CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334049|Reply: 2473

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 15-10-2012 03:16 PM | Show all posts |Read mode
                                                                  
                                                                  
Assalamualaikum kepada semua pengunjung .. terutama bakal jemaah Umrah/Haji.

Kesinambungan kepada thread I ~ XII bagi semua pencinta kota suci Makkah & Madinah. Moga pengunjung berkongsi pengalaman, ilmu, cerita, gambar, video Umrah/Haji masing2. Agar apa-apa ilmu dan coretan di thread ni menjadi panduan dan diberkati Allah SWT.
InshaAllah.

Amin.









Pautan untuk thread terdahulu :

Umrah XII - 100 m/s, 14.05.12 ~ 15.10.12, 2485 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah XI - 100 m/s, 27.01.12 ~ 13.05.12, 2478 post
http://mforum2.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah X - 100 m/s, 21.03.11 ~ 27.01.12, 2483 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah IX - 100 m/s, 04.07.10 ~ 20.03.11, 2487 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah VIII - 100 m/s, 02.03.10 ~ 05.07.10, 2491 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah VII - 100 m/s, 13.10.09 ~ 08.03.10, 2476 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah VI - 101 m/s, 13.06.09 ~ 12.10.09, 2524 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah V - 135 m/s, 07.04.09 ~ 12.06.09, 3358 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah IV - 106 m/s, 25.02.09 ~ 08.04.09, 2632 post
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah III - 240 m/s, 06.07.08 ~ 25.02.09, 5993 post.
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah II - 101 m/s, 07.06.08 ~ 06.07.08, 2514 post.
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Umrah I - 106 m/s, 06.09.04 ~ 07.06.08, 2634 post.
http://mforum3.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 03:24 PM | Show all posts
saya copy dr rumah lama sebab ada sambungan..

Actually, orang yg pi swasta pun ada yg pertama kali..tapi tak kisah la muassasah mahupun swasta, boleh je aisya pergi, dgn syarat bila dah boleh daftar, daftar la pi haji semula..takdak issue pun, TH akan melihat pada suasana semasa sebelum membuat arahan semasa, contohnya arahan yg tidak membolehkan orang mendaftar haji setelah balik haji pun bersifat sementara. Bila sampai waktunya, ianya akan dibatalkan.

So, bila aisya dah boleh daftar nanti, daftar sahaja..dont worry.

Berkenaan dugaan ni, biasa la..tak beriman satu-satu kaum selagi mana mereka tak diuji, so, bukanlah masalah besar..janji kita tawadduk dan cekal dlm setiap ujian tu (termasuk menjaga pantang larang haji dan juga adab2 haji).

Sebut pasal bas ni, teringat masa operasi haji dulu..kami di TH dah menggunakan sistem nombor utk pergerakan ke Arafah, Mudzalifah dan Mina. Let say, satu maktab tu ada 2500 orang, kami akan bagi la 50 orang pertama dgn nombor 1, 50 orang seterusnya dgn nombor 2..so, orang yg nombor 1 ni, trip dia ke Arafah ni adalah bas pertama, nanti mai bas kedua..utk kumpulan no 2...sampai la habis jemaah haji tu (rasanya ada 48 trip kot..dimana kami padat2kan jemaah haji dlm satu bas, ada yg berdiri).

Nak dijadikan cerita, ada satu ustaz ni..dia dah pernah pi haji dan bawak satu kumpulan jemaah haji (kiranya mcm pembimbing haji la..), ahli kumpulan dia 24 orang..giliran trip mereka adalah nombor 32 rasanya..tapi mereka nak naik bas trip nombor 1.

Puas la kami pujuk mereka, ikut arahan TH..tapi ustaz tu kata, "saya ni bukan kali pertama pi haji..saya tau sangat dah, kalau pergi awal, jalan tak jem..kalau pergi lewat skit, confirm sampai lewat..saya tak kira, saya nak pergi dengan bas yg ini jugak..", dia arahkan group dia naik bas tu..bayangkan lah, satu bas tu dah 50 orang, tambah lagi 24 orang..memang mcm sardin. Yg jemaah haji dr kumpulan 1 dah mula tarik muka kat kami tanda tak puas hati, puas pujuk group ustaz tu tapi tak jalan. Last2, pengurus maktab saya dan saya (time tu kena berdua, baru kita rasa kuat skit..hehehe..) minta jasa baik orang dr group bas trip 1 tu untuk turun skit..so, turun la dlm 20 orang dr bas (yg sepatutnya naik bas tu).

