CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9792|Reply: 154

[Tempatan] {8} " Kaji Elaun Perumahan " Desak Penjawat Aawam !

[Copy link]
Post time 2-11-2012 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Kakitangan awam mahu elaun rumah dikaji semula

2 November 2012                    

                                                                                                            KUALA LUMPUR – Kakitangan awam berharap kerajaan akan mengkaji semula elaun perumahan yang dirasakan tidak lagi relevan buat masa ini, lebih-lebih lagi kadar sewa rumah semakin meningkat.
       
        Ia ditambah pula dengan beban kos sara hidup yang semakin tinggi, apatah lagi gaji yang diperoleh hanya cukup-cukup makan dan adakalanya tidak mampu menampung keperluan harian.
       
        “Sebenarnya untuk memuaskan hati semua orang memanglah susah.
       
        “Tetapi saya rasa kenaikan gaji penting (selain itu), elaun-elaun sampingan,” kata seorang kakitangan awam, Mohd Husni Jamal kepada Sinar Harian Online dalam satu tinjauan semalam.
       
        Husni menambah, “kalau kita lihat elaun perumahan, kalau kita ambil contoh di Kuala Lumpur ini, yang diberi itu Cola sahaja tetapi rumah di Kuala Lumpur mesti RM500 hingga RM600.”
       
        “Jadi kerajaan kita tengok baliklah,"katanya.
       
        Seorang lagi kakitangan awam, Ahmad Helmi Abas pulaberkata, elaun masih di takuk sama walhal harga barangan keperluan meningkat naik, menjadikan pekerja sektor awam sering mengalami kesempitan wang apatah lagi bagi yang menetap di ibu kota.
       
        “Kalau kita lihat kos kehidupan sekarang ini, tambah-tambah lagi di Kuala Lumpur amat-amat tinggi.
       
        “Kalau kita ambil gaji paling rendah RM2,000, dia akan membuatkan kita rasa tersiksa dengan kenaikan harga bahan mentah dan sebagainya,” katanya lagi.
       
        Perkara sama disokong seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), Suhaini Salleh yang memberitahubahawa sudah lama elaun perumahan dan khidmat awam tidak dikaji semula oleh kerajaan.
       
        “Sudah lama tidak dikaji, kalau tak silap tahun 2002,” kata beliau lagi.
       
        “Elaun perumahan, elaun khidmat awam perlu dikaji semula saya rasa, selain gaji. Kalau kita lihat kepada keadaan sekarang ini di samping, kajian mengenai elaun itu sudah lama tidak dinaikkan, cuma gaji sahaja (diselaraskan), jadi kita minta kerajaan lihat di situlah,"ujar beliau.
       
        Bagi rakan sepejabatnya, Kamaruddin Sa'ud, pelarasan gaji setiap lima tahun bakal memberi kelegaan kepada penjawat awam dari pelbagai gred.  
       
        “Banyak tuntutan yang telah kita buat, saya bukan bercakap mewakili Cuepacs, saya sebagai ahli Cuepacs dan kakitangan awam, banyak permintaan yang sudah diperjuangkan dulu untuk menyelaras dan menaiktaraf pendapatan kakitangan awam ini, jadi apa salahnya untuk kita lihat setiap lima tahun sekali gaji kakitangan awam ini,"katanya.
       
        Kakitangan agensi separa kerajaan, Shazwani Sudarji pula berkata, berdasarkan pemerhatiannya, apa yang menjadi keutamaan kepada penjawat awam,selain gaji ialah elaun-elaun yang menjadi keistimewaan kepada mereka sebagai kakitangan kerajaan.
       
        “Kalau kenaikan gaji saya rasa OK, seronok. Mungkin elaun perlu dinaikkan juga, tak pun, elaun rumah dinaikkan kan ke… macam itulah,"ujar beliau.
       
        Manakala bagi Mohd Hakimi Mohd Johor, selain memberikan elaun, pelbagai insentif lain seperti bantuan persekolahan kepada anak-anak mampu meningkatkan motivasi pekerja sektor awam ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.
       
