CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4251|Reply: 22

[Jenayah] edisi merdeka=19 pasangan ditangkap khalwat

[Copy link]
Post time 31-8-2012 10:45 PM | Show all posts |Read mode
19 pasangan ditangkap khalwat.19 pasangan ditangkap khalwat.ByBudak Nakal on 31 August 2012at7:04 PM




19 pasangan ditangkap khalwat malam MerdekaPelbagai taktik lama seperti menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin digunakan oleh pasangan yang diserbu oleh JAIP pada malam Merdeka semalam.


Itulah antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

“Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi,” katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam.

Kesemua pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2012 10:48 PM | Show all posts
Gambo tu mcm dah ada...kes lain gambo lain nih..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 11:16 PM | Show all posts
FaithNoMore posted on 31-8-2012 10:48 PM
Gambo tu mcm dah ada...kes lain gambo lain nih..

ada kat mana faith?
anya rasa derang nih biasa lah recycle2 gambar... lain gambar lain peristiwa lain garis masa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Freedom = free sex?

:x
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 08:23 AM | Show all posts
~anya~ posted on 31-8-2012 11:16 PM
ada kat mana faith?
anya rasa derang nih biasa lah recycle2 gambar... lain gambar lain peristiw ...

in one of the old thread anya. sy ingat sebab awek tu gebu he he he. malas nak belek2 thread lama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 02:24 PM | Show all posts
FaithNoMore posted on 1-9-2012 08:23 AM
in one of the old thread anya. sy ingat sebab awek tu gebu he he he. malas nak belek2 thread lama. ...

i see... sib bek pakai gambar nih....comel aweks tuh.. such a dainty looking shoulder kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2012 02:30 PM | Show all posts
FaithNoMore posted on 31-8-2012 08:48 AM
Gambo tu mcm dah ada...kes lain gambo lain nih..

- skadar gambar hiasan ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 02:47 PM | Show all posts
itu yang tertangkap dan kes kat pahang aje..yang tak tertangkap....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2012 03:13 PM | Show all posts
hotel bajet je ke wat rush.... otel mewah xnak check?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 03:41 PM | Show all posts
hainina posted on 1-9-2012 03:13 PM
hotel bajet je ke wat rush.... otel mewah xnak check?

kalo raid semua hotel mewah kosong la dewan parlimen nnti ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 03:57 PM | Show all posts
haha..tu pasal ramai ke hotel mewah, biar kuar duit lebih sket, janji nyamannya sampai ke pagi esok
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 04:05 PM | Show all posts
sometimes aku x brp nak rs jijik dgn org yg buat maksiat tu, tp aku lebih rs jijik dgn jabatan agama yg pilih bulu bila nak buat rush..

rush kat hotel murah je? apa jadahnya? x de telor btl org jabatan agama ni. sia2 kerajaan bayar dorang gaji..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 04:14 PM | Show all posts
bulan 5 thun dpn bnykla anak2 terbuang kt tong smpah nih:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 11:55 PM | Show all posts
asal ada festival mesti ada cerita macam ni
valentine day
tahun baru
kristmass
memang asal ada je cuti semua nak bermaksiat beramai2
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 01:15 AM | Show all posts
negara sudah 55 tahun merdeka tapi pasangan2 masih belum merdeka untuk berzina tanpa gangguan penguatkuasa.

saya mencadangkan kerajaan memperkenal insentif Kondom 1Malaysia (K1M). Pasangan yang mengambil K1M diberikan keistimewaan untuk tak boleh diganggu oleh para lobai. Insentif ini juga sejajar dengan usaha2 lain yang telah berjalan untuk menangani masalah buang bayi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 04:11 AM | Show all posts
kalau hotel mewah pon mereka serbu jugak, tajuk dia jadi - lebih 190 pasangan ditangkap khalwat
dan disusuli dgn berita ketua pegawai penguatkuasa jaip digantung tugas kerana "masalah disiplin"


Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam.


apakata hang nasihat skali kerajaan umngok spy tidak menyelitkan aktiviti maksiat & lagho dlm upacara sambutan kemerdekaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2012 04:16 AM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 2-9-2012 01:15 AM
negara sudah 55 tahun merdeka tapi pasangan2 masih belum merdeka untuk berzina tanpa gangguan pengua ...

Aku pun tak paham kenapa sampai nak intai2 ketuk2 begitu sekali sampai ada yg membahayakan nyawa org sbb lari terjatuhlah apalah. Dah tu suka pulak ambik video/ pics sebar n malukan org yg ditangkap. ( Yeee, klu ikut dlm konteks agama....masa buat tak malu kat Allah) Tapi pjbt agama sbg agensi yg berkaitan dgn agama Islam sendiri perlukah mengaibkan org sebegitu sekali yakni bercanggah dgn ajaran Islam itu sendiri???


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 04:33 AM | Show all posts
Orange1 posted on 2-9-2012 04:16 AM
Aku pun tak paham kenapa sampai nak intai2 ketuk2 begitu sekali sampai ada yg membahayakan nyawa o ...

aku pun tak paham kenapa sampai nak sorok, lari atau melakukan perkara yg membahayakan nyawa spt terjun bangunan bila bilik kena ketuk dek pegawai pej agama
pegawai tu pon orang jugak, buatpe nak takut
dgn Allah tak takut plak

yg slalu dok ambik gambar tu bukan pegawai pej agama tapi wartawan
aku cadangkan lenkali bila pejabat agama nak jalankan aktiviti amal makruf nahi mungkar, tak payah le ajak skali wartawan2 extra baggage tu


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 05:30 AM | Show all posts
cupin_cipin posted on 2-9-2012 04:33 AM
aku pun tak paham kenapa sampai nak sorok, lari atau melakukan perkara yg membahayakan nyawa spt t ...

Aku rasa sbb malu lah kan takmo kena tangkap nanti org tau n ada gak yg dah kawin sbb tu lari. Cuma aku tak setuju duk rakam2 ni. Memang tak perlu bwk wartawan pun takpa. Tak sesuai dgn ajran Islam sendiri yg duk p rakam2 n sebar lak lps tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
lobai2 suh haramkan sambutan hari kekasih. . .
Skang apecer ngan sambutan merdeka pulak?. .
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.082575 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list