Then, bas tu bertolak la ke Arafah wakt tengahari tu.

yg menariknya, saya bertolak ke Arafah jam 12.00 malam, bersama group akhir maktab saya (bas last), bila sampai dlm jam 2.00 pagi (jalan jem kaw-kaw). Bila kami sampai, petugas sambutan kat Arafah bagitau yg bas nombor satu bertolak waktu tengahari tak sampai lagi..driver sesat kemana ntah, pastu bas tu rosak.

Dekat nak masuk waktu subuh, bas no 1 tu sampai... Fuhhh..bila mereka turun dr bas tu, semua muka mencuka..ada yg berlari ke toilet, ada yg mintak makanan (dah lapar sangat)..bayangkan, jam 12.00 tengahari, jam 5 pagi esoknya baru sampai..berapa jam tu. Ustaz yg bertekak dgn kami tu saya tengok diam je..menurut kata satu jemaah yg dalam bas tu, bila bas tu sesat, teruk ustaz tu kena 'bambu' sebab tunjuk pandai.. Saya tengok muka ustaz sayu je, bila bas dah kosong, baru dia turun dr bas dan peluk kami.."saya mintak maaf tuan haji..saya mintak maaf..' dengan teresak-esak la dia menangis.

kami (petugas2 haji) ni pun ok la, 'takpa ustaz, dugaan semua ni..cuma lepas ni ikutlah arahan kami..'..sejak dr tu, ustaz tu nampak mcm menyendiri skit, tak berapa bergaul dgn jemaah haji lain..atas dasar nak bagi support, saya dan petugas lain kerap jugak pergi jumpa dia utk bagi moral support.

hmm..kenangan la, teringat lagi mcmana kami menghadapi ustaz tu, dgn keadaan serabut, bising bunyi bas, pastu dgn jemaah yg dah berterabur..dengan perasaan geram bercampur tahan marah..hmm..kenangan betul la.. Last edited by haji_one on 16-10-2012 10:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 03:51 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 03:24 PM
saya copy dr rumah lama sebab ada sambungan..

Actually, orang yg pi swasta pun ada yg pertama kal ...


Isu bas ni jugak berlaku semasa di Mina..semasa nak nafar awal.

utk nafar awal, semasa taklimat operasi Masyaier di Maktab, TH akan edarkan borang utk nafar awal (bagi yang berminat dan ada keperluan, contohnya KT awal, sakit dll). Drpd orang yg mendaftar tu kita akan tahu berapa biji bas yg diperlukan utk nafar awal (kita kena tempah bas siap2).

Masa tu, maktab saya menguruskan dua bangunan, satu adalah Marwah An Naga dan satu lagi adalah Dar Janadiriah (ni tahun 2009). So, utk nafar awal, ada dua bas la..satu bas ke Marwah dan satu bas ke Dar Janadiriah. Then, bila TH dah dapat exact number utk nafar awal, kami akan book bas tu tuk beberapa trip yg diperlukan.

Bila hari kejadian (utk nafar awal), jumlah jemaah haji yg nak buat nafar awal melebihi jumlah yg sepatutnya..sebab mereka ni tak daftar, pada awalnya bersemangat nak stay sampai hari ketiga melontar, tapi bila kena dugaan..habis goyang.

Bas yang sepatutnya selesa, jadi sendat..time ni berlaku la pergaduhan antara jemaah haji dan TH dituduh tak effesien..kami ni boleh je buat secara paksa (tarik jemaah haji yg tak daftar utk nafar awal), tapi petugas haji pun buat haji..so, kena jaga la adab2 haji ni..last2 kami telan je la 'semburan-semburan' dr jemaah haji tu..hehehehe..

Saya pun antara yg buat nafar awal sebab saya adalah pasukan penyambut semasa ketibaan jemaah haji yg tak buat nafar awal (ada la tugasnya, merekod ketibaan bas, jumlah jemaah, alokasi pergerakan, makanan dll..).

So, keesokan harinya saya pun tunggu di Bangunan Dar Janadiriah (sorang petugas lagi standby di Marwah An Naga) dimana saya jangka, dlm jam 2 petang akan ada ketibaan jemaah haji dr Mina. Actually, kat mina tu, ada 2 bas yg satu akan menuju ke Marwah dan satu ke Dar Janadiriah.