        “Tidak semestinya dengan wang… ya… memang betul kita perlukan wang tetapi seperti memberikan mereka lebih kepada sumbangan-sumbangan anak-anak sekolah. Ia boleh memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan gigih,"katanya.
       
        Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga menerima pelbagai pandangan berdasarkan laporan kelmarin, yang mana kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun.
       
        Kajian itu hanya melibatkan kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum.
       
        Zulkarnain Othman, kerani di Kementerian Pertahanan Malaysia berkata "dapat elaun rumah rendah RM180 sebulan. Rumah sewa sekarang RM500 sebulan, Harga minyak naik buat kerja luar guna kereta sendiri... untuk jabatan tak ikut nilai harga nilai minyak semasa. Semua itu harus diambil kira.”
       
        Kenyataan itu disokong Abe Epin Upin yang berkata “sokong sesangat… elaun rumah dikaji semua bersama dengan elaun cola diselaraskan… tak perlu bezakan luar bandar dan dalam Bandar, kerja sama juga kena buat.”
       
        Wan Musa pula berkata, "alhamdulillah… berkat doa dari penjawat-penjawat awam yang sentisa minta dari ALLAH SWT agar dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki...cuma satu lontaran yang saya ingin lontarkan kepada pihak penguasa dan pelaksana...kesetimpalan kenaikan gaji ni akan memberi manfaat sekiranya harga barang-barang yang wujud ini tidak dinaikkan… kos-kos pengangkutan...kos perkhidmatan dan sebagainya… sekiranya ini juga dinaikkan, maka gaji naiklah beberapa kali pun...kalau kos-kos disebutkan diatas...juga dinaikkan...saya rasa...tak akan menjadi...kita akan berada ditakuk yang sama."
       
        Pembantu Pegawai Latihan Vokasional di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Pulau Pinang, Mohd Hazli Ahmad pula berkata, "betul tu!saya setuju!Asal naik gaji je,barang-barang keperluan pun turut naik, jadi tak ada makna la gaji naik sekali pun... kalau gaji naik,barang keperluan tak naik baru rasa kenaikan gaji tu... kalau tak, tak rasa apa la gaji naik pun.”
       
        Pendapat itu terus disokong Pojie Seman yang berkata, “memang patut… dengan kos sara hidup sekarang yang semakin meningkat gaji kakitangan awam perlu diberi kenaikan... selain gaji... lain-lain elaun perlu juga dikaji... sebagai contoh elaun rumah...kebanyakan elaun rumah tidak dpat menampung kos sewa rumah terutama di kawasan bandar...”
       
        “Selain itu, kenaikan gaji perlu juga mengambil kira kadar inflasi dinegara ni... naik gaji barang pun naik... sepatutnya kawalan yang lebih sistematik perlu dilaksanakan terhadap kenaikan harga barang terutama barangan makanan... ini penting bagi memastikan nilai ringgit yang dibelanjakan... jangan sampai jadi zaman duit daun pisang...,"katanya.
       
        Dalam pada itu, seorang pembaca yang mengguanakan Al Qaqa pula menyindir kerajaan yang seolah-olah terus membebankan rakyat menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di saat rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.
       
        "Gaji dekat Lembah Kelang ni dah tak logik. Kebanyakkan sudah tak mampu beli rumah, taraf hidup tinggi. Kerajaan prihatin dengan kami dengan memberi kamera AES,"katanya.
       
        Hashim Buyu pula berkata,"yang penting harga barang, rumah perlu dikawal - jika tidak naik gaji tidak bermakna!”
       
        Pandangan itu disusuli Ra Mo Sha yang berkata, "gaji tak naik pun harga barang naik.”
       
        “Gaji tak naik harga rumah naik, gaji tak naik harga petrol naik, gaji tak naik harga kereta naik...tak payahlah salahkan gaji yang naik yang menyebabkan semua naik, dasar kerajaan yang menyebabkan semua ni naik,” katanya.

P/S Apa yang tak naik sekarang nie?

