CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5391|Reply: 47

Yana bosan lakonan sendiri?

[Copy link]
Post time 6-6-2012 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chaupa at 6-6-2012 13:43



PRATONTON Aku Ada, Kau Ada??? bukan setakat disaksikan oleh para wartawan tetapi pelakon filem itu juga hadir termasuklah salah seorang pelakon utamanya, Yana Samsudin.
Namun ada pihak terutamanya para wartawan yang terkejut apabila melihat Yana dilihat keluar dari panggung sewaktu pratonton filem itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Ada yang mengandaikan Yana seperti bosan untuk meneruskan tontonan terhadap filem pertama arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd. tetapi dia menafikan andaian itu.
“Saya tidak kata saya bosan dengan filem ini ataupun saya malu menonton filem lakonan saya sendiri tetapi saya memang selalu berbuat begitu. Saya mengaku keluar dari panggung.
“Bukan saya seorang tetapi Shaheizy Sam yang turut berlakon dalam filem ini turut keluar dari panggung bersama-sama saya. Kami memang selalu macam itu dan ia macam kebetulan.
“Memang ada orang kata yang kami seperti tidak suka dengan filem ini tetapi itu hanyalah cakap-cakap orang sahaja. Takkanlah kami mahu mengutuk filem lakonan sendiri," komennya.
Yana mengulas isu itu selepas pratonton Aku Ada, Kau Ada??? yang turut dilakonkan oleh Kamal Adli dan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 24 Mei lalu.
Jelas Yana, menerusi filem yang 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea Selatan itu, dia bukan setakat berlakon tetapi buat pertama kalinya juga perlu menyanyi dan menari.
“Saya telah berduet sebuah lagu dengan Shaheizy Sam bertajuk Begini Caranya dan menyanyi solo dua buah lagu berjudul Halus Berbisa dan 2M," ujarnya.

p/s: yana ni boleh berlakon. tidak kayu. dan aku rasa dia boleh berlakon pelbagai watak walaupun lakonan dia taklah sehebat nabila huda tapi dia lagi baik berlakon nak dibandingkan dengan maya karin atau pun lisa surihani. ni pendapat aku.

yana banyak berlakon jugak filem dan drama tapi kenapa dia tak popular eik? nak kata ada gosip panas, setahu aku langsung takde kecuali masa awal kemunculan dia jadi artis yg dia ni bekas kekasih pierra andre dan isu pada dia masih muda dlm umur 24tahun macam (pd waktu tue) dah mengarah filem iaitu SELAMAT PAGI CINTA. tapi filem tu tak laku pun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 01:54 PM | Show all posts
bukan setakat dia jer yg kluar... kalau aku pon pun kluar tgk cite2 camni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:55 PM | Show all posts
Yana bosan lakonan sendiri?i ...
chaupa Post at 6-6-2012 13:41



    laaa orang lain bosan ngan lakonan dia, dia tak tau ke?


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:57 PM | Show all posts
terlalu banyak sgt berlakon untuk setahun beginilah jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 07:10 PM | Show all posts
bagus la tuh dah bisan ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 08:04 PM | Show all posts
aku pun bosan tgk dia. lakonan dia biasa2 je bagi aku.
yg penting dia kurang pesona bintang. kekadang nampak selekeh...sorry karatz
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2012 08:13 PM | Show all posts
aku rasa dalam forum cari nie takde sorang pun yang minat yana eik. takde pun yg duk backing dia setakat nie.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 08:50 PM | Show all posts
yana ni pandai berlakon??? celah mana nya dia cuma tau jerit2 je bingit tau dak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 08:55 PM | Show all posts
Aku memang tak akan tenguk filem2 David Teo ni. Hilang eksklusiviti seseorang pelakon tu sebab asyik muka yang sama je berlakon. even Shaheizy Sam tu pun aku dah tak berapa minat
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 09:27 PM | Show all posts
dia xdak aura la...pahtu blakun filem david teong pulak
yg mmg hampeh tu...
mmg xpenah tgk kat panggung pilem2 die nih..
sory yek....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 10:24 PM | Show all posts
Reply 7# chaupa

aku okey jer dgn yana ni...
masa dia berlakon dlm drama lu'lu dgn sang kelembai aku suka apa...
tapi bile dia berlakon dibawah filem keluaran MIG, aku tak suka sbb produk MIG boleh dijumpai tetiap bulan...
mcm sam tu, agaknya tahun ni jer tah berapa filem asik muka dia jer...
sama dgn yana, rasanya yg terbaru ada dia filem bini2ku gangster...
dah takde spesialnya lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 10:26 PM | Show all posts
Lebih baik kahwin
dan berhenti berlakon
biar suami awak pula cari rezeki
awak tu cukup-cukuplah
bosan weiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 11:25 PM | Show all posts
aah la..da lame perasan...die xpopular pon w.pon kerap muke die je..aku rase sbb die kontrak kot...david tiung memg gune habis habisan org yg dibauar kontrak ni...mgkin diorg ade target berape.fipem kene habiskan....


ataupun gosip yg aku reka sendiri die ade skandal dgn david..tambah muke chineae look die tu...kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 12:27 AM | Show all posts
sian yana....aku pun tak minat dia.pe kata dia pakai tudung lak, mana tau pehtu dah tak bosan lak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 04:17 AM | Show all posts
pelakon kat malaysia ni mmg org cpt bosan... aaron aziz, maya x lama lg la tuh...

lisa, sam ngn remy ishak pun org dah bosan nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 07:52 AM | Show all posts
Aku dh tgk cite ni. Sampah sarap hampagas semua sekali ada.
Yang selamat kan aku dr keluar dr panggung tetengah movie ialah muka comel si yana nie dgn Sam. Part hunung2 masa pementasan tu agak lawak sbb ada si bard pondan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 08:00 AM | Show all posts
org yg tgk lakonan dia pun rasa bosan.....berlakon dlm cerita yang ntah apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:17 AM | Show all posts
yana, kalau ko nak tahu, aku pun mmg BOSAN tgk lakonan ko
sume taraf2 sendu dqan kayu jah
sib baik la ko keje dgn david teo
bleh la merasa belakon film walau bakat ko nan hadoooo skalipun
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:42 AM | Show all posts
suke tgk yana..cite kelembai tu...comel je
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:54 AM | Show all posts
suka tgk yana dlm suri bakawali je..best cite tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.095314 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list