Then,dlm jam 2.30 petang mula la ketibaan bas ke Dar Janadiriah. pastu..ada la sepasang suami isteri ni, datang jumpa saya..dia tanya "mana kenderaan nak bawak kami ke marwah an naga?", pastu saya mcm pelik..saya kata, "ehh..tuan puan tersilap naik bas ke, bas ni ke Dar janadiriyah", pastu yg si suami tu kata, "begini ustaz, kami tersilap dan keliru masa nak naik bas tadi..", bila si suami tu nak cerita lebih, si isteri tu potong ayat suami dia.."ahhhh..tak kira, kami silap ke, kamu silap ke..saya tak kira, sekrang ni, kamu cari kenderaan utk hantar kami ke marwah".

Saya time tu dah terkejut, mana ada kenderaan nak hantar mereka, teksi pun tak lalu.. pada masa yg sama, sampai la bas dgn ada petugas haji wanita..petugas haji tu kata kat saya, "hajiwan, makcik ni tadi yg tak mau dengar cakap kami..kami tak bagi naik bas ni..dia pi naik jugak..", pastu makcik tu mcm bengang..dia pi keluar dan duduk kt kaki lima maktab.

Saya kata kat suami dia, "minta maaf tuan, memang takdak kenderaan nak pi hantar tuan ke marwah, kita kena menapak kat sana..saya boleh temankan, tapi tuan dan isteri makan dulu, kumpul tenaga". Si suami tersenyum dan bagi respon yg baik, saya ambil makanan dan bagi kat suami dan satu lagi saya pergi ke isteri dia, ,"puan, puan makan dulu..nanti saya bawak barang puan ke marwah, kita sama2 jalan kaki ye..", dia pegang nasik yg saya bagi tu dan lempar ke longkang. pastu dia kata, "TH layan kami mcm babi (sorry la kasar skit), ingat kami ni binatang ke?", terkejut saya..tapi suami dia cool dan pujuk balik isteri dia.

Bila suami dia dah makan..saya pun pergi kat dia, mereka heret beg 5 kg sementara saya galas beg besar dia kat bahu saya, kiri dan kanan saya, rasanya setiap satu beg tu (beg guni) dekat 10 kg la beratnya. Kami menapak dlm jarak 800 meter ke Marwah, disebabkan barang2 mereka ni berat..sekejap-sekejap saya minta berhenti..then jalan balik. Isteri dia tu, bila dah separuh perjalanan start menangis teresak2..dlm hati saya plak, dok terpikir.."apa benda la yg depa bawak balik dr Mina ni.."

Bila sampai kat depan hotel marwah, si isteri dia kata.."takpa la ustaz, letak je barang kami ni kat sini..biar kami bawak naik atas..", time tu tone suara dia dah perlahan. Saya kata takpa, dan kami naik lif sesama dan hantar barang tu sampai kat depan bilik dia. Saya kata, "puan, bukan niat saya tak nak hantar puan guna kenderaan, cuma pada masa ni..teksi pun takmau masuk area masjdilharam ni.."..time tu si makcik tu dah menangis dah..

"bukankah puan baru je lepas wukuf, memohon ampun pada Allah swt, kenapa dgn ujian sekecil ni puan dah tewas..", kata saya..time tu dia dah makin kuat menangis..pastu dia kata, "Ya Allah..Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah.."...

Bila saya tengok dia mcm tu, saya bersalaman dia suami dia dan menapak balik ke dar Janadariah..mengeletar tangan kiri dan kanan saya sebab angkat barang mereka tu.

Bila mereka nak keluar ke Mekah (pi Jeddah), si isteri ada jumpa saya dan minta maaf..tapi ok la, takdak marah2 pun..
Last edited by haji_one on 15-10-2012 03:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:08 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 03:51 PM
Isu bas ni jugak berlaku semasa di Mina..semasa nak nafar awal.

utk nafar awal, semasa takli ...
  1. Bila suami dia dah makan..saya pun pergi kat dia, mereka heret beg 5 kg sementara saya galas beg besar dia kat bahu saya, kiri dan kanan saya, rasanya setiap satu beg tu (beg guni) dekat 10 kg la beratnya.
Copy the Code
Haji One, di boleh ke bawak beg besar gi Mina? Kami dulu cuma satu beg sorang je yang boleh bawak, beg yang tabung haji bagi, beg itu lah kami buat bantal tidur he he

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:11 PM | Show all posts
Saya nak paste gambar-gambar haji sepanjang musim haji tahun 2009..bagi meriah skit rumah baru ni..hehehehe..