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 2 November 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -1 thread
2. Pendidikan - 1 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 4 threads
5. Dunia - 0 thread
6. Sukan - 0 thread
7. Ekonomi - 2 threads


jumlah thread - 8






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 12:22 PM | Show all posts
sakan deme dalam gomen mintak ya...

mentang2 ler 'kunci' PRU deme pegang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:24 PM | Show all posts
heheh..tak dapat nek gaji..kite mintak pusing dekat elaun lak...macam kelakar lak penama2  dalam artikel ni...Encik Abe Epin Upin,Encik Pojie Seman. Encik Ra Mo Sha....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:29 PM | Show all posts
mintak lagi......apa kata kurangkan jumlah kakitangan awam. baru senang nak bagi kenaikan elaun apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:30 PM | Show all posts
'kunci' mereka pegang ye? kalau dikumpul semua org swasta yg tak puas hati dgn layanan terhadap mereka selama ini rasa2nya jumlahnya adalah lebih dari tu dan senang2 je gomen boleh tumbang

dah naik gaji nak naik elaun lagi. swasta takde pun elaun rumah apa semua bagai boleh je hidup pakai gaji basic yang ada tu. belajar berjimat sikit org gomen oiii, jgn asyik nak henjut loan je.

ini naik gaji henjut loan, overlap, memanglah tak pernah cukup

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:30 PM | Show all posts
Kalau ditanya pada org gomen...sudah tentu mereka sokom, cer tanya org swasta, penoreh, peniaga plak?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2012 12:32 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 2-11-2012 12:30 PM
Kalau ditanya pada org gomen...sudah tentu mereka sokom, cer tanya org swasta, penoreh, peniaga plak ...

org swasta x yah bayo sewa umah. semua pree. rega makanan pun lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:33 PM | Show all posts
rezeki masing-masing la....kalau dapat, bersyukur la...kalau tak dapat ada la hikmahnya...tak perlu nak meroyan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 12:38 PM | Show all posts
NIXAR posted on 2-11-2012 12:32 PM
org swasta x yah bayo sewa umah. semua pree. rega makanan pun lain.

yg peliknya tu...letak ayam 100 ekor, daging lembu 5 ekor, ikan 500 kilo....habisssss....kedai mamak, kedai makan, kedai tomyam, mcd, kfc...kerusi manjang tak cukup....tapi merungut harga mahal..boikot jauh sekali..nanti anak mati tak makan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:40 PM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 2-11-2012 12:22 PM
sakan deme dalam gomen mintak ya...

mentang2 ler 'kunci' PRU deme pegang...

PRU ke tak PRU ke sama sahaja....kuat meminta2....kerja suka melengah2kan

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:47 PM | Show all posts
RaulRaz posted on 2-11-2012 12:33 PM
rezeki masing-masing la....kalau dapat, bersyukur la...kalau tak dapat ada la hikmahnya...tak perlu  ...

tu yg jenis tahu bersyukur....tu dlm ramai2 org gomen kasi komen tu...ada yg cakap...harga barang naik ni atas dasar kerajaan..saya pun pening....kerajaan mempunyai satu dasar menaikan harga barang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:50 PM | Show all posts
Ia ditambah pula dengan beban kos sara hidup yang semakin tinggi, apatah lagi gaji yang diperoleh hanya cukup-cukup makan dan adakalanya tidak mampu menampung keperluan harian.
      “Kalau kita ambil gaji paling rendah RM2,000, dia akan membuatkan kita rasa tersiksa dengan kenaikan harga bahan mentah dan sebagainya,” katanya lagi.

