CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8057|Reply: 50

Nabil Tak Sabar Tunggu Anak

[Copy link]
Post time 6-6-2012 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Tak sabar tunggu orang baru

TIADA apa yang lebih menggembirakan hati seorang suami apabila mengetahui sang isteri kini sedang mengandungkan zuriat pertama mereka.
Begitu juga dengan pelawak popular, Nabil yang kini sedang berbunga-bunga hatinya kerana isteri kesayangan, Nazirah Ayub berbadan dua selepas sembilan bulan melayari alam rumah tangga.
Mungkin bagi sesetengah pasangan, menerima kehadiran orang baru dalam kemanisan pelayaran alam rumah tangga yang tidak sampai setahun itu terlalu pantas tetapi tidak bagi Nabil.
Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio bernama penuh Ahmad Nabil Ahmad itu mengakui yang dia dan isteri sememangnya menantikan saat-saat itu.
Malah lelaki muda berusia 29 tahun itu mengakui yang dia dan isteri sudah bersedia mental dan fizikal untuk menerima orang baru dalam keluarga kecil yang dibina sejak September tahun lalu.
Dalam debaran menanti detik-detik bergelar seorang bapa dan ibu, Nabil dan Nazira, 24, turut berkongsi rasa bahagia dan pengalaman pertama yang kini sedang dilalui.
“Alhamdulillah usia kandungan isteri saya kini dua bulan tiga minggu. Kami berdua sebenarnya memang sudah lama menunggu detik ini.
“Isteri saya tahu dia hamil ketika usia kandungan sudah pun mencecah tiga minggu," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Bersedia dengan pelbagai perubahan yang bakal dialami isterinya, bagaimanapun Nabil memberitahu, buat masa ini Nazira masih belum mengalami sebarang alahan.
Pun begitu, kata Nabil, pada trimester pertama ini dia sudah dapat merasai perbezaan isterinya itu apabila melihat daripada jumlah makanan yang diambil.
“Tidak ada banyak perubahan cuma dia banyak makan dan tidur.
“Di awal kandungan ini kami masih lagi berjaga-jaga malah saya melarang isteri daripada melakukan kerja berat," katanya .
Tidak lokek berkongsi cerita dalam melayani kehendak dan kerenah isterinya yang sedang hamil itu, sambil bergurau Nabil berkata, selain terpaksa berhadapan dengan jerawat yang tiba-tiba menyerang wajahnya, dia kini juga banyak mengalah dalam memberi keselesaan buat isteri tercinta.
“Akhir-akhir ini kami berdua terpaksa berebut untuk membuka dan menutup penghawa dingin.
“Dia mahu tidur dengan penghawa dingin dan saya pula tidak mahu. Bagi memberi keselesaan kepadanya, saya mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu sahaja," katanya berseloroh.
Minum 100 botol susu kambing
Ditemui pada majlis pelancaran Evolusi R baru-baru ini, Nabil juga memberitahu, bahawa dia sanggup melupakan hobi yang paling diminatinya semata-mata untuk menjaga hati si isteri.
Menurut Nabil, sejak akhir-akhir ini dia sudah jarang menunggang motosikal kesayangannya.
“Dia (isteri) banyak mendengar cerita daripada rakan-rakannya mengenai kemalangan yang membabitkan motor.
“Untuk menenangkan dirinya, saya mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti bermotor ini," jelas Nabil.
Mengakui keinginan untuk bergelar ayah membuak-buak beberapa bulan yang lepas, dia dan isteri juga banyak berusaha mencuba pelbagai ikhtiar untuk memperoleh zuriat dengan cepat.
“Kami memang mahukan anak. Saya pernah membeli 100 botol susu kambing dan meminumnya hampir setiap hari. Kami mengikut petua yang diberikan beberapa kenalan.
“Ternyata pemberian (kehamilan) ini adalah berita paling menggembirakan kami berdua, akhirnya isteri saya disahkan mengandung," katanya teruja.
Biar perasaan teruja menanti kehadiran zurait sulung terserlah namun Nabil memberitahu, tidak mahu terlalu menunjukkan kegembiraan tersebut.
Ini terutama dalam melalui fasa-fasa awal kehamilan seperti yang sering dinasihatkan oleh orang tua-tua.
“Saya dinasihatkan jangan terlalu teruja kerana tidak elok. Namun perasaan ini sukar disembunyikan kerana saya memang sudah tidak sabar lagi menunggu bulan 12 nanti," katanya sambil tersenyum gembira.
Tidak kisah akan jantina anaknya nanti menurut Nabil, sebagai seorang bakal ayah dia, menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan.
Apa yang penting buat dirinya adalah kehadiran penyeri dalam keluarganya itu nanti berada di dalam keadaan yang sihat.
“Kalau boleh saya mahu seorang bayi lelaki. Tapi sebenarnya di kala ini saya tidak terlalu sangat memikirkannya," katanya yang menggunakan nama panggilan Adam untuk berbual dengan kandungan isterinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 01:39 PM | Show all posts
nabil namapk berisi dah...jgn boncet mcm zizan dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:25 PM | Show all posts
Reply 2# noell


