CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5355|Reply: 27

[Jenayah] Pukau ala Pakistan !

[Copy link]
Post time 4-9-2012 03:26 PM | Show all posts |Read mode

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki terbabit cuba mengambil wang dari mesin juruwang di sebuah kedai buku.


4 September 2012                    

        KUANTAN  - Taktik licik dua lelaki warga Pakistan memperdaya mangsa untuk mendapat wang akhirnya terbongkar selepas mereka ditangkap sekumpulan pengawal keselamatan sebuah pusat membeli –belah dekat sini kelmarin.


        Mereka dikatakan menggunakan beberapa keping wang yang dipegang selain bertanyakan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mangsa tidak menyedari kejadian yang berlaku dan menyerahkan wang yang ada.


        Detektif Dalaman pusat beli belah terbabit, Muhammad Yan Abdullah berkata, dia menerima aduan daripada seorang pemilik butik yang menyedari kehadiran dua lelaki berkenaan di kedainya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di butik pakaian miliknya.


        Curiga dengan perbuatan lelaki berkenaan yang cuba menarik wang daripada pekerjanya, Muhammad Yan berkata, pemilik butik itu terus menghubunginya selepas memberi arahan kepada seorang pekerjanya yang lain untuk mendekati lelaki itu.


        “Sebaik menerima aduan, saya terus mendapatkan rakaman wajah lelaki itu daripada pemilik butik sebelum bertindak mengarahkan semua pengawal keselamatan mencari lelaki itu di semua kedai dalam pusat beli belah ini,” katanya.


        Katanya, tindakan pantas semua anggota akhirnya berjaya menahan dua lelaki itu di sebuah kedai buku tidak jauh dari butik terbabit.


        “Ketika itu, salah seorang lelaki berkenaan sedang memperdaya mangsa yang juga jurujual di kedai buku itu dan cuba mengambil wang dari mesin juru wang,” katanya.


        Menurutnya,  dua lelaki berusia lingkungan 40an itu ditahan dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut manakala semua mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.


        Muhammad Yan berkata, walaupun kejadian itu adalah kes pertama di pusat beli belah berkenaan tetapi mereka tetap membuat pemantauan kerana sudah mendengar banyak kes sama sebelum ini.


        “Banyak kes pukau yang pernah kita dengar sebelum ini dan kebanyakan mangsa adalah peniaga. Justeru, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya tidak berulang,” katanya.

        Pengakuan Mangsa


        Beberapa mangsa mengakui mereka seolah-olah tidak sedarkan diri selepas didatangi dan ditegur lelaki yang berlagak sebagai pelanggan.


        Seorang pekerja kedai roti yang dikenali sebagai Abi, 22, berkata, pada malam kelmarin iaitu kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit membeli roti dan membayar RM2.20 sebelum bertanya mengenai sama ada negara ini mempunyai not RM20.


        Menurutnya, selepas ditanya demikian, dia menunjukkan not RM20 kepada lelaki itu sebelum dia sekali lagi bertanya mengenai not RM50.


        “Selepas menyoalkan saya mengenai not tersebut, dia memaklumkan mahu menukar not RM100 kepada mata wang Arab Saudi.


        “Bagaimanapun, saya memberitahu padanya bahawa tiada duit dalam mata wang itu, namun dia tidak berpuas hati dan cuba mengambil wang dalam mesin juruwang,” katanya ketika ditemui di sini.


        Abi berkata, ketika itu dia seperti tidak sedar dengan tindakannya sebelum disergah oleh pengurus yang curiga dengan tindakannya mengeluarkan wang dan membiarkan lelaki berkenaan cuba mengambilnya.


        Katanya, selepas disergah, dia terkejut dan sedar namun kelibat lelaki berkenaan sudah hilang.


        Kena pukau


        Bagi pekerja butik pakaian, Noraini Johari, 21, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari seolah-olah di pukau.


        Katanya,  dia tidak menyangka lelaki yang bertanyakan harga telekung di butik itu sebenarnya cuba mencari ruang untuk menipu.


        “Ketika itu kira-kira jam 1.30 tengah hari lelaki itu masuk ke butik dan memberi salam sebelum bertanya sama ada saya seorang Muslim atau tidak.