Ni keadaan semasa dah nak wukuf..



Ni plak gambar sambutan ketibaan di Bangunan Abraj Janadiriah..bertuah jemaah haji negara kita, dilayan mcm VIP..hehehe..



Ni wajah-wajah insan yg pasti ada orang menyayangi mereka sebagai ibu, bapa, abang, kakak dan sebagainya..bagi kami, petugas haji amat gembira kerana dapat berkhidmat sebagai 'anak sementara' kepada mereka ini..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:13 PM | Show all posts
aily posted on 15-10-2012 04:08 PM
Haji One, di boleh ke bawak beg besar gi Mina? Kami dulu cuma satu beg sorang je yang boleh bawak, ...

Sepatutnya tak perlu dibawa, semasa taklimat Masyaier sebelum wukuf, memang kami dah bagitau utk bawa beg 5 kg sahaja..beg besar akan menyusahkan pergerakan kita utk naik bas ke arafah, turun bas, utk bergerak di Mudzalifah, memakan ruang di lot khemah di Mina..so, memang tak perlu bawa..kalau nak bawa pun,bawa beg plastik yg boleh dilipat je..mana la tau nak bawak balik air kotak yg tak habis, buah2an, roti, mee segera dll..hehehehe..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2012 04:18 PM | Show all posts
Saya sambung gambar2 rojak ye..

Ni plak kafeteria kat Maktab..saya cukup suka lalu kat area ni, bila lalu je kat kafe, jemaah haji pasti akan belanja saya..hihihihihhi...(tak malu betul la..)



Ni di Mudzalifah semasa tunggu bas nak ke Mina..



Ni plak tawaf haji sehari selepas jemaah haji balik dr Mina..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 04:18 PM | Show all posts
aily posted on 15-10-2012 04:08 PM
Haji One, di boleh ke bawak beg besar gi Mina? Kami dulu cuma satu beg sorang je yang boleh bawak, ...
Kami dulu cuma satu beg sorang je yang boleh bawak, beg yang tabung haji bagi
Betul tu, 1 hari di arafah dan 4 hari di Mina, beg saiz ala-ala bawak masuk cabin k/terbang sudah cukup untuk pakaian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 04:20 PM | Show all posts
sambung lagi..

Ni gambar proses timbangan barang di Madinatul hujjaz, Jeddah..



gambar kat Arafah..yang ni khemah lelaki.



Khemah wanita..



ni di Mina semasa tiada jemaah haji.





Last edited by haji_one on 15-10-2012 04:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:25 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 03:51 PM
Isu bas ni jugak berlaku semasa di Mina..semasa nak nafar awal.

utk nafar awal, semasa takli ...

Setuju dengan ulasan hj One, tiap kali musim haji ada sahaja cabarannya.Even kalau petugas TH yg berbelas kali pergipun ada sahaja cabarannya.Siapa kita yang boleh menjangkakan kesempurnaan dalam semua ibadah haji yg kita lakukan.Kalau ada rezeki untuk buat lagi ibadah Haji utk akan datangpun, kita tak boleh menjangkakan kesempurnaannya.Contoh yg Hj One beripun kita dah nampak jelas even Ustaz yg banyak kali pun boleh melakukan kesilapan.Sesungguhnya kita tak pernah sempurna.Kalau pergi dengan pakej pun belum tentu sempurna pun. Harus diingati bahawa perjalanan Rasullulah pergi menunaikan Haji juga penuh dengan cabaran dan kekurangan.Apatah lagi kita manusia biasa.

Kadang-kadang jemaah hanya menumpu akan ibadahnya semasa musim haji, tapi lepas berlalunya musim haji tidak pula ditekankan utk ibadah sesempurna mungkin. Berapa ramai yg berebut2 utk solat ke Mesjid setelah pulang ke Tanahair sebagaimana kita berebut2 peluang utk solat di MasjidilHaram? mungkin sebagai pemegang title Haji/Hajah ini yg patut kita tekankan.Berdoalah mudah-mudahan ibadah haji kita yg tidak sempurna itu merupakan haji yang Mabrur insyaAllah....

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:27 PM | Show all posts


Haji One, tengok gambar ni terkenang haji kami dulu. Musim haji kami musim sejuk, sejuk sesangat di Mudzalifah. Beratur nak naik bas terlampau panjang, sekejap duduk sekejap berdiri memang terasa letih sesangat rasanya ujian kesabaran dah bermula di sini Ramai yang tak sabar berebut rebut bertolak tolak semasa ketibaan bas. Kami sampai ke Mina dekat solat subuh.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:33 PM | Show all posts
transporter posted on 15-10-2012 04:18 PM
Betul tu, 1 hari di arafah dan 4 hari di Mina, beg saiz ala-ala bawak masuk cabin k/terbang sudah  ...