   johan ke zizan yg boncet?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:28 PM | Show all posts
Berseri nampaknya muka nazirah bila mengandung nie.. Happy couple..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:35 PM | Show all posts
makin cantik wife dia..nabil pun dh berisi...congratz ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:53 PM | Show all posts
wow...xsabar jgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2012 02:58 PM | Show all posts
suka dgr nabil dlm suria fm pagi2.. takde la melalut pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 03:06 PM | Show all posts
makin lawo bini nabil ni hah ...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 03:20 PM | Show all posts
seronoknya.... untung laaa~
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 03:20 PM | Show all posts
cute aje org peknen kheeennnn...
serinya lain macam...jangkit plak seri kat nabilll....

tentu tak sabar, ye la...tomok pon dah bgelar bapaaa...
dorang kawen lebih kurang date rasanyaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 03:28 PM | Show all posts
tahniah le bang bil......tingat lawak nabil kt lawak ke der? tang yg pakai suar bunga2 tu lg lawaks....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 07:10 PM | Show all posts
semoga semuanya selamat bang bil ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 09:14 AM | Show all posts
Tak sabar nak tengok rupa anak nabol. Capang tak ek tinge dia? Hehee
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 09:16 AM | Show all posts
jaga isteri tue baik2 sebab msih baru lagi kan.moga sihat je kandungan isteri ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 09:26 AM | Show all posts
sian kat anak dia if yg lahir tu pompuan..
dok dlm perut dah dipanggil adam ..
jgn esok karakter boyish sudah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 09:46 AM | Show all posts
TT

patutnya topiknya "Nabil tak sabar tunggu anak sulong" bukan anak tunggal, harap maklum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 09:53 AM | Show all posts
Untung laaa... Tahniah di ucapkan... Semoga mandapat bayi yg sempoerna~
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:02 AM | Show all posts
Alaaa aku pun bakal bersalin bulan doblas n nk namekan baby adam,klo laki
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:03 AM | Show all posts
Alaaa aku pun bakal bersalin bulan doblas n nk namekan baby adam,klo laki hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:08 AM | Show all posts
sian kat anak dia if yg lahir tu pompuan..
dok dlm perut dah dipanggil adam ..
jgn esok karakter b ...
miss_jay Post at 7-6-2012 09:26



   haha ekceli anak aku masa dlm perut dulu pun laki aku panggil adam hari2..aku panggil dia adik..naluri aku merasakan dia gegel tapi laki aku plak merasakan dia boboy..doktor plak scan xnampak tp ramai merasakan boboy..last bila banak gegel huhuhu..tp anak aku ni walopun suka mekap2,suka barbie tp dlm masa yg sama suka bola n spiderman..pastu suka gak mainan cam kereta ke apa huhuhu.. la ni pantang kalo tgk bola kt tv mst menjerit kuat2 gol!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.102002 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list