CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2629|Reply: 21

[Jenayah] Guru Quran dibunuh sbb gelang emas ! suspek_post 18

[Copy link]
Post time 5-9-2012 06:31 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis mengusung mayat Wan Kelthom  yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Jeram, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Tanda tanya seorang anak mengenai ibunya yang tidak kembali semula ke majlis rumah terbukanya setelah pulang mengambil senduk dan sudip di rumahnya terjawab apabila warga emas itu ditemui mati dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala di rumahnya di Kampung Jeram di sini petang semalam.


Mayat mangsa, Wan Kelthom Wan Husin (gambar kecil), 68, ditemui cucunya, Nik Mohamad Irham Razali, 13, kira-kira pukul 1 petang selepas diarahkan oleh ibunya, Raja Zailah Raja Hussin, 40, supaya ke rumah mangsa setelah warga emas itu pulang ke rumahnya pada pukul 10 pagi. Jarak antara rumah Raja Zailah dari rumah mangsa kira-kira 100 meter.


Mangsa, guru al-Quran yang tinggal berseorangan dipercayai mati dipukul dengan objek keras di kepala dan turut disamun apabila gelang bernilai RM4,000 yang dipakai mangsa dilarikan.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa sebelum itu menghadiri majlis rumah terbuka di rumah Raja Zailah sebelum pulang ke rumahnya kira-kira pukul 10 pagi.


Menurutnya, kejadian tersebut disedari keluarga mangsa setelah Raja Zailah menyuruh cucunya, Nik Mohamad Irham mencari neneknya.


"Nik Mohamad Irham bergegas ke rumah neneknya tetapi mendapati tingkap serta pintu depan rumah neneknya itu berkunci.
"Bagaimanapun, pintu belakang rumah dalam keadaan terbuka lalu dia menuju ke bilik neneknya.


"Sebaik membuka pintu bilik, Irham mendapati neneknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai dengan kepalanya berlumuran darah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.


p/s keje penagih la nie...



Last edited by tongkatwaran75 on 6-9-2012 02:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 07:11 AM | Show all posts
Harap x de yg nak speku cucu @ anak pompuan dia pulop yg bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 07:13 AM | Show all posts
Warga emas memang mnjadi target
Sapow2 yg ada ibu tua keseorangan tu brhati2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 07:14 AM | Show all posts
eeeii....geram betol arrr...
kalo nak rompak, perlu ker nak bunuh bagai... lagi lagi warga tuaaa
sah sah perompak ni pondan... bapok.....
just tangkap..ikat jer ler... lepas tu samun dan rompak ler habis habisan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 07:17 AM | Show all posts
x pyh la nk berbrg kemas bagai...
skg ni aku dh x heran lgsg ngan brg2 ni...
rimas la...
pelik aku ngan sesetgh org tu....dia pya brg kemas smpi sarat....berat jek tgk bdan nk membwk....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 07:29 AM | Show all posts
Nie mesti jenis stok2 mat gian rasanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2012 07:31 AM | Show all posts
kadar jenayah x kira la negeri BN ke PR ke semuanya tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 07:50 AM | Show all posts
dia pakai barang kemas kat rumah je pun...tp duk rumah pun tak selamat...innalillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 08:55 AM | Show all posts
org kelantan memg biasa dgn brg kemas seurat dua memg ada kt bdn
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:25 AM | Show all posts
time kenduri mmg meriah makcik2 pakai brg kemas..
kalo bleh satu peti dia nak sarung kat badan


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:25 AM | Show all posts
ni mesti kerja mat2 gian...:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:51 AM | Show all posts
kasihannya. betul la. sekarang ni, dalam rumah sendiri pun tak selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:03 AM | Show all posts
sukati jer nak bunoh2 org :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:38 AM | Show all posts
Aku selalu pesan mak aku kunci pagar, kunci pintu.. Takut mcm2 jadi camni,.
Mintak2 mak ayah aku dan mak ayah orang lain dilindungi dr manusia keji camni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:43 AM | Show all posts
Hari jumaat lepas mak aku duk umah sorang. Ayah aku  gi semayang jumaat..
Tiba2 pintu diketuk.. Ada sorang mamat ni dia kata nak pinjam duit sket.. Dia nak balik Datuk Keramat, minyak kete habis.
Mak aku dgn rela hati gi dapur amik eg duit, bagi rm10. Mamat tu kata tak cukup, mintak RM20. Dia kata nanti dia pulangkan semula..
Mak aku pun bagi..

Mak aku pelik kenapa dia boleh bagi ke mamat tu.. Mamat tu pakai baju melayu, pakai spek mata hitam bergaya jer..
Tu mak aku pelik takkan takde duit.. Senang2 jer masuk umah orang mintak duit..

Nasib baik mak aku kunci pintu grill.. Mak aku hulur ikut celah besi tu jer..
Cuma pintu pagar ayah aku tak kunci masa dia ke masjid..

Alhamdulillah takde pape.. Tapi aku takut bila gi keje tinggalkan mak ayah aku kat umah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:46 AM | Show all posts
keje mat gian la nehh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 10:52 AM | Show all posts
kalau ikut x jauh dr rumah anak
perompak nie klu nak merompak ke apa jgnlah sampai ada yg terbunuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2012 02:55 AM | Show all posts
kan betul aku ckp...keje penagih gak...gantung mati lagi baik...

Polis tahan suspek kes bunuh warga emas
05/09/2012 5:58pm

KOTA BHARU — Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kes warga emas mati dibunuh di rumahnya di Kampung Jebak, Jeram, Pasir Puteh semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa itu, ditahan pada pukul 1 pagi hari ini di rumahnya, di kampung yang sama.

Suspek yang disahkan positif dadah, ditahan reman sehingga 11 September bagi membantu siasatan dan dia adalah seorang OKP (Orang Kena Pengawasan), katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 11:40 AM | Show all posts
mat gian lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 11:44 AM | Show all posts
muda lagi..elok mampus jer dari menyusahkan org lain..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.083597 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list