        “Selepas itu dia bertanya mengenai mata wang Arab Saudi dan mahu menukarnya, namun saya menjawab tiada, tetapi dia tidak percaya malah berkeras mahu melihat sendiri mesin juruwang,” katanya.


        Katanya, berlaku sedikit adegan tarik menarik duit di dalam mesin sebelum dia tersedar apabila telefon miliknya berbunyi.
        “Sekelip mata saya tersedar sebelum lelaki itu melarikan diri dari butik,” katanya.


        Situasi sama turut dialami pekerja kedai buku, Nurul Fadilah Mohd Robin, 22, apabila lelaki berkenaan masuk ke kedai dan mahu menukar duit.


        “Kejadian itu berlaku dengan pantas iaitu kira-kira lima minit, sebelum pihak pengawal menahan lelaki terbabit,” katanya.
        Nurul Fadilah berkata, itu kejadian pertama yang dialaminya selepas tiga tahun bekerja di kedai itu dan ia pengalaman yang menakutkan.


p/s  cashier mugkn tak sedar, pelanggan lain dibelakang turut dipukau ker?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 03:33 PM | Show all posts
pukau ker?

lakonan yg menyakinkan dengan mangsa yg blur sudah cukup sebenarnya.

tindakan penipu yg assertive/mendesak ditambah dengan mangsa yg lambat pick up

penipu kena bijak memilih mangsa... bukan semua akan terpengaruh dan dan terkesima dalam situasi mcm ni.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:35 PM | Show all posts
ini kena ada skill..xpayah mintak pukau pon..

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:38 PM | Show all posts
pukau bermule bile mangse respek ngn pemukau..
cube kalu si pemukau muke tongkang pecah.. baju compang camping.. bau masam..
agak2 jadi tk pukau..?

kesimpulannye, tak payahla respek sgt ngn mamat2 arab, syeikh , syed , pakistan ni ....kalu tk senangla kena pukau pda msa akn dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:39 PM | Show all posts
syiah ke sunni ini?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:39 PM | Show all posts
ni bukan pukau rasanya...tapi tipu muslihat, kalau pukau pakistan tu tak payah nak tanya dan tengok mesin juruwang...terus aje mintak serahkan semua wang yang ada..mesti dengan rela hati juruwang tu serahkan duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2012 03:40 PM | Show all posts
org Melayu ni mmg senang kena pukau eh? bukan je kena pukau dgn bangsa sendiri, malah bangla, pak ereb, paki, bolivia, nigeria seme senang2 leh pukau org mayu... kena wat kajian saintipik nih kat mana dtg genetik nim
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:40 PM | Show all posts
bukan pukau tapi otak konpius sbb tak paham inggeris
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 03:41 PM | Show all posts
Tak tabuh dulu ka sebelumn serah ka polis..kesian kat penyamun melayu sah kena tabuh dulu....yg depa ni tangkap trus bg polis....atau takut nk tabuh pasai badan berdengkoi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:45 PM | Show all posts
Kalau taktik kerana memukau, bila ditangkap, risiko nak terlepas penjara tu tinggi lah kan? Polis & hakim pon nnt kena pukau
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:45 PM | Show all posts
Dah dia tanya pasal matawang asing suruh je le gi money changer yang gi layan sapa suruh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 04:01 PM | Show all posts
cashier tak lulus srp memang selalu kena tipu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 04:04 PM | Show all posts
warga pakistan ke?
ntah2 da ada ic
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 04:04 PM | Show all posts
sebut soal pukau....cinta itu sendiri cukup ampuh utk menjadi alat memukau...ini pukau utk mencuri duit...taktik ala2 suci dan innocent  tp licik..sebab itu ko kena ckp bentak2 dgn org yg ko x kenal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2012 04:09 PM | Show all posts
PUKAU : PENGAMAL PUKAU BERSEKONGKOL DENGAN JIN, IBLIS DAN SYAITAN (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)


PENGAMAL ilmu pukau lazimnya bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan dengan matlamat menggoda dan menguasai seseorang untuk menyempurnakan niat jahat.Kegiatan pukau-memukau berlaku melalui perantaraan jin ke atas mangsanya yang memungkinkan mangsa itu tewas hingga tidak sedarkan diri.


