CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 34003|Reply: 66

FILEM HINDI (BOLLYWOOD) TERBAIK 2012? - ANALISA & RASA

[Copy link]
Post time 26-1-2013 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Bollywood semakin matang...

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni rajin pula aku menonton filem Hindi di wayang, tapi pilih-pilih jugak la cerita yg nak ditonton tu. Selalunya review blogger filem Amerika di Access Bollywood menjadi rujukan sebelum buat keputusan untuk menonton di TGV Capsquare yang sentiasa meriah dengan para expatriate dari India utara. Untuk tahun 2012 aku menonton wayang Bolly sebanyak 8 kali...dan 5 dari filem-filem tu adalah memuaskan.

Bollywood dikenali dengan imej filem-filem popcorn musical yang meriah dengan lagu dan tarian. Karya popular sering melibatkan cerita yang 'cetek' dan mungkin hanya menjaja mimpi kosong di siang hari semata-mata. Namun, Bollywood tidak selalunya begitu, sekiranya diselak lapisan2 luar kita boleh jumpa produk yang lebih baik di dalamnya. Generasi muda filmakers membawakan gelombang baru ke dalam industri filem Hindi. Kesannya dapat dilihat apabila semakin banyak filem-filem 'mainstream' meminjam gaya filem-filem 'parallel cinema'. Semakin banyak karya yang bercerita dengan kreatif, malah tidak lagi segan berbicara isu-isu semasa yg relevan dengan dunia kontemporari India...adakalanya menyentuh subjek yang sensitif (walaupun ada juga beberapa percubaan yg kurang menjadi). Biarpun sesetengah masih mengekalkan elemen musical (yg pada aku OK je sbb itu adalah identiti khas Bollywood), Bollywood hari ini tahu memberikan apa yang dimahukan oleh penonton generasi baru.

Tahun 2012 dikatakan tahun gemilang untuk Bollywood kerana jumlah filem yang bagus lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Tidak semua filem2 yang disenaraikan sebagai 'terbaik' itu ditayangkan di Malaysia (ada juga yg masuk wayang sini tapi aku missed), maka selebihnya kenalah sedut untuk tonton, rasa dan nilai...

Keputusan: Ada filem-filem yang aku berkongsi rasa sama dengan para critics, ada filem yang dipuji tapi tak berapa masuk dengan aku dan ada juga filem yang aku suka tapi kurang digemari oleh critics.



Vicky Donor
Ayushmann Khurrana, Yami Gautam, Annu Kapoor, Dolly Ahluwalia
Sutradara: Shoojit Sircar

Sesekali dalam Bollywood, hadir filem yang tidak perlukan kuasa bintang, sebaliknya bergantung penuh terhadap kualiti cerita/skrip/lakonlayar filem itu sendiri. Untuk tahun 2012, Vicky Donor adalah filem itu. Penulis Juhi Chaturvedi dan pengarah Shoojit Sircar berjaya memberikan satu kisah komedi dewasa yang pintar, tidak slapstick dan tidak murahan. Manakala lakonan debut Ayushmann Khurrana yang menerajui watak utama kelihatan seperti aktor berpengalaman. Biarpun dengan kehadiran muka-muka baru (dan juga muka-muka lama yg kurang dikenali), filem ini dikatakan agak berjaya dari segi kutipan.

Untuk masyarakat Asia, zuriat sendiri adalah sangat penting untuk meneruskan salasilah keturunan, tetapi bagaimana pula dengan mereka yand tidak subur? tak mampu beranak? Vicky Donor dengan nada komedinya melihat isu ini dari sudut pandangan liberal (dan juga konservatif) masyarakat kontemporari India. Vicky Arora merupakan seorang pemuda Punjabi yang mengangur, tinggal bersama emaknya di kejiranan masyarakat Punjabi Lajpat Nagar di New Delhi (kalau korang ada baca buku City of Djinns, ada dinyatakan bahawa etnik Punjabi menghuni sebahagian besar Delhi) . Kerjanya sehari-hari hanyalah tidur, makan, main kriket dan berhibur di kelab malam....sesekali membantu mak di salon. Selepas 'bakat'nya ditemui oleh doktor klinik kesuburan dia menjadi 'penderma sperma' (menjual sperma sebenarnya!). Kerja 'melanchup untuk wang' ni berikan segala kemewahan yang dia (dan keluarganya) mahu, tapi segalanya mula jadi kacau bila dia memutuskan utk berkahwin dengan seorang janda muda dari keturunan Benggali yang bekerja di bank.

