CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14216|Reply: 68

Cerita Baru Nabila Huda

[Copy link]
Post time 3-6-2012 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Kembara gaya Nabila  




SETIAP kali bertemu mata dengan wanita lincah ini, ada kelainan yang dibawa dalam dirinya. Perbezaan yang dinyatakan di sini adalah dalam tingkatan kematangan dan idea untuk tampil dalam setiap sesi bergambar, sentiasa berinisiatif.
Kali ini, Nabila mahu tampil seakan gadis jalanan bersesuaian dengan watak Tasha yang dibawanya dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 arahan Syamsul Yusof. Dia kini berbicara lebih tenang, lebih matang.
Jarang-jarang aktres berusia 28 tahun ini muncul dalam karakter yang sama dalam setiap persembahannya. Seakan pegangan aktor antarabangsa, Will Smith. Namun untuk Tasha, Nabila bersedia membentuk dan mengembangkan watak tersebut yang sudah dua tahun ditinggalkan.
"Tasha yang ini sudah kurang riuh seperti filem pertama Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Sukar sebenarnya untuk dapat balik jiwa Tasha tapi saya gali kembali," ujar Nabila yang masuk ke set penggambaran filem Jalan Kembali sebaik tempoh berpantang habis selepas kelahiran buah hatinya, Kheisya Laila, 2.
"Saya juga berkesempatan mengutip ilmu dan pengalaman dengan orang yang hebat dan 'gila' macam Soffi Jikan. Dia boleh jadi rakan ketawa, abang dan mentor dalam lakonan. Kehadiran individu seperti Soffi Jikan boleh bawa semangat dalam berlakon," ujar Nabila atau senang disapa Abil tentang filem yang akan membuka gawang pada 7 Jun di pawagam Malaysia.
Di sebalik kelainan yang dibawakan oleh Abil, satu hal yang tegap bersamanya ialah sikapnya yang telus dan santainya dalam berbicara. Jarang-jarang ibu tunggal beranak satu ini akan menyusun ayat selamat dalam jawapan-jawapannya.
Semakin tenang
Bonus kali ini, dia tampil lebih matang. Katanya tersusun dan tenang. Abil mengakui merasai metamorfosis itu seiring usia dan jalur hidup yang dilaluinya sehari-hari. Ujar Abil, juga sudah lama dia tidak menjalani sesi fotografi. Bukan menolak atau mengelak, cuma masa mencemburui dia beraksi di hadapan lensa kamera.
NABILA HUDA  kembali mengisi jasad  Tasha untuk filem Jalan Kembali: Bohsia 2  yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 7 Jun nanti.



"Ya, saya rasa semakin matang dan sudah semakin faham banyak perkara dengan lebih baik. Contoh terbaharu adalah lebih memahami lirik lagu. Kalau dahulu hanya sekadar tahu, tapi kini saya sudah semakin memahami lirik lagu yang mendalam," ujar Abil merasai perubahan dirinya.
"Kalau soal lakonan juga, saya sudah semakin berdisiplin. Dahulu disiplin juga tapi sekarang makin jaga. Bila datang lambat, mula rasa takut. Saya tidak mahu susahkan banyak pihak dan sebaliknya juga. Masa yang terbuang menunggu lebih baik digunakan untuk waktu kualiti bersama keluarga," luah anak kepada legenda Amy Search ini.
Dia mengaku meresap jauh lebih dalam kewanitaannya. Berubah dalam fasa yang berperingkat dan semakin tumbuh rasa segan.
"Perangai saya masih sama. Gila-gila tapi sikap segan saya lebih menebal sekarang ini. Otak lebih banyak berjalan dan jadual lebih tersusun. Lebih bagus lagi, saya yakin saya seorang wanita yang serba boleh sekarang. Melakukan semua sendiri tanpa kehadiran suami atau teman lelaki," ujarnya yang mendapat giliran selang seminggu menjaga anaknya.
Belum puas menjanda
"Dalam bidang lakonan, saya mengaku berada di zon yang selesa. Saya tidak perlu lagi rasa takut ketinggalan. Saya percaya bakat saya sudah dilihat pengarah, penerbit dan peminat," ujarnya yang berada di kerusi selesa mahupun bukan menjadi pilihan kerap pengarah filem.
"Dari dahulu saya tidak amalkan budaya mencantas peluang aktres lain. Papa saya ajar jangan buat begitu. Kalau kita terlalu mencuba, kita akan akhirnya tidak dapat apa. Saya percaya pada rezeki dan minat," ujarnya yang baru selesai dengan penggambaran drama Nikalaya yang dirakam di Thailand dan Kedah.
Abil juga mengaku santai sahaja melayan cerita-cerita panas yang menghampiri dirinya. Bukan sekali dua, tetapi kerap juga dia disapa kontroversi. Baik kerana status perkahwinan, gambar-gambar panas hinggalah cerita cintanya bersama pelakon baharu bernama Johan Asari.
Berbeza dengan dahulu yang ditangani dengan sedikit melenting, sekarang dia hanya bertindak dengan tidak berbuat apa-apa. Bagai batu jatuh ke laut sahaja layaknya.
"Bila buat baik atau buruk, khalayak hanya bercakap yang buruk. Jadi saya biarkan mereka bercakap dan terus taburkan bakat saya dalam lakonan. Nanti mereka yang bercakap ini akan memandang bakat saya juga, itu harapan saya.
NABILA bersama permata hatinya, Kheisya Laila, 2.



