CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2004|Reply: 18

[Jenayah] Abis camne...Rumah polis pun kena pecah masuk !

[Copy link]
Post time 3-9-2012 08:53 AM | Show all posts |Read mode


3 September 2012                    

Rumah polis dipecah masuk, alami kerugian RM20,000

        AYER TAWAR - Seorang pegawai polis mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya di Taman Permata di sini, dirompak malam kelmarin.


        Mangsa, M D Amarthalingam berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara di Kuala Lumpur.


        Menurutnya, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati rumah mereka dalam keadaan berselerak setelah pulang dari majlis berkenaan pada jam 6 petang, semalam.


        “Kami sekeluarga ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan pulang semalam.


        “Apabila membuka pintu, saya amat terkejut melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang.


        “Saya mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku dan bergegas memeriksa wang milik anak saya.


        "Saya dapati wang anak saya sebanyak RM7,000 dan beberapa barang kemas telah hilang,” katanya.


        Tambahnya, perompak berkenaan dipercayai masuk ke rumahnya melalui pintu di bahagian belakang rumah.


        “Apabila saya ke bahagian belakang rumah, saya dapati kekisi tingkap telah diumpil dan mengesyaki perompak terbabit memasuki rumah melalui tingkap berkenaan," katanya.


        Malah, terdapat ladang kelapa sawit di belakang rumah Amarthalingam yang menyebabkan kejadian rompakan itu tidak disedari oleh jiran sekitar rumahnya.


        "Ini adalah kejadian pertama rumah saya dipecah masuk dan keadaan belakang rumah yang  banyak tanaman kelapa sawit menyebabkan tiada orang perasan kejadian rompakan itu  berlaku,” katanya.


        Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana keluarganya selamat walaupun kehilangan harta benda.


        “Satu laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian itu bagi memastikan penjenayah berkenaan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.


        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 08:57 AM | Show all posts
Ini adalah kes terpencil coz banyak lagi rumah polis yg belum kena rampok..
Peratusan kes rompakan boleh diabaikan..
Malaysia adalah sebuah negara yg selamat..

Terima kasih kepada DS Hishamuddin Hussein, merangkap Menteri Dalam Negeri, anak orang elit as well as anak org bangsawan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:58 AM | Show all posts
itu baru ruma..rsnyer stor polis pun penah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:00 AM | Show all posts
nak tgk boleh ke tak polis solve kes neh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:00 AM | Show all posts
kenapa grill die pasang kat luar ye? tak pnh tgk  grill pasang kat luar except pintu nye
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:02 AM | Show all posts
Polis pun tak beringat pasal simpan duit kat rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2012 09:08 AM | Show all posts
kalo rumah polis kena rompak, agaknya mcm mana depa layan kes tu?
sambil sindir2 gak ka, mcm kes2 org kebanyakan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:08 AM | Show all posts
cmf_wombat posted on 3-9-2012 09:00 AM
kenapa grill die pasang kat luar ye? tak pnh tgk  grill pasang kat luar except pintu nye

kalau kat dalam pun xde beza.. u still leh umpil dari luar.. tingkap cam tu? gigit je da tebukak.. my house pun kena like diz.. tapi lagi dasyat.. sampai dinding pecah dibuatnya..

ni la dipanggil seribu daya!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 09:09 AM | Show all posts
banyaknya cash kat rumah
duit anak lak tu
anaknya umur berapa, sampai ada 7k letak kat umah...
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:15 AM | Show all posts
AnBulisia posted on 3-9-2012 09:09 AM
banyaknya cash kat rumah
duit anak lak tu
anaknya umur berapa, sampai ada 7k letak kat umah...

ko percaya ke?

cuba ko baca

nama mangsa betul betul pakai kaca mata jika tak nampak

Mangsa, M D Amarthalingam
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:17 AM | Show all posts
Bi7Sari posted on 3-9-2012 09:15 AM
ko percaya ke?

cuba ko baca

dari mula dah nampak..
tu yang percaya sanggattssssss tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:17 AM | Show all posts
faraway1 posted on 3-9-2012 09:02 AM
Polis pun tak beringat pasal simpan duit kat rumah

Duit rasuah kot? Tuh yang tak berkat sampai kena sapu bersih?

Hahahahahahahaha........
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:23 AM | Show all posts
stinger_attack posted on 3-9-2012 09:17 AM
Duit rasuah kot? Tuh yang tak berkat sampai kena sapu bersih?

Hahahahahahahaha........

ko tak baca ke?
kan ke dia kata duit anak dia...
mana lak datang duit rasuah....

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:27 AM | Show all posts
AnBulisia posted on 3-9-2012 09:23 AM
ko tak baca ke?
kan ke dia kata duit anak dia...
mana lak datang duit rasuah....

Dari file CSI, 75.47 peratus duit rasuah selalu disalurkan pada akaun anak beranak...agar tak  mudah dikesan...

Hanya harbam tahap kunta kinte Aja yang Akan salurkan ke akaun anak yang belum bekerja...masih sekolah.......




HahahahahahaahahahahahaahHH
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:39 AM | Show all posts
cam nie pun masih nak tegakkan yang malaysia masih safe???....ahaks!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 09:43 AM | Show all posts
duit simpan bawah tilam ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:19 AM | Show all posts
pasang grill keliling rumah pun dah tak selamat..
senang2 jer penyamun ni kopak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:23 AM | Show all posts
Alangkan bilik kebal polis DALAM balai polis pon boleh kena pecah sampai hilang bahan bukti dadah berkilo2, inikan lagi RUMAH polis... Takpe, Mesia masih lagi selamat berbanding Zimbabwe, Uganda & Cuba...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.093981 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list