Hehehe..tu la, sepatutnya mcm tu..tapi memang ada yg tak reti dan ada yg memang buat tak reti..

8 Zulhijjah.
Waktu ni pakai ihram satu persalinan.

9 Zulhijjah
Tukar ihram baru (kot2 kotor)..
wukuf ,mabit di Mudzalifah (still pakai ihram yg sama)

10 Zulhijjah
Sampai di Mina, melontar Jamrah Kubra. Balik khemah..pakai T Shirt dan seluar slek. Malam pakai kain pelekat, kain ihram buat selimut.

11 Zulhijjah (melontar hari pertama)
Pakai seluar slek/t-shirt..pergi melontar, balik khemah pakai kain pelekat/seluar trek dan t shirt. Awal pagi kalau nak mandi, boleh pi mandi..kain ihram buat tuala.

12 Zulhijjah (melontar hari kedua)
Pakai seluar slek/t-shirt..pergi melontar, balik khemah..pakai kain pelekat/seluar trek dan t shirt.

13 Zulhijjah (melontar hari ketiga)
Pergi melontar pakai seluar slek dan t shirt..then, naik bas balik ke Maktab.

So, kena bawak 1 pasang kain ihram lagi, 2 helai kain pelekat, 2 helai seluar trek, 2 helai t-shirt..berus gigi, sabun, ubat gigi..tu je yg asasnya..dgn beg 5 kg, muat lagi utk isi beberapa helai baju dan kain lagi..yg saya pelik, ada yg bawak banyak baju, berapa kali mereka tukar sehari ni..hehehehe..




Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:35 PM | Show all posts


alhamdulillah....laju je masuk umah baru bila time haji nih
pic haji transporter kat atas nih  mengimbau kenangan syahdu
solat di hijir ismail...di bawah pancuran emas....alangkah indahnya

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:36 PM | Show all posts
JuanM posted on 15-10-2012 04:25 PM
Setuju dengan ulasan hj One, tiap kali musim haji ada sahaja cabarannya.Even kalau petugas TH yg b ...


Kata JuanM ni mmg betul..time haji semuanya beria2 jaga hal ibadat, tapi bila dah balik Maktab, boleh plak goyang dengan dugaan, in fact, perkara kecil dah jadik besar..sebelum wukuf ok je..lepas wukuf jadik teruk. Last edited by haji_one on 15-10-2012 04:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:48 PM | Show all posts
maklum la hajiwan... kat sana setan pangkat jeneral... tu pasal ramai yg cepat sangat tewas dengan dugaan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:50 PM | Show all posts
aily posted on 15-10-2012 04:27 PM
Haji One, tengok gambar ni terkenang haji kami dulu. Musim haji kami musim sejuk, sejuk sesangat ...

hehehe..tahun 2009 pun waktu musim sejuk.

Nak cerita.pada tahun tu, saya penyambut jemaah haji masuk mudzalifah, so, lepas asar di Arafah, saya dihantar ke Mudzalifah. Apa yg saya buat ialah, saya tanda kawasan maktab saya dengan tali pita, saya isi signange maktab saya (time tu maktab 79) utk pemandu bas tahu nak hantar jemaah haji maktab saya.

Jemaah haji start sampai waktu maghrib.

Saya ingat lagi, time tu saya meronda sementara nak tunggu gelincir waktu malam, dan suhu mlm tu memang sejuk sangat. Bila bernafas, keluar la wap air..mcm kat london dah.

Saya nampak satu pakcik, dia tertidur di laluan orang berjalan ke toilet, jemaah haji lain buat tak tahu je..saya dn petugas haji lain pi la kat pakcik ni, saya gerakkan dia.."pakcik..pakcik..bangun, pakcik tidur kat sini ganggu laluan orang lain", tapi yg peliknya pakcik tu tak bagi respond apa2..saya pandang kawan saya, dia pandang saya balik..hehehehe..pastu, bila kami amati skit, bibir dia dah biru skit..apa lagi berlari la saya ala watson nyambek (tapi tak la laju sangat sebab pakai kain ihram..) ke tempat petugas perubatan..

