CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 3

[Jenayah] `Mak, usah dtg KL ye!" kata2 terakhir seorang duda !

[Copy link]
Post time 1-9-2012 09:18 AM | Show all posts |Read mode

JERTIH: “Emak tak payah ke Kuala Lumpur. Nanti tak sempat jumpa Faiza kerana ini perjumpaan terakhir antara kita.” demikian kata-kata terakhir Faiza Jaafar, 27, yang ditemui mati dibunuh kepada ibunya, yang bertolak ke ibu negara, Selasa lalu.


   Permintaan Faiza kepada ibunya, Rohani Sulaiman, 48, itu dibuat beberapa kali sebelum wanita berkenaan meninggalkannya bersama empat lagi adik-beradik lain yang tinggal di sebuah rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin di Taman Perwira, Tok Saboh, Kuala Besut, dekat sini.


   Bagaimanapun, Rohani terpaksa meninggalkan Faiza bersama empat lagi anaknya kerana mengikuti suaminya  bekerja di ibu negara selepas tiga hari berhari raya bersama keluarga di kampung.



   Rohani yang pulang malam kelmarin terkejut selepas dimaklumkan ahli keluarga, Faiza dijumpai mati dibunuh di kawasan sawah padi di Kampung Gong Manak, Kuala Besut.

----------


KAKITANGAN Hospital Besut dan anggota polis mengusung mayat Faiza yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan lututnya hampir putus dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut kelmarin


BESUT – Misteri kehilangan seorang duda anak satu sejak Rabu lalu terjawab kelmarin apabila dia ditemui mati dibunuh secara kejam dengan kedua-dua lututnya hampir putus ditetak manakala betis dan pinggangnya turut dilibas senjata tajam.


Mayat Faiza Jaafar, (gambar kecil) 27, ditemui dalam keadaan terduduk pada pukul 2.40 petang di kawasan sawah Kampung Gong Manok, Kuala Besut, dekat sini oleh bapa saudaranya yang keluar mencari mangsa.


Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumah sehari sebelum mayatnya ditemui hingga menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarganya.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, siasatan awal mangsa dipercayai dibunuh oleh lebih daripada seorang suspek antara pukul 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu menggunakan senjata tajam seperti kelewang atau pedang.


“Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan,” katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Tambahnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam.


Sementara itu, ibu saudara mangsa, Normala Sulaiman, 55, memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Beris Lampu, tidak jauh dari tempat kejadian, menunjukkan perubahan beberapa hari lalu.


“Dua hari sebelum itu, mangsa menunjukkan rasa berat hati apabila ibunya, Rohani Sulaiman, 48, menyatakan hasratnya untuk ke ibu negara dengan memberitahu mereka tidak akan berjumpa lagi,” ceritanya ketika ditemui.


Tambah Normala, mangsa menetap bersamanya sejak kecil dan membantunya menguruskan kawasan tempat letak kereta dan perkhidmatan bot bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian.


“Mangsa pernah berkahwin dengan gadis sekampung dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia tujuh tahun tetapi bercerai pada 2008,” katanya lagi.


p/s innalillah wainna illahirajiun... staf spital siap gelak-gelak lagik....







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2012 10:09 AM | Show all posts
aku fikir positif...staf2 tu gelak/senyum sbb wartawan ambik gambar la kot...

kat mana2 pn dh x selamat...
klu kat bandar...tembak menembak...
kat kg lak...x pasal2 kena tetak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:47 AM | Show all posts
Hari hari duk tolak mayat dah kalis dah... Lagipon ada reporters duk shoot gambar mesti mereka borakkan sesuatu yang lucu seperti " owh famous lah kita masuk paper  besok"

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:58 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun...
marah sikit bunuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.071752 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list