View: 34245|Reply: 165
|
Updated: 'Gangnam Style' versi Dtk. CT (pg.5)
[Copy link]
|
|
Akmaliah Razak
4 September 2012
Sham Kamikaze
Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.
Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.
Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.
Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.
Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.
Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'.
Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini.
Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.
"Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam.
"Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?
"Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT," katanya.
Seni kreatif: Zed Zaidi
Menganggap fenomena itu sebagai seni baru, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menerima kehadiran muzik tarian unik ini.
Walaupun ramai yang menyelar penyebaran muzik video ini, namun bagi Zed, tiada apa yang perlu dimanipulasikan.
"Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton.
"Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang kreatif. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak.
"Selain itu, semuanya ok sahaja. Tarian juga sangat menarik dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda," katanya.
"Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan.
"Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman," katanya.
Credits: sinarharian.com.my Last edited by achik2009 on 10-9-2012 06:58 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
semua mau menangguk di air yg yg tenang dr negara korea kah?? |
|
|
|
|
|
|
|
terpulang pada individu nak definasikan mcm maner... |
|
|
|
|
|
|
|
hallah..ko sham...sudahlah
pi setel dulu kes bini ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
ape bezanya ngan poco2... tegur la skali |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 4-9-2012 04:21 PM
tahniah mod sky.....
semoga dapat menjalankan tugas dgn adil dan bijaksana....
berkenaan avvy..sedang di pertimbangkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak share skit..aku dpt dr wall pesbuk member..
Maksud Sebenar Lagu Gangnam Style
.
.
Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidak hanya mempengaruhi gaya hidup sebahagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang ya
ng mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah & di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.
.
Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidak semua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’ & sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara Korea Selatan. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.
.
Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini merujuk kepada wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi. Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 4-9-2012 04:24 PM
alamak..pasneh apa jeh sham neh nak cakap..sure orng kasik sedas camnih..
makan dalam... ...
kannn?...bukan sedas je tapi berdas2lah gamaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
secara jujur, aku pun x berkenan ngan gangnam style ni...ntah pape jer!! budak kecik pun dh terikut2 menari stail cenggini...bad influences...pndapat peribadiku ajer |
|
|
|
|
|
|
|
alah biarlah.. sibuk la ostad ni..jaga la bini ko tuh.. harharhar... OPPA GANGNAM STAIL!!!!!!!!
(ayat kaver tk boleh bla... aku tau sham dah tengok video tu dan suka dngn hyuna)
(ada bini lawa tp camane leh nk becerai)
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 4-9-2012 04:23 PM
nak share skit..aku dpt dr wall pesbuk member.. Istilah ini merujuk kepada wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal.
mcm kat keyyy elll je ponnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 4-9-2012 04:23 PM
setazah abby tak nak komen ke pasal gangnam style ni?.....
klau abby bersuara hancus.... menda btul pun jd hancus....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dikaitkan dengan Yahudi. Senang crite, cari orang yang pandai bahasa korea, kasi translet itu skrip lagu. |
|
|
|
|
|
|
|
huruf T pun katanya agenda yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 pun tungkik... baik sham or gangnam watever tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
aku enjoy jah ngan gangnam style.....sila rujuk avvy....saja suka2...why so serious...tp enjoy tgk bidio ajelah...tadelah aku tebiat nak joget sama.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|