CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10637|Reply: 69

Nyawa Almy Nadia Nyaris Melayang Gara-Gara Apendiks

[Copy link]
Post time 6-6-2012 01:20 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia amat bernasib baik kerana nyawanya terselamat apabila sempat menjalani pembedahan bagi membuang apendiks yang sudah berada pada tahap kritikal.

Almy berkata, penyakit apendiksnya itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa yang cepat, ia akan menyebabkan jangkitan dan berkemungkinan besar boleh membawa maut.

Menceritakan pengalaman ngeri itu, Almy berkata dia mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada tengah malam 23 Mei lalu sehingga menyebabkan dia ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini, untuk pembedahan segera.

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Pada malam 23 Mei lalu saya alami sakit perut yang teruk sehingga memaksa saya mendapatkan rawatan di KJMC. Tak sangka pula selepas pemeriksaan, doktor kata apendiks saya sudah bernanah teruk.

“Saya juga sudah berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah jika saya lewat sehari ke hospital. Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini keadaan beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.



Bercerita lanjut, Almy yang sedang menjalani proses berpantang untuk tempoh tiga minggu berkata, selain menekankan aspek pemakanan dia juga perlu berhati-hati dalam pergerakannya.

“Doktor kata saya kena berpantang selama tiga minggu kerana luka pembedahan itu agak teruk. Tetapi ibu nasihatkan agar saya berpantang selama tiga bulan bagi memastikan luka dalam perut sembuh sepenuhnya.

“Sekarang, saya sangat menekankan pengambilan makanan yang tidak pedas selain memilih makanan berkhasiat. Paling penting saya kena kawal pergerakan agar tidak lasak sebab maklumlah saya ini tidak boleh duduk diam.

“Saya sangat trauma dan sakit akibat pembedahan itu tetapi keadaan beransur pulih. Walau sakit dan sukar mana sekalipun pergerakan saya, kerja kena diteruskan kerana saya anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung,” katanya.

Ditanya mengenai satu demi satu musibah yang menimpa dirinya sejak tahun lalu antaranya sakit misteri, patah jari kaki, dugaan dalam percintaan dan apendiks, Almy menganggapnya sebagai dugaan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya selama ini.

“Saya percaya segala musibah yang datang kepada saya adalah dugaan daripada Allah untuk menghapuskan pelbagai dosa yang pernah saya lakukan,” jelasnya.

Terbaru, Almy kini kembali bekerja dan baru saja memulakan penggambaran telefilem Hari Raya berjudul Sebelum Raya arahan Zulkifli M Said untuk tayangan di sebuah saluran televisyen.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 01:25 PM | Show all posts
Fizz fairuz ade dtg jenguk x?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:40 PM | Show all posts
Reply 2# cutebaby5907


   
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:45 PM | Show all posts
kesian almy..moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:45 PM | Show all posts
bkn ke sakit appendiks boleh kesan dr awal
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:48 PM | Show all posts
bahaya betul apendiks ni kan..
tapi kita pun tak buat pemeriksaan bila sakit perut cuma anggap seperti sakit perut biasa jer...bila dah teruk baru ke hospital..

semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2012 01:57 PM | Show all posts
anyway, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) tu ok ke? nampak dr luar mcm cikai je..




Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 03:33 PM | Show all posts
dah kurus makin kurus la dia ni...

semoga cepat sembuh~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 03:40 PM | Show all posts
moga cpat sembuh iyer.. !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 03:59 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh & kembali langsing seperti dulu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:05 PM | Show all posts
Reply 5# stryder_cats

xjuga kot...my grand pa sama kes mcm Almy ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:09 PM | Show all posts
whuyoooo.. pantang 3 bulan... macam orang beranak plak... anyway, take care
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:27 PM | Show all posts
apendix nee mmg kalau dah pecah akan membahakan nyawa, ayah saya pernah kena bedah coz apendix tahap kritikal coz dah pecah. sehari selepas operation, keluar air warna hijau ikut tempah belah tu... sekali lg dia kena belah. kesan belah tu sampai laa nee akan sakit kalau silap makan walaupom dan 36 tahun yg lepas dia menjalani pembedahan tuu... kepakaran @ kelengkapan masa tu mmg agak mundur kot coz minggu lepas saya bawa ayah ke klinik coz sakit. doc terkejut tgk tempat operation tuu so scary kata doc coz ada 4 tempat yg d belah d perut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:32 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:32 PM | Show all posts
apendix nee mmg kalau dah pecah akan membahakan nyawa, ayah saya pernah kena bedah coz apendix tahap ...
wizza Post at 6-6-2012 16:27



    mmg bahaya..org anggap tu minor operation..tapi kalau pecah n merebak kat tempak lain mmg bahaya especially pd pompuan sbb dkt dgn tiub fallopio..ade kes dimana salah 1 tiub kena buang sbb dah ade jangkitan kuman akibat apendiks ni..n ade juga yg bila pecah dia merebak sampai ke saluran pernafasan n melibatkan kematian
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:37 PM | Show all posts
moga cepat sembuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 04:37 PM | Show all posts
semoga Almy cepat sembuh.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:45 PM | Show all posts
Reply 11# ogata

oo i see.. sbb ingat bleh detect dr awal
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:50 PM | Show all posts
speedy recovery ya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:55 PM | Show all posts
i loiks u almy..semoga cepat sembuh yea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.075295 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list