CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1757|Reply: 6

[Jenayah] Baik pura2 pengsan dari dibunuh !

[Copy link]
Post time 1-9-2012 05:48 AM | Show all posts |Read mode

SITI FATIMAH menunjukkan kesan luka  pada tangannya.

Pura-pura pengsan elak dibunuh

KANGAR - Seorang peniaga yang tidak mampu untuk melawan dua perompak bersenjatakan parang terpaksa berpura-pura pengsan sebelum mendapati pelbagai barangan berharga bernilai RM50,000 termasuk wang dilarikan penjenayah tersebut kelmarin.


Kejadian pukul 3 pagi di sebuah rumah Lorong Haji Teh, Pengkalan Asam, di sini itu berlaku ketika Siti Fatimah Ahmad, 45, bersama dua anak, ibu dan adiknya sedang tidur di dalam bilik masing-masing.


Mengimbau semula kejadian itu, Siti Fatimah memberitahu, dia terus terjaga apabila menyedari lehernya dicekik selain hidung serta mulutnya ditekup dengan kain yang telah dilumur sejenis cecair dipercayai klorofom.


Katanya, pada mulanya dia sangka sedang bermimpi tetapi ketika hendak mencapai telefon bimbit untuk melihat waktu, dua individu yang memakai topeng dan baju sejuk terus menyerangnya.


"Saya enggan menyerah dan cuba melawan. Salah seorang daripada mereka kemudian cuba menekup sekali lagi mulut dan hidung saya dengan kain itu manakala seorang lagi memukul dan mengacukan parang hingga mencederakan jari serta tangan saya.
"Apabila mendapati kudrat saya tidak mampu untuk melawan mereka, saya mendapat ilham untuk berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada dibunuh," ceritanya ketika ditemui semalam.


Tambahnya, pada masa sama dia hanya membuka sedikit mata dan nampak dua perompak itu menggeledah biliknya selama 20 minit selepas mengikat tangan dan kakinya menggunakan kain tudung miliknya.


Menurut Siti Fatimah, penjenayah kemudian cuba masuk ke dalam bilik anak, ibu dan adiknya tetapi gagal apabila pintu itu dikunci dari dalam sebelum kedua-duanya melarikan diri melalui dapur.

p/s hamdalah...tak dirog...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2012 06:20 AM | Show all posts
guna klorofom?

hmmm...kes terpencil ni. orang perlis tak perlu risao. Lukanya pun sikit
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 07:08 AM | Show all posts
men deka men deka mendeka............kes terpencil ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 07:35 AM | Show all posts
zalim betul perampok zmn skrg...:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 07:51 AM | Show all posts

negara selamat dan aman sejahtera....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 08:01 AM | Show all posts
Menurut kenyataan pegawai anak orang elit, ini adalah kes yg tidak perlu dirisaukan..
Kena sket jee.. bukan kena bunuh pun.. Ini menandakan rakyat M'sia bijak mengatasi jenayah../
Kes ini tidak perlu dihebahkan dalam surat khabar kerana penjenayah tu tak guna pistol..

So, kes ini dianggap selesai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2012 09:12 AM | Show all posts
sib baek akalnya panjang ketika waktu gitu...
jika tak, mgkin pagi nie kita baca lagi ttg satu kematian ngeri....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.119615 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list