x abes2 lg ke diorg ni?sumer benda nak minta
dah ala2 subsidi lak
dah kalau sewa umah naik bagai pi la cari yg murah
ini xnak usaha, semua nak kena suap
semua nak senang
dah sedia kuarters beribu unit pun masih x bersyukur
pas2 gigih beli umah lain, kuarters pi sewakan
pas2 komplen duit x cukup bagai
gaji cukup2 mkn ke?
tgk kat putrajaya kemain kat kuarters diorg penuh dgn keta2..xde lak diorg nak gi keje naik bas ke ape..mcm tu kira susah lg?
dah mampu beli kenderaan, beli gadget memahal, pi holiday sana cni pun kira kategori cukup2 mkn n x mampu tampung keperluan harian?
kat luar nun ramai jer pekerja swasta yg gaji kurang dr 2k..mampu jer beli umah flat, pakai kancil buruk segala..yg keje gomen ni dah mcm2 kemudahan diberi pun x reti2 bersyukur
hidup kalau nak ikut lifestyle org yg berduit camnila jadinya..ade keje n bergaji pun x reti bersyukur..asyik ckp gaji x cukup n x bleh hidup kat kl..dah kalau susah sgt sara hidup tinggi kat kl, benti keje balik kg tanam jagung ke kait kelapa sawit la senang x pyh risau psl sewa umah, nak bergaya etc

Zulkarnain Othman, kerani di Kementerian Pertahanan Malaysia berkata "dapat elaun rumah rendah RM180 sebulan. Rumah sewa sekarang RM500 sebulan, Harga minyak naik buat kerja luar guna kereta sendiri... untuk jabatan tak ikut nilai harga nilai minyak semasa. Semua itu harus diambil kira.”
org keje swasta xde elaun perumahan n xde bising2 pun
rumah sewa 500?murah la tu?abes ingat ni zaman 80an sewa umah 100-200?dah gaji korang pun naik ofcos la sewa umah naik
harga minyak naik?itu kerja sape?bukan semua org suka ke harga minyak naik setiap kali bertukar pemerintahan?dipuji2 lg harga minyak msia jauh lebih murah dr negara lain
org swasta pun outstation guna keta sendiri yer..kalau nak xnak guna keta sendiri buka bisnes n jd bos, pas2 hire drebar..pakai keta kampeni..kena speedtrap beribu apedehal kampeni bayar

Manakala bagi Mohd Hakimi Mohd Johor, selain memberikan elaun, pelbagai insentif lain seperti bantuan persekolahan kepada anak-anak mampu meningkatkan motivasi pekerja sektor awam ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

tanggungjawab pd keluarga tu jd tanggungjawab gomen dah ke?sampai keperluan anak2 pun gomen kena sediakan?




Last edited by KIM.mafia on 2-11-2012 01:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:54 PM | Show all posts
'desak' dengan 'kaji' tuh bawa maksud yg berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:57 PM | Show all posts
KIM.mafia posted on 2-11-2012 12:50 PM
x abes2 lg ke diorg ni?sumer benda nak minta
dah ala2 subsidi lak
dah kalau sewa umah naik ...

setuju sangat dengan statement kau, banyak lagi yg lebih susah dari org gomen ni.

aku tgk pun mmg mewah sgt org gomen ni, gejet mahal2, keter lawa2 belaka, rumah pun lawa

swasta biasa-biasa, kerja sendiri, pendapatan diorang pun banyak mana sangat dan byk je yg gaji bawah rm2000 tapi boleh je hidup

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:00 PM | Show all posts
oooo syok lah org gomen ni...
naik jib jangan tak naik....
kaji jib jangan tak kaji...
jangan jaman Pak Lah berulang kembali dah le...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:13 PM | Show all posts
minta jangan tak minta..

alang-alang mintak elaun bayar duit kete sekali..
Last edited by asudau on 2-11-2012 06:15 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 01:21 PM | Show all posts
Ambik ksmpatan org gomen mnjlang pru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:28 PM | Show all posts
untung la... yg swasta ni takde elaun ape2 pun.. gaji basic je..
boleh gak survive... pandai2 la bujet wehh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:05 PM | Show all posts
korang penjawat awam jangan kelentong la kata sengkek bagai
aku tengok cikgu sekolah rendah pun drive wish...paling cikai pun city
pakaian deme glemer kan main walhal tugas mengajar budak sekolah rendah je kan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:10 PM | Show all posts
elaun rumah dah bagi, kuarters pun ada.. tak cukup2 lagi ker sampai nak kena kaji2 balik... Pekerja swasta yang xde elaun mcm2 ni pun boleh hidup je aku tengok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058978 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list