CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19707|Reply: 68

Pandelela Dapat Pingat Gangsa Olimpik

[Copy link]
Post time 28-5-2012 02:49 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Penerjun elit negara Pandelela Rinong yakin kecederaan belakangnya akan pulih sebelum Sukan Olimpik London, dan bertekad memberi persembahan terbaik bagi meraih pingat untuk negara.
        
        Gadis berketurunan Bidayuh berusia 19 tahun itu, yang mengalami kecederaan belakang ketika menyertai Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing baru-baru ini, berkata beliau turut mendapatkan rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) bagi mempercepatkan proses pemulihan.
        
        Ini kali kedua Pandelela mengambil bahagian pada temasya sukan terbesar dunia itu, dan berjaya melayakkan diri dalam tiga acara iaitu 3 meter papan anjal seirama bersama Cheong Jun Hoong, 10 meter platform individu dan seirama bersama Leong Mun Yee.
        
        Kali pertama pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 itu beraksi pada temasya sukan tersebut ialah di Beijing 2008.
        
        "Jurulatih (Yang Zhuliang) mencadangkan saya menyertai ketiga-tiga acara tersebut memandangkan tiada atlet yang boleh menggantikan tempat saya, jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan yang terbaik pada kesemua acara itu," kata atlet dari Sarawak itu kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara syarikat telekomunikasi terbesar negara Maxis Berhad dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk penajaan komunikasi kontinjen negara ke London di Wisma MOM hari ini.
            
        Sementara itu, Mun Yee yang turut hadir berkata beliau tidak mahu meletakkan sasaran awal untuk memenangi pingat pada Olimpik nanti kerana persembahannya tidak konsisten dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini.
        
        Gadis berusia 29 tahun dari Perak itu, yang bakal membuat penampilan keempat secara berturut-turut di Sukan Olimpik berkata setakat ini, beliau menyertai dua kejohanan terjun siri dunia iaitu di Dubai dan Beijing.
        
         "Jadi, saya mungkin akan sertai dua lagi siri dua iaitu di Moscow (Rusia) dan di Mexico untuk memantapkan lagi teknik terjunan," katanya.
        
        Selain Pandelela dan Mun Yee, atlet terjun negara yang layak ke London ialah Traisy Vivien Tukiet (10 meter platform individu), Cheong Jun Hoong (3 meter papan anjal dan seirama) serta Wendy Ng Yan Yee (3 meter papan anjal individu).
        
        Turut layak Bryan Nickson Lomas (10 meter platform individu, 3 meter papan anjal individu dan seirama), Yeoh Ken Nee (3 meter papan anjal individu) dan Huang Qiang (3 meter papan anjal seirama).- Bernama Last edited by perang_sivil on 10-8-2012 03:12 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2012 02:50 PM | Show all posts
semoga belia boleh membuat kejutan

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 08:02 AM | Show all posts
Malaysia BOLEH!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 08:00 PM | Show all posts
semoga ade pingat dari acara terjun.. x kira siapa lah.. dpt pingat gangsa pun ok gak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 03:21 PM | Show all posts
kerajaan sarawak taib terchenta tak bagi hadiah juta ke kat pandalela...anak jati sarawak tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:00 AM | Show all posts
ratuiphone posted on 27-7-2012 03:21 PM
kerajaan sarawak taib terchenta tak bagi hadiah juta ke kat pandalela...anak jati sarawak tuh

Mampukah Pandelela buat kejutan?

PANDELELA boleh dianggap sebagai prospek pingat pada temasya di London ini.