Jin diperintah menguasai pergerakannya, menyebabkan dia tidak berdaya melawan atau bertindak. Kadang kala kesedaran wujud tetapi berada ditahap lumpuh hingga tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalang niat buruk orang yang memukau.

Mangsa pukau boleh melihat orang luar memasuki rumahnya dan merompak barang-barang berharga tetapi dia tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalangnya kerana kesedaran serta kekuatannya dikuasai unsur-unsur sihir. Mangsa seperti tergamam, terkaku, tenggelam punca atau kadang kala tidur dengan nyenyaknya kerana akal dan fikiran diresapi makhluk halus.
"Begitulah jahatnya ilmu pukau yang berfungsi melalui amalan sihir. la tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan," kata Dr. Amran Kasimin, pensyarah Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.Menurut Dr. Amran, yang juga salah seorang perawat kanan di klinik Darussyifa' di Bangi, Selangor, ilmu pukau tidak hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja sebaliknya diamalkan oleh semua kaum. Ilmu pukau tidak kenal siapa mangsanya.
Sesiapa sahaja boleh terkena pukau kerana kekuatan unsur luar mengatasi kekuatan roh seseorang mangsa.Seorang peguam tiba-tiba mengubah hujahnya kerana rasukan pukau. Seorang ahli politik atau pemidato menjadi gerun dan tergamam sebaik sahaja naik ke pentas untuk berucap.


BAGAIMANA AMALAN PUKAU DILAKUKAN

Menurut Dr. Amran, dalam masyarakat Melayu, amalan pukau dilakukan melalui pancaran dan pandangan mata, sentuhan atau pengerahan roh kepada orang yang dipukau melalui ungkapan jampi mentera.
Pertama, Bersalam merupakan satu tradisi bagi orang-orang Melayu setiap kali bertemu. Amalan itulah yang memberi kesempatan kepada orang yang memukau untuk mengenakan ilmu jahatnya itu.Ketika sedang bersalam, kedua-dua pihak memandang antara satu sama lain.

Apabila mata bertentang mata, pancaran jahat daripada mata orang yang memukau akan menembusi jiwa dan otak mangsa menyebabkan dia terpukau.Akibatnya, mangsa berkeadaan khayal, terkaku dan tidak sedarkan diri. Dia juga tidak berupaya bertindak kecuali menurut segala perintah yang diberikan kerana kekuatan unsur-unsur sihir menguasai dirinya.
Menurut Dr. Amran, kaedah ini kerap digunakan untuk memukau dan memuja seseorang wanita. Akibat pengaruh sihir, wanita itu sekonyong-konyong tergila-gila dan teringat-ingat kepada lelaki berkenaan.

Proses memuja dilakukan semasa wanita berkenaan sedang tidur. Jin akan menjelma dalam mimpi mangsa dengan cara menyerupai lelaki yang memujanya.Sebaik sahaja sedar daripada tidur, mangsa itu seolah-olah ternampak gambaran? lelaki yang memujanya. Melalui amalan sihir, jin bertindak mempengaruhi pemikirannya hingga menyebabkan dia tidak dapat melupakan lelaki itu, lantas menyerah diri kepadanya.


"Fikiran dan ingatan mangsa hanya tertumpu kepada lelaki berkenaan. Siang dia rindu, malam dia rindu dan akhirnya dia pergi ke rumah lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Dr. Amran."
Pada waktu itu tiada sebarang nasihat yang berupaya menghalangnya. Keluarga ditinggalkan, saudara mara dilupakan," katanya.


