CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12584|Reply: 111

Johan As'ari nak bini yang wangi

  [Copy link]
Post time 8-6-2012 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by maxim at 8-6-2012 22:45

Berbau Harum Antara 10 Ciri-Ciri Isteri Pilihan Johan As'ari



Johan As'ari. Foto ONG SOON HIN

KUALA LUMPUR: Pelakon Johan As'ari meletakkan sepuluh syarat kepada mana-mana wanita yang mungkin berhasrat untuk menjadinya sebagai bakal suami.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.

"Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.

"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah," katanya yang ditemui pada pelancaran filem Pencinta di Taman Melawati, di sini Khamis.

Tambah Johan lagi, seseorang wanita itu juga haruslah taat dan hormat kepada suaminya kerana ia merupakan satu cara untuk kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga.

Malah bakal isterinya juga haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi kerana ia boleh menyejukkan hati apabila melihat wanita itu peka terhadap alam rumah tangga.

Selain itu, walaupun ia kedengaran pelik, memiliki lesen kereta juga adalah salah satu kriteria wanita pilihan Johan kerana ia menunjukkan wanita tersebut seorang yang berdikari dan mampu menjaga keluarga sekiranya dia sibuk dengan kerja.

Dalam masa yang sama Johan juga amat membenci wanita yang suka bermuka-muka serta cakap lepas kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seorang perempuan yang sempurna.

"Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.

"Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya," ujar pelakon Juvana ini.

Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:

WANITA IDAMAN

1. Memiliki sifat-sifat keibuan

2. Taat dan hormat kepada suami

3. Seorang pembersih

4. Memiliki lesen kereta

5. Berbau wangi

WANITA YANG TIDAK DISUKAI

1. Sudah bersuami

2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit

3. Suka cakap lepas

4. Wanita yang berkira

5. Lebih tinggi daripada Johan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 07:46 PM | Show all posts
WANITA YANG TIDAK DISUKAI

1. Sudah bersuami

meaning dia benci wanita y dah kahwin erk?... adoi lah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 07:55 PM | Show all posts
laku sgt ke dia ni smp orang perlu tahu ciri wanita idaman dia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 08:02 PM | Show all posts
apa pulak ciri2 wanita pilihan pizz piroz hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 08:07 PM | Show all posts
alahai Johan, Janda suka pulak ye.....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:03 PM | Show all posts
alahai Johan, Janda suka pulak ye.....hehe
prettymanja Post at 8-6-2012 20:07



   janda tu body mantao.mesti la suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2012 09:08 PM | Show all posts
sukatilah JA...

mana kipas susah mati dia dulu, dah takde ke dlm porem ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:18 PM | Show all posts
sapa2 peminat Johan yg dah kawin tu sorry lah ye,
menurut beliau, korang tmasuk dlm kategori WANITA YANG TIDAK DISUKAI..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 09:22 PM | Show all posts
Reply 5# prettymanja


Of course lah uols..     
beliau kata x suka yg sudah bersuami, bukan yang pernah bersuami...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:24 PM | Show all posts
Si Johan ni mempunyai 10 ciri-ciri bakal suami idaman kebanyakan wanita tak? Siap letak syarat bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:25 PM | Show all posts
Nabila tu nampak busuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:25 PM | Show all posts
mcm la kau tu gah sangat johan oi...gigi dahla mcm ikan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:28 PM | Show all posts
macam la ko tu wangi sangat.

kalau camtu ko bercinta ngan tokey kilang minyak wangi latak pun dgn pemilik rangkaian wangian sendiri-mak aji toncet...tapi dia dah bersuami
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 10:05 PM | Show all posts
sengal sangat lah ko ney johan
ko tuh sentiasa harum ke????
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 10:09 PM | Show all posts
johan ni aku rasa kentut dia pun mesti bau wangi
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 10:10 PM | Show all posts
pakaila simplyct...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 10:12 PM | Show all posts
"dia mesti wangi" ala2 apek dlm iklan simply siti gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 10:27 PM | Show all posts
Kalau wanita plak,ada tak tetapkan ciri cir lelaki idaman tu,bekas pelajar pondok tp kerap bergambar peluk wanita?haish nak memilih tu tgk diri dulula beb
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 11:16 PM | Show all posts
amboi siap nak yg ade lesen memandu..sebab dia takde lesen kereta ke atau jenis lelaki malas nak pi hantar bini ke sana kemari..jenis suka bini tu berdikari wat semua mende boleh la dia lepas tangan.
aku just nak bitau je kat johan ni jangan nak berprinsip sangatlah takmo pompuan segitu segini biasanya kau akan di uji nanti..serupa org lelaki yg ckp takkan berpoligami dlm idup ni tau2 ramai je yg menggoda..

aku dah tgk dah mcm2 dah ade kawan aku lelaki benci gila ngan org kelate sudahnya dia kawen ngn org kelate hahahah..aku dulu tak suka org pakai gg pelesu sudahnya laki aku pun gg pelesu gg atas yg depan dia..igt lagi aku siap puji gg dia cantik ms mula2 jumpa ropanya pelesu heheh

pendek cite kita takkan dpt pasangan yg betul2 menepati citarasa dan sempurna di mata kita kerna hidup ni saling melengkapi  antara satu sama lain gituuhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 11:26 PM | Show all posts
biasa je statement dia nih...
normal la WPH suka tanya ciri2 wanita idaman..
korang ni terlalu ambik serius artikel picisan mcm ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066502 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list