ANDAI pencapaian lalu dijadikan ukuran, ratu terjun negara, Pandelela Rinong bakal menghadiahkan pingat pertama negara pada Sukan Olimpik 2012 London.
Atas kertas, Pendelela dilihat mudah untuk menghadiahkan keistimewaan itu kerana prestasinya di pentas antarabangsa sebelum temasya London bermula sangat mengkagumkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pingat perak dan gangsa bakal berada dalam genggamannya seperti yang dibuktikannya pada beberapa siri Kejohanan Dunia yang disertainya sebelum ini.
Andai penerjun dari negara tembok besar, China melakukan kesilapan, ia mungkin membuka laluan buat Pendelela menghadiahkan keistemewaan yang lebih besar, iaitu pingat emas.
Boleh dikatakan bahawa hasrat Pandelela untuk meraih emas pada beberapa Kejohanan Dunia sebelum ini sering disekat oleh penerjun China.
Mengimbas pencapaian Pandelela tahun lalu, banyak kejutan sudah dilakukannya.
Pada Kejohanan Terjun Dunia di Moscow dan Beijing tahun lalu, dia meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform individu wanita.
Pada saingan di Beijing pula dia turut meraih perak menerusi acara terjun seirama (10m platform) bersama Leong Mun Yee.
Ketika Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India, atlet kelahiran Sarawak ini menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara menerusi acara kegemarannya, 10m platform individu wanita.
Deretan kejayaan yang diraih oleh Pandelela pada kejohanan bertaraf lima bintang memberi keyakinan kepada Ketua Kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bahawa jaguh negara itu mampu melakar kejutan pada temasya kali ini.
Menurut Ahmad Sarji, Pandelela boleh dianggap sebagai prospek pingat pada temasya di London ini.
"Saya berjumpa dengannya hari ini (semalam). Dia nampak tenang dan tidak memperlihatkan sebarang tekanan.
"Dia sudah menimba banyak pengalaman beraksi dalam kejohanan berprestasi tinggi seperti ini dan ia sedikit sebanyak telah membantu menguatkan mentalnya," kata Ahmad Sarji.
Menurut beliau, rekod pencapaian Pandelela di pentas antarabangsa sebelum ini juga tidak kurang hebatnya, malah sentiasa berada di kedudukan No. 2 di belakang penerjun China.
"Oleh sebab itu, saya ada keyakinan sesuatu yang istimewa bakal tercetus dalam acara terjun kelak, insya-Allah," tambahnya.
Sebelum menjejak kaki di bumi London, Pandelela bersama skuad terjun negara telah berguru di China bagi memperkemaskan lagi gaya persembahan mereka menjelang Sukan Olimpik kali ini.
Latihan tersebut lebih terarah kepada membina kekuatan mental mereka selain memperkemaskan gaya terjunan.
"Saya sudah bersedia menghadapi saingan pada temasya kali ini dan tidak ada rasa tertekan untuk menghadapinya. Apa yang penting sekarang ialah untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pertandingan yang bakal dihadapi," jelas Pandelela.
Pandelela akan memulakan kempennya esok dalam acara 3m papan anjal seirama wanita. Dia akan bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara tersebut.
Selain acara 3m papan anjal seirama, Pandelela turut beraksi dalam acara 10m platform individu wanita serta acara 10m papan anjal seirama.
Dalam acara 10m papan anjal wanita, dia akan bergandingan dengan Leong Mun Yee.
Penerjun lain dalam skuad terjun negara pada temasya di London ini ialah Bryan Nickson Lomas yang akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal seirama serta acara 10m paltform individu.
Turut tersenarai dalam skuad ialah Yeoh Ken Nee (3m papan anjal individu lelaki), Huang Qiang (3m papan anjal seirama lelaki), Leong Mun Yee (10m platform seirama wanita), Traisy Vivien Tukiet (10m platform individu wanita), Cheong Jun Hoong yang akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu wanita dan seirama serta Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama).

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2012 03:23 PM | Show all posts
Malaysia boleh!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:24 PM | Show all posts
Go Lee Chong Wei go!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2012 03:25 PM | Show all posts
Go Tan Boon Heong go!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:26 PM | Show all posts
Go Khoo Kien Kiet! Go!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:32 PM | Show all posts
Tahniah UPM htr 6 org mahasiswa ke Olimpik London!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:33 PM | Show all posts
Hopefully this time dapat emas!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:39 PM | Show all posts
Khoo Keng Kiet and Tan Boon Heong are in good mental and physical state. Keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:40 PM | Show all posts
ratuiphone posted on 27-7-2012 03:21 PM
kerajaan sarawak taib terchenta tak bagi hadiah juta ke kat pandalela...anak jati sarawak tuh

I like your avatar!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:59 PM | Show all posts
ohnolia rasa peluang malaysia lebih cerah utk 2 pingat dalam synchro diving.    individu rasanya hmmmm... sgt2 sengit,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 09:11 PM | Show all posts
naluri saya kuat mengatakan Pandelela Rinong dan jun Hoong Cheong dalam acara women syncronised 3 meter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 07:52 AM | Show all posts
dapat no.8 je..huhu xpelah atleast dah ke final

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 01:32 AM | Show all posts
bila Pandalela nak beraksi acara individu ni???
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:57 PM | Show all posts
Takpe dia muda lagi. Next Olimpik cuba lagi OK!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:26 AM | Show all posts
masa dia buat acara terjun dengan cheong jun hoong tu, tak sama langsung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062867 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list