Kedua, Satu lagi kaedah memukau ialah melalui sentuhan sama ada dengan menepuk bahu atau belakang atau berjabat tangan.
Dr. Amran berkata kaedah itu turut melibatkan pancaran jahat daripada mata orang yang memukau kepada mata mangsa ketika mereka memandang satu sama lain sewaktu berjabat tangan atau selepas bahu mangsa ditepuk.Kaedah itu kerap digunakan untuk tujuan jahat, seperti menculik atau mengambil harta mangsa.
Dalam keadaan separuh sedar, mangsa melihat penceroboh memasuki rumahnya dan mencuri barang-barang berharga. Dia akan memberitahu di mana wangnya disimpan dan menanggal serta menyerahkan semua barang berharga jika diminta.
Dalam beberapa kes, mangsa diperintahkan mengikut orang yang memukaunya ke bank dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada akaunnya dan menyerahkan wang itu tanpa sebarang bicara. Mangsa hanya sedar apa yang berlaku setelah orang yang memukaunya pergi jauh.

bersambung...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2012 04:09 PM | Show all posts
TANDA-TANDA TERKENA PUKAU

Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

KAEDAH MENGELAK PUKAU

Pertama, kaedah paling berkesan untuk mengelakkan kesan pukau ialah dengan meminta perlindungan Allah yang merupakan pencipta semua makhluk termasuk jin, iblis dan syaitan.
"Berdoa dan membaca ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang lima waktu merupakan sebaik-baiknya amalan untuk menghindarkan segala kemungkaran dan perlindungan Allah memelihara keselamatan diri, harta benda serta rumah kita," kata Dr. Amran.

Kedua, kekuatan roh merupakan satu lagi kaedah untuk mengelakkan daripada terkena pukau. Satu cara untuk menguatkan roh ialah dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah.
Ketiga, selain daripada perkara-perkara wajib, amalan-amalan sunat seperti sembahyang tahajud, sembahyang tasbih dan sembahyang taubat pada waktu malam, berzikir, berwirid, berselawat dan sebagainya patut dilakukan secara terus-menerus dalam usaha bertaqarub atau menghambakan diri kepada Tuhan.

"Melalui amalan-amalan itu, Allah akan sentiasa menyayangi diri kita dan memberi kekuatan kepada diri kita. la memberi ketenangan jiwa dan mengelakkan berbagai-bagai penyakit, termasuk sopak dan penyakit gila," kata Dr. Amran.

Keempat, menurut beliau, orang yang dikasihi Allah akan dikurniakan sifat qaramah atau kemuliaan. Setiap permohonannya diperkenankan dan dirinya akan sentiasa terpelihara daripada kejahatan manusia dan gangguan syaitan.Beliau menegaskan bahawa cara terbaik untuk merawat seseorang yang terkena pukau ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, bukannya berubat dengan orang-orang yang melibatkan diri dengan sihir.
"Setiap penyakit yang melibatkan sihir, lawannya ialah ayat-ayat suci," tegas Dr. Amran.

Kelima, mangsa yang dipukau bagaimanapun boleh mengubati dirinya sendiri, jika berupaya, dengan cara menguatkan rohnya. Jika tidak berupaya, seperti tidak sedarkan diri, lupa atau tidak tahu membaca Quran atau didatangi haid bagi perempuan, mangsa boleh meminta pertolongan daripada orang lain untuk merawatnya."Berubatlah dengan orang yang beriman yang menggunakan kalimah-kalimah Allah sebagai penawar, bukan dengan mereka yang bersubahat dengan ibiis dan syaitan," tegas Dr. Amran.

Rujukan: Mastika 10, 1997 (Dr.Amran Kasimin)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 04:13 PM | Show all posts
mat afrika pukau lagi dasat..
dari dalam internet dia bole pukau..
sampai mangsa terpukau kasik duit dan gambar bugil..

pompuan yang kena tipu ada degree/master/phd lagi..
mangsa pukau ni lagi la bongok..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 04:15 PM | Show all posts
melayu ni balik2 pukau pukau pukau je lah manjang...sbnrnya diri sndri tgh blur pastu takut, diam dan tgk ajer lah apa yg akan berlaku seterusnya. apsal xnak pukau peniaga cina ker, kan diorang tu lagi masyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 06:48 PM | Show all posts
pegi memana bawak stun gun,
terasa ngantuk je tembak stun gun tu..
tgk sapa yg terpukau plak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 07:02 PM | Show all posts
adik manis,, perempuan melayu yg jd mangsa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 1.409563 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list