CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10121|Reply: 47

Sara Ali Terpaksa Jadi Pelakon Stereotaip

[Copy link]
Post time 13-11-2012 11:37 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pelakon Sara Ali bersetuju dengan persepsi segelintir pihak yang menyifatkan lakonannya sebagai stereotaip selepas dua tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Sara, 22, berkata, dia menyedari perkara itu tetapi tidak mengamalkan sikap memilih tawaran yang diterima kerana masih baru dalam bidang lakonan.

“Saya akur dan terima pandangan itu. Malah, saya sendiri bersetuju kalau orang mula melihat gaya lakonan saya hampir sama pada tawaran-tawaran yang diterima.

“Saya percaya hal ini terjadi kerana saya menerima karakter yang lebih kurang sama tetapi sebagai orang baru apa yang dapat saya lakukan?

“Takkan pula saya hendak jadi seorang yang memilih watak sehingga boleh menjejaskan reputasi dan pendapatan?” katanya ketika ditemui , baru -baru ini.

Aktres filem Songlap ini berkata, senario penghasilan skrip dan watak drama televisyen dan filem yang terhad dan kurang variasi di negara ini menjadi punca utama dia terpaksa melakonkan watak yang lebih kurang sama berulang-kali.

“Tiada lagi karakter yang saya jayakan sehingga kini berbeza dan unik selepas filemSonglap.

“Jika pengarah berpuas hati dengan apa yang saya berikan dalam lakonan, apa lagi yang boleh saya buat? Tetapi itu tidak bermakna saya selesa dengan tahap lakonan sekarang,” katanya.

Justeru itu, Sara berkata, dia mengambil pendekatan untuk berehat seketika sehingga menerima tawaran yang unik dan belum pernah dijayakan.

“Saya tidak mahu terus ‘melekat’ dengan watak yang sama sahaja sehingga menimbulkan persepsi sedemikian (stereotaip).

“Buat masa ini biarlah saya berehat seketika sehingga menerima tawaran watak yang berlainan dan menonjolkan lakonan berbeza daripada saya,” katanya


Sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 01:12 AM | Show all posts
lawa gak minah ni.. bg la watak2 anak dara melayu suci komedi... gerenti terkenal lpas tu... jnji kena kapelkan dia ngn hero pujaan kaum ibu..tak yah la yg badan besau2 aje jadi hero.. kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 07:50 AM | Show all posts
Boring lor
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:10 AM | Show all posts
suke je kat dier nih
mcm rilek jek
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:48 AM | Show all posts
dia memanga da bakat berlakon tapi mcm biasa lah MALAYSIA kalau kau xdak ada rupa yg menawan or kokosen usah mimpi mau jadi heroin...cthnya mcm LS bosan la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:02 AM | Show all posts
ada mak kesah ke nak ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2012 09:06 AM | Show all posts
aku x suka rambut dia, x shiney dan x terurus terutama kat dahi. jd nmpak selekeh.

satu lagi, raut wajah dia yg merenung tajam tu spoil mood nk tgk lakonan dia...mungkin sbb renungan tajam sgt, ataupun kedudukan kening dan mata dia yg dark tu...so dia ni lyk blakon citer2 seram/depress jah.

dia berbakat, tp ada slack kt tmpt lain (image kot)....pelakon yg baik mesti ada byk ekspresi muka. contohi maya karin, umi aida &  ida nerina etc yg ada raut wajah lebih kurang dia juga, tp boleh bjaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:10 AM | Show all posts
Suka kt dia ni.. lakonan dia pon best.. lembut je orgnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 09:11 AM | Show all posts
Kesian dia ni. ..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:19 AM | Show all posts
dia berlakun ok tp belum dpt watak yang mencabar untuk tonjolkan kemampuan sebenar dia
sama mcm Nad Zainal
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:39 AM | Show all posts
die nampak serabai busuk terutama tang rambut
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:40 AM | Show all posts
i sll je keliru antara sara ali & nad zainal..
dh roper adek beradek la dua org tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:53 AM | Show all posts
jaa139 posted on 14-11-2012 09:39 AM
die nampak serabai busuk terutama tang rambut

hahah !! nak tergelak aku baca statement ko nih... kakakka !! awat nampak busuk weyhh ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 10:21 AM | Show all posts
sophyz posted on 14-11-2012 09:53 AM
hahah !! nak tergelak aku baca statement ko nih... kakakka !! awat nampak busuk weyhh ?

taktau lah mana yang tak kena die ni...mungkin air muka die kot...

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 10:25 AM | Show all posts
sara ali lagi cantik dari nad zainal.. suka tgk sara ali berlakon.. selamba ja.. dia cantik mcm org melayu, bukan kokosen, sebab tu xmampu nak naik kot? pastu maybe jenis tak gedik2, xsexy2, xmenonggek time bergambar..keh3
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 10:30 AM | Show all posts
Kalo Sarah Ali menang BEST ACTRESS kat ASK ari tu, mengalahkan
Maya Karin, tentu sekarang dia meletop-letop naik. Lakonan dia dalam
Songlap, best apa. Memang tak banyak dialog, lebih kepada bodi language
dan memek muka. Inilah yang dikatakan SUBTLE AKTING, kut. Tapi kat
Malaysia ni, takkan nak bagi kat Sara sebab dia pelakon baru berbanding
dengan Maya Karin yang da berlakon banyak filem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 11:14 AM | Show all posts
suka tgk dia belakon yg jd wedding planner tu...yg last2 dia bercinta dgn kamal adli tu....xgedik tp ada aura...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:14 AM | Show all posts
suka tgk dia belakon yg jd wedding planner tu...yg last2 dia bercinta dgn kamal adli tu....xgedik tp ada aura...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 08:41 PM | Show all posts
dia ni x slp aq mengikut statement interview dy dlm NST taun lpaz ada darah campuran scottish ngan pakistan.. thats tgk muke dy xnmpk cam tipikel meleis pun..

pnah layan borak ngn dy dlm twitter mse bulan 7 taun lpaz.. mule2 ingat awek mix mnela yg aq tweet2 tgh mlm tu.. rupenyer xsangka lak rupenyer actress biler terperasan kat collection paper lme yg aq simpan

almaklumlah, aq main follow jer kot..

love her acting skills.. xgedik n selamba.. cara dy layan izzue islam dlm citer Senyuman Di Kuala Lumpur pun sempoi walaupun muke masam... mmg awek hipster habislah.. tgk instagram dy pun tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 09:04 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 14-11-2012 09:30 AM
Kalo Sarah Ali menang BEST ACTRESS kat ASK ari tu, mengalahkan
Maya Karin, tentu sekarang dia melet ...

kat tanah melayu neh nak menang best actress kena terpekik terlolong k
itu requirement yang wajib

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.510391 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list