleh menceritakan segala masalah, dan kami juga mahu mendengar sendiri alasan daripada stesen televisyen,” katanya.\rPVTM, katanya, bukan mahu menuntut kenaikan tidak masuk akal, sebaliknya hanya menuntut bayaran 30 peratus lebih tinggi, untuk bertindak adil terhadap hampir 20,000 pekerja seni yang tidak mempunyai Skim Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\rKatanya, jika isu ini diatasi, pergolakan yang berlaku di kalangan warga seni dapat diakhiri dengan baik serta membantu menaik taraf produk penerbitan negara ke peringkat antarabangsa dalam tempoh lima tahun dari sekarang.\rSebut harga bagi telefilem:\rRTM - RM100,000 hingga RM110,000 \rMedia Prima - RM85,000 hingga RM89,000\rAstro - RM80,000 hingga RM90,000

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.463893 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list