Aku sangat sukakan elemen romance dalam filem ini yang tidak melebih-lebih, tidak melodramatik dan menjauhi segala cliche Bollywood. Elemen cross-culture dan sedikit pendidikan mengenai perbezaan budaya Punjabi dan Benggali juga sangatlah mencuit hati. Vicky Donor turut diwarnai watak-watak sampingan yang menyeronokkan, dan yang paling memorable tentulah ibu dan nenek Vicky...siang hari mereka sering bertengkar, saling berbalas cercaan kemudian malamnya boleh duduk bersama berkongsi curahan perasaan masing2 sambil menikmati sebotol bir. Tiada scene musical tari-menari yang meriah sepanjang filem ini (diganti dgn scene mtv saja) kecuali saat credit akhir (sama seperti ending Slumdog Millionaire) yang menampilkan cameo John Abraham (yg juga merupakan producer filem ini).


KaHaaNi
Vidya Balan, Parambrata Chatterjee, Nawazuddin Siddiqui, Saswata Chatterjee
Sutradara: Sujoy Ghosh

Mungkin perkara paling digemari dalam filem ini ialah twist yang tidak dijangka di penghujung filem tetapi bukanlah itu kunci yg menjadikan filem ini bagus. Kahaani adalah sangat2 tidak typical Bollywood dalam persembahan nya, kerja kamera nya dan sudah tentu ceritanya. Filem thriller ini bergerak dengan nada yang betul, tempo dan pacing dia berada di kedudukan yang sepatutnya, tidak meleret2 dan tidak bosan. Sutradara Sujay Gosh juga berjaya menonjolkan 'authenticity' kota Kolkata dengan cemerlang, kita dapat rasakan 'jiwa' Kolkata yang saat itu sedang sibuk dengan persiapan perayaan Puja Durga (kalau tonton Vicky Donor lepas Kahaani pasti dapat cam scene festival Puja Durga dan kita akan faham yg mereka melawat Kolkata).

Typical filem Hindi ada hero dan heroine tetapi tidak untuk Kahaani. Watak utamanya ialah Vidya Bachi (Vidya Balan), wanita Tamil yang tinggal di London, merupakan seorang softwaree engineer, tiba di Kolkata dalam keadaan sarat mengandung untuk mencari suami Benggalinya yang hilang tanpa khabar berita. Anehnya sebaik sahaja dia tiba di Kolkata, tidak ada sebarang bukti yg suaminya pernah berada di situ. Tiada rekod imigresen, malah hotel tempat suaminya menginap dan syarikat tempat suaminya berkerja juga menafikan pernah mengenali Arnab Bachi. Satu-satunya petunjuk kepada misteri ialah Milan Damji, seorang terrorist yang menjadi buruan pihak berkuasa kerana terlibat dengan kes pembunuhan beramai-ramai dalam keretapi bawah tanah dua tahun sebelumnya.

Perhatikan simbolik dan hint2 yg ditunjuk secara subtle sepanjang filem ini. Ada satu ketika selepas Vidya Bachi diberitahu bahawa orang2 di Kolkata biasanya punyai dua nama, satu nama benar dan satu lagi nickname, lantas dia membalas dengan berkata "Dua nama? Dua Identiti....menarik"...kita mungkin tak sedar tentang 'hint' yang tersembunyi dalam ayat tu sehingga selesai menonton. Memahami figura Dewi Durga yg diraikan dalam festival Puja Durga dalam filem ini juga membantu mengenal simbolik yang diguna dalam filem. Dalam Hinduism, Dewi Durga merupakan ibu segala para dewa (merujuk kpd watak utama filem yakni ibu mengandung) yang pernah meyembelih syaitan kerbau (petunjuk kepada watak ibu yang memusnahkan 'kejahatan'). Sekiranya korang hanya boleh pilih satu sahaja filem Bollywood tahun 2012 utk ditonton, pilihlah Kahaani.


Barfi!
Ranbir Kapoor, Priyanka Chopra, Illeana D'Cruz, Saurabh Shukla

Sutradara: Anurag Basu

Cinta tidak perlu dikata...ia hanya perlu dirasa. Sutradara Anurag Basu berjaya menyampaikan 'mesej' ini dengan Barfi! filem berdurasi dua jam setengah yang hampir 70% darinya tiada dialog. Filem ini diceritakan secara non-linear...bermula dari era 'present-day' sekumpulan warga mas bercerita tentang siapakah Barfi yang mereka kenali. Scene flashback membawa kita ke tahun 1978, kemudian ke tahun 1972, kemudian kembali ke tahun 1978 dengan turutan masa yg disengajakan tidak mengikut kronologi (juga memberikan ruang utk sedikit elemen misteri dan twist). Dari situ kita mengenali Barfi (Ranbir Kapoor), Shruti (Illeana D'Cruz) dan Jhilmil (Priyanka Chopra) serta segalanya yang berlaku diantara mereka.