Rupanya pakcik tu dah kena serangan asma sampai pengsan..dia dibawa ke ambulan perubatan, dan alhamdulillah, lepas masyaier,dia kembali sihat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 04:53 PM | Show all posts
msvbnet posted on 15-10-2012 04:48 PM
maklum la hajiwan... kat sana setan pangkat jeneral... tu pasal ramai yg cepat sangat tewas dengan d ...

Hahahaha..betul sangat dah tu..kena plak kalau dah lepas wukuf, lagi la..memang semuanya pangkat jeneral, jusa, turus dan segala jawatan yg power2 la..kalau tak cukup kuat dan fokus dah tergelincir..hehehehe..memang habiss..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:58 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 04:36 PM
Kata JuanM ni mmg betul..time haji semuanya beria2 jaga hal ibadat, tapi bila dah balik Maktab,  ...

Untuk menjamin kemabruran haji,bukan hubungan dengan Allah swt aje yg kita fokuskn.Hubungan sesama manusia lagi kita kena jaga. Didoakan kesabaran Hj One menangani kerenah jemaah diberikan ganjaran setimpal.InsyaAllah.
Walaupun dah 3 tahun berlalu,tiap kali musim haji hati jadi sayu & tiap kali itu jugalah saya mohon mudah-mudahan,haji saya mabrur.

Kadangkala bila kita buat ibadah haji terutamanya semasa masyair haji kita lupa akan pekara-perkara kecil yg menggugat hubungan kita sesama manusia. kita bawa beg sebesar2 beg yg menjadikan ruang tidur utk jemaah lain semakin sempit,kita ambil masa yg lama dalam tandas tanpa memikirkan jemaah lain yg menunggu & kadangkala kita mengotorkan tandas (maaf cakap:terutamanya jemaah wanita yg tidak segan silu membuang pantiliner atau pad terpakai di lantai tandas sedangkan tong sampah ada disediakan).Kita berebut-rebut menaiki bas tanpa memikirkan mungkin ada jemaah lain yg lebih uzur & sepatutnya didahulukan.Mudah-mudahan ini menjadi ikhtibar buat kita semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 07:30 PM | Show all posts
haji_one,
Khemah ni takde air-cond ke ..... bumbung pun macam tak tutup rapi aje.


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 08:33 PM | Show all posts
transporter posted on 15-10-2012 07:30 PM
haji_one,
Khemah ni takde air-cond ke ..... bumbung pun macam tak tutup rapi aje.


hehehe..khemah ni kt arafah..so mmg tkdak aircond. Kalau kt Mina barulah ada aircond. Pada tahun 2009 (seperti dlm gambar tu), hujan lebat telah turun sehari sebelum wukuf bermula dr tengahari smpai ke petang). hujan ni turun berserta dgn angin kuat.

Hasil dr hujan, alas tidur iaitu carpet basah teruk, bumbung khemah pn terbukak sebab berat air menyerap kain bumbung khemah. kebetulan mlm tu hujan, so sangat sejuk..bayangkan mcmana nak tidur bia carpet tempat kita baring basah lencun.  Yg boleh dibuat adalah alas tempat baring dengan tikar plastik (tengok gambar, alas tidur mereka iaitu tikar plastik yg bewarna oren).

Pastu, dgn sejuk mlm tu..datang plak nyamuk yg cukup banyak..tktau mai dr mana..pastu plak, dh sejuk tu mesti nak terkucil. nak dijadikan cerita..toilet kami tu, drpd 7 tandas lelaki dn 7 tandas wanita, hanya satu toilet berfungsi (ada air) utk setiap toilet lelaki dan wanita. jemaah haji beratur panjang, pastu mula pergaduhan2 kecil sbb berebut toilet.

Mlm tu saya tk dapat tidur langsung sebab ramai jemaah haji buat aduan, minta karpet la..pasal toilet tkdak air la..yg kena serangan asma la..tp kt situ kami tk boleh buat apa sebab semuanya bawah muassasah..yg kami boleh buat adalah panjangkan kpd muassasah je la, tp mereka pn tk boleh buat apa sangat sebab arafah tu jauh dr mekah.

Bila dh terdesak pasal air ni, atas persetujuan pengurus dn sebab dasar darurat..kami bukak plastik yg cover air mineral..ada banyak jugak la, beribu botol jugak..pastu kami biarkan je jemaah haji ambil air botol tu utk kegunaan mereka.
Last edited by haji_one on 16-10-2012 08:20 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.118509 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list