"Lagi pun sebab saya anak Amy Search, jadi masyarakat ada bahan untuk bercakap. Saya mahu terus bekerja dan tidak merungut bila orang bercakap tentang saya. Saya juga tidak lari daripada cerita-cerita panas yang datang saya. Saya sibuk bekerja," luah Abil yang pernah dikaitkan dengan pelbagai cerita panas namun ditanganinya dengan berdiam diri.
Lalu apabila ada cerita-cerita panas menghampiri dirinya yang kini berstatus janda, dia mencari tenang sendiri. Abil punya destinasi tenang sendiri, dia mencarinya di dasar laut.
Laut Kenya
"Pulau itu ketenangan dan saya sebenarnya gila mengambil gambar dalam air. Itu cara saya tenangkan fikiran di samping memang sudah jadi satu hobi kegilaan saya," kata Abil yang jatuh cinta dengan aktiviti menyelam skuba sejak empat tahun lalu.
Selesai segala urusan penggambaran di tanah air sendiri, Abil bakal membawa diri mengikut hati dan minat ke sebuah destinasi yang tidak terjangkau untuk menjadi sebuah kawasan lawatan.
"Kenya, saya akan ke sana selama 10 hari. Ramai yang terpanggil untuk ke Kenya termasuk saya. Sudah tentu saya mahu menikmati dunia safari dan menyelam skuba," ujarnya yang akan pergi bersendiri.
kedit :kosmo online

p/s : nie gaya baru rambut baru nabila lepas berpisah. skrang dia busy promo filem bohsia 2 yg bakal keluar hari khamis nie 7june
tak sabar nak tgok cite tu since bohsia 1 mmg lakonan nabila mantap sangat. jgn yg ada duk lahar pilem melayu pulak ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 09:07 PM | Show all posts
suka tgk nabila neh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:10 PM | Show all posts
nabila ske berlakon citer2 mcm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 09:13 PM | Show all posts
Reply 3# nurul_akmar


    aku rasa bukan sebab dia suka berlakon cite mcm tue tapi sbb watak macam tue mmg layak dia berlakon.lagipun aku rasa dia mmg sesuai diberi watak mcm tue. nabila mmg pandai berlakon pelbagai watak, bukan setakat jadi bohsia sahaja. cuba tgok drama nabila yang lain. nabila mmg pelakon serba boleh. aku bkn peminat nabila sgt cuma apabila seorang pelakon tu boleh berlakon watak yg diberi dan menjadi lakonan nya, tidak salah untuk kita memuji lakonan beliau sbb menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:29 PM | Show all posts
Rambut baru? Dia pakai wig...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:35 PM | Show all posts
Rambut sama ngan avvy TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2012 09:37 PM | Show all posts
Reply 6# mea


    yg pasti rambut nabila ala2 abu bakar elah...rambut avatar aku nie tak nampak sangat kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:38 PM | Show all posts
hari ni newspaper semua bahagian selebriti dia cover kan..
Berita Minggu.. Metro Ahad..
curlasttt u abil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 09:50 PM | Show all posts
SEMOGA BERJAYA JELAH
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:50 PM | Show all posts
kat panca indera cantek sgt nabila neh,...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:30 PM | Show all posts
wig lah...tengok kat apex of the wig ketara giler anyway shes talented
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:34 PM | Show all posts
aku suka ngan lakonan dia. tapi tulah, org2 kita nak yg putih melepak je jadi heroin.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:58 AM | Show all posts
kelakor laa rambut ko abil oit...

nasib bek ko belakon besh
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 07:56 AM | Show all posts
keras kejung rambut da mcm hape jer... aku x minat sgt tp bole la layan kalo dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:34 AM | Show all posts
Cantik anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:36 AM | Show all posts
nabila berlakon mantap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 08:39 AM | Show all posts
Iols x blh lupa drama pertama Nabila, Blok 101 ke 202 ke 303 ke aku dah lupa. cerita seram/thriler. Zaman tu tgh glamer homevcd.. keras kejung Nabila masa tu .... maklumlah first time blakon... Boy Iman yg jd pasangan dia pn sama 2x5 cam kayu.. tapi la ni dua2 dah blakon dgn baik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:14 AM | Show all posts
Kembara gaya Nabila  

SETIAP kali bertemu mata dengan wanita lincah ini, ada kelainan yang dibawa ...
chaupa Post at 3-6-2012 20:55



   dah macam bai ling lak tengok dia rmbut canie..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:19 AM | Show all posts
seorang yg serba boleh, jenis yg tak menharapkan org lain. gud gurl.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:21 AM | Show all posts
aku suka tengok dia.
ada aura.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194169 Replies : 4495
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103927 Replies : 2886
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5023 Replies : 45
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23617 Replies : 153
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74202 Replies : 2976
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8371 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 30082 Replies : 48

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.071123 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list