CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16232|Reply: 106

Alhamdulillah.. Noorkhiriah nekad berhijab!!

  [Copy link]
Post time 5-6-2012 11:52 PM | Show all posts |Read mode


DALAM sebuah majlis yang berlangsung pada pertengahan tahun lalu, Noorkhiriah Shapie dilihat tampil dengan gaya yang berbeza apabila memakai penutup kepala sehingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Ketika ditemu bual oleh para wartawan, pelakon yang popular menerusi filem Papadom itu memberitahu dia sebenarnya masih lagi belum bertudung, tetapi sedang berjinak-jinak mahu menutup aurat.

Bagaimanapun, ketika hadir semasa sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, pelakon kelahiran Raub, Pahang itu mengakui dia kini memang sudah nekad untuk memakai tudung sepenuhnya.

"Walaupun sudah mula berjinak-jinak untuk melakukan perubahan terhadap penampilan, saya hanya bertudung sesekali sahaja dan masih lagi menerima tawaran lakonan yang tidak memerlukan saya supaya tidak bertudung.

"Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," ujar ibu kepada dua orang anak itu.

Bercerita tentang perubahan yang berlaku terhadapnya dirinya itu, Noorkhiriah memberitahu semuanya bermula ketika dia bercuti bersama keluarga di Singapura pada 11 November 2011 sempena menyambut ulang tahun perkahwinanannya yang kelima.

Ujarnya, mulai saat itu tiba-tiba terdetik di hatinya agar dia perlu melakukan perubahan terhadap penampilan diri. Tanpa berfikir panjang dia telah membuat keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

"Selama ini saya telah memperoleh rezeki yang banyak serta dikurniakan seorang suami yang baik dan dua orang anak. Namun, saya masih lagi tidak mengikut suruhan-Nya terutama sekali bab menutup aurat.



NOORKHIRIAH dilihat semakin jelita sejak menutup aurat.

"Berbanding beberapa rakan artis yang berhijrah setelah mengalami perkara yang pelik sehingga membuatkan mereka berubah, perubahan yang berlaku terhadap diri saya pula adalah atas kesedaran sendiri dan berkat doa suami," jelasnya.Mengenai karier sebagai seorang pelakon pula, Noorkhiriah menjelaskan bertudung langsung tidak pernah membataskan dirinya untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan. Ujarnya lagi, sehingga kini dia masih lagi banyak mendapat tawaran berlakon, namun dia seboleh-bolehnya cuba untuk elak daripada melakukan adegan-adegan yang bersentuhan dengan lelaki."Sudah tentu rezeki itu tertakluk kepada kuasa Allah dan saya sangat bersyukur kerana rezeki dalam bidang lakonan masih lagi ada. Namun, dengan imej sekarang ini saya perlu menjaga batas semasa penggambaran."Selalunya saya akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu, misalnya kalau ada adegan bersentuhan. Malah, saya berasa sangat lega apabila pengarah dapat memahami kehendak saya," jelasnya.
Masih terima
Tidak dinafikan Noorkhiriah merupakan antara pelakon wanita tempatan yang sangat versatil dan mampu membawakan apa sahaja watak yang diberikan terutamanya dikenali ramai menerusi watak komedi.Sebagai bukti pelakon berkenaan pernah menggondol anugerah Pelakon Komedi Wanita Popular selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2008, 2009 dan 2010.


Menurutnya, biarpun kini sudah bertudung sepenuhnya, dia tidak terlalu selektif terhadap sebarang tawaran lakonan yang diterima, termasuk berlakon dalam drama atau telefilem komedi."Sekalipun saya kini sudah bertudung, tidak bermakna saya perlu memilih tawaran tertentu kerana lakonan merupakan kerjaya saya. Tidak kisah apa sahaja genre sama ada serius atau komedi, saya akan tetap memberikan lakonan yang terbaik."Lagipun yang berubah cuma penampilan saya sahaja, tetapi kerjaya saya sebagai pelakon masih lagi seperti biasa. Asalkan ada persefahaman dan toleransi antara saya dan pengarah, saya tidak kisah membawakan apa sahaja watak," jelas isteri kepada Azfaidzul Antan itu.Ujarnya, jika selama ini dia lebih kerap memegang watak protagonis dalam lakonannya, Noorkhiriah juga sebenarnya mempunyai keinginan untuk membawakan watak hitam atau jahat sebagai satu bentuk cabaran baharu dalam kerjayanya



pesanan : selamat berhijrah noorkhiriah... pedulikan sinis orang ramai ittew..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 12:04 AM | Show all posts
Alhamdulillah...semoga penghijrahan ini kekal dan beliau sentiasa kuatkan dari menepis godaan dugaan...~
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:07 AM | Show all posts
iols suke nengok khiriah nih..berlakon pape pong boley..jd kelakar boley, serius boley..sediy pong boley..mmg versatil..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 12:11 AM | Show all posts
iols suke nengok khiriah nih..berlakon pape pong boley..jd kelakar boley, serius boley..sediy pong b ...
toet2meoww Post at 6-6-2012 00:07


kalo dia berlakon jadi cacat watak dia hidup sangat kan uols...watak sedih pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:13 AM | Show all posts
alhamdulillah ~
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:14 AM | Show all posts
cantik pun bertudung noor...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2012 12:22 AM | Show all posts
baju ijau tu cantik laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:22 AM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 12:24 AM | Show all posts
semakin cantik die bertudung...aku harap retis yg men2 bab isu tudung ni tak payah wat comebak seolah2 suci murni tp niat sebenarnyer len...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:25 AM | Show all posts
May Allah swt bless us all, inshaAllah. Happy for her & penghijrahannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:25 AM | Show all posts
Aku suka tgk dia blakon....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:29 AM | Show all posts
"Berbanding beberapa rakan artis yang berhijrah setelah mengalami perkara yang pelik sehingga membuatkan mereka berubah, perubahan yang berlaku terhadap diri saya pula adalah atas kesedaran sendiri dan berkat doa suami," jelasnya


suka stekment ni..
sikit2 mimpi org tua la,itu la inilahh hoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:38 AM | Show all posts
Alhamdullillah... perkara yg baik.. harus disokong..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:57 AM | Show all posts
tahniah nor...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:06 AM | Show all posts
nor khiriah makin lawa

kulit muka putih, licin mulus,

pakai apa gaknye dia skang eh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:14 AM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 07:39 AM | Show all posts
dia belum bawa watak jahat je kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 07:43 AM | Show all posts
dalam drama larahati tv9..chantik2 tudung die pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 07:58 AM | Show all posts
cantik dia bertudung....semoga bertambah rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 08:04 AM | Show all posts
tahniah...makin comel bila berhijab nieh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23455 Replies : 147
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193283 Replies : 4474
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.074627 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list