View: 8633|Reply: 68
|
Pelakon Nana Tanjung, Ainul Berehat Dari Dunia Lakonan Kerana 'Tutti Frutti'
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan bukan kerana merajuk tetapi ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan.
Ainul, 27, berkata, dia kini berpuas hati dengan perniagaan Tutti Frutti dan jualan langsung yang diceburinya sejak setahun lalu.
"Alhamdulilah saya kini dah ada dua cawangan Tutti Frutti yang terletak di Bangi (Selangor) dan Nilai (Negeri Sembilan) selain sedang giat aktif dalam jualan langsung produk kesihatan.
"Bidang perniagaan telah membuka prespektif baru dalam hidup saya kerana selain menguntungkan ia dapat menjamin masa depan saya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Tambah Ainul, walaupun masih menerima tawaran berlakon dia mengambil keputusan untuk menolak kerana sedar tidak dapat memberikan komitmen jika membuat pelbagai perkara dalam satu masa.
Dia juga masih tidak pasti bilakah boleh kembali berlakon tetapi berjanji akan kembali selepas perniagaannya stabil.
"Kalau nak cerita pasal rindu memang teringin nak kembali ke set penggambaran tetapi saya sedar tidak boleh mengejar semua perkara dalam satu masa.
"Pengorbanan perlu dilakukan dan keputusan untuk mengundurkan diri seketika daripada dunia hiburan adalah pilihan saya sendiri tetapi bukanlah untuk selamanya," katanya.
Dalam pada itu, Ainul berkata dia kini tidak lagi terikat dengan syarikat pengurusannya iaitu Aquila Emas Management selepas kontraknya tamat baru-baru ini.
Ainul berkata, dia enggan menyambung kontrak kerana tidak mahu menyusahkan pihak pengurusan selepas mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan.
"Rasanya tidak adil saya menyusahkan mereka dengan menyambung kontrak dan terpaksa menolak tawaran yang datang.
"Kami juga tiada sebarang masalah dan keputusan itu disambut baik oleh mereka kerana tahu tumpuan saya kini," ujarnya.
Ainul sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai dan Skrip 7707 dan juga drama selain tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia Ke-20.
|
|
|
|
|
|
|
|
pilihan yang bijak
teruskan dengan menceburi perniagaan, melabur dengan betul
insyyallah terjamin hidup |
|
|
|
|
|
|
|
elok lah.....berlakon pun mcm tak kemana pun....dulu asyik2 berlakon under prof mamak....
tak berkembang langsung watak |
|
|
|
|
|
|
|
kaya buka 2 cawangan TF.... |
|
|
|
|
|
|
|
pilihan yg tepat... belakon pon x ke mana.. buat bisnes untung2 bleh bukak banyak2 cawangan |
|
|
|
|
|
|
|
Wah...pilihan yang tepat..masyuk masyuk |
|
|
|
|
|
|
|
xpa.. pokusla dgn bisnes y makin rancak tuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
uuuyyyOoOOoOo....hebatnya!!!ader bisnes tuti fruti...teruskan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
senyuman dia memenatkan.. mcm dibuat2 |
|
|
|
|
|
|
|
sori...bakat takde muka pun tak lawa...
takyah buat comeback..hokeh! |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ari2 dia ada kt tuttifrutti tu pun.. chettt.. semua pekerja dia yg jaga.. poooraaahh!! |
|
|
|
|
|
|
|
anak org kaya..bleh la nak bukak 2 cawangan..nak harap duit berlakon..mmg nan hado jah |
|
|
|
|
|
|
|
anak org ado2 kah? satu branch at least kena labur RM500k. 2 branch dah sejuta. banyak duit dia. |
|
|
|
|
|
|
|
toksah smbg berlakon pun ok gak |
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu...berlakon pn xkemana... |
|
|
|
|
|
|
|
Jualan langsung produk kesihatan? Hai-O kah? |
|
|
|
|
|
|
|
kumpol duit bnyk2,,, |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tue baik wat bisnes je dari berlakon |
|
|
|
|
|
|
| |
|