Barfi! membuktikan kisah yang simple boleh saja menjadi extraordinary sekiranya diceritakan dengan kreatif. Selain daripada naratif yang non-linear, apa yang menjadikan Barfi! sangat istimewa ialah penyampaian homage terhadap filem2 era bisu dan filem2 Charlie Chaplin (perlu fahami beza homage dengan peniruan). Kolkata dan Darjeeling Himalaya yang menjadi latar filem ini digambarkan dengan sangat indah, sinematografi terjalin rapi dengan cerita, character dan skor muzik yang sempurna...hasilnya terasa seperti menonton satu puisi visual. Semestinya, Barfi! merupakan filem heart-warming yang paling manis untuk 2012.


Shanghai
Emraan Hashmi, Kalki Koechlin, Abhay Deol, Prosenjit Chatterjee
Sutradara: Dibakar Banerjee

Filem political trhriller Perancis dari tahun 1969 yang berjudul Z (yg merupakan adaptasi novel Greek dengan judul yang sama) menjadi pilihan sutradara Dibakar Banerjee utk di-India-kan dengan judul...umm...Shanghai. Cerita asal Greek, filem pertamanya French, filem remakenya India, tapi judulnya...Shanghai? namun tidak ada satu pun bahagian dalam filem ini bercerita tentang Shanghai mahupun menjalani peggambaran di kota ekonomi di bahagian timur negara China itu. Shanghai dalam filem ini hanyalah 'literal'...ceritanya mengambil latar tempat bernama Bharat Nagar di sebuah kota yang tak bernama...yg kononnya akan dimajukan dan bakal menjadi seperti Shanghai. Projek besar yang disokong spenuhnya oleh kerajaan negeri ini dikritik hebat oleh Dr. Ahmedi (Prosenjit Chatterjee), seorang aktivis politik. Kehadiran Dr. Ahmedi ke Bharat Nagar untuk berkempen kepada penduduk setempat agar menolak rancangan kerajaan negeri akhirnya mengundang padah apabila dia dilanggar trak dan koma. Pegawai birokrat T.A Krishnan (Abhay Deol) dihantar oleh pihak kerajaan untuk menyiasat. Shalini (Kalki Koechlin), mantan pelajar (dan juga mantan kekasih gelap) Dr. Ahmedi percaya kemalangan itu dirancang dan bertegas untuk mencari kebenaran. Nasib menyebelahinya apabila Jogi (Emraan Hashmi), seorang wartawan kecil-kecilan (yang juga merupakan seorang penghasil video porno secara kecil-kecilan) secara tidak sengaja merakam bukti penting...tetapi tidaklah mudah bagi mereka untuk mencabar pihak yang lebih 'berkuasa'.

Bukan pertama kali Bollywood keluarkan filem politik yang menyoal ketelusan undang2 dan kejujuran ahli politik, tetapi Shanghai jelas merupakan karya yang lebih terkedepan daripada filem2 dengan tema sama yg dihasilkan sebelum ini. Ini filem yang agak kompleks dan berlapis, it's not about 'baik lawan jahat n baik menang' semata-mata....segalanya kelabu dan subtle dalam filem ni...hampir semua watak ada agenda tersendiri, malah ending dia walaupun nampak macam 'evil defeated' tetapi rupanya ada 'evil' yang lain pula 'rising'. Walaupun ceritanya agak complex, ia masih boleh diikuti dengan baik kerana lapisan permukaannya adalah sebuah filem thriller yang mendebarkan. Pendek kata, beginilah filem 'political thriller' sepatutnya dibuat...Shanghai adalah antara filem wajib tonton 2012, malah filem-filem Dibakar Banerjee sebelum Shanghai juga tampak seperti punyai rekod yang bagus...mungkin wajib tonton juga....


OMG: Oh My God
Paresh Rawal, Akshay Kumar, Mithun Chakraborty, Om Puri
Sutradara: Umesh Shukla

Life of Pi bukanlah satu-satunya filem tahun 2012 dengan tema mencari makna ketuhanan. Di Bollywood ada OMG: Oh My God yang hadir dengan tema hampir sama, dengan subjek yang lebih provokatif, mungkin! Sutradara Umesh Shukla menghasilkan OMG dengan mengadaptasikan karyanya sendiri di pentas teater (nashkah dalam bahasa Gujarati dengan judul Kanji Viruddh Kanji  yang diinspirasikan dari filem Australia berjudul The Man Who Sued God).

Watak utama dalam OMG ialah Kanji (Paresh Rawal) - seorang 'atheis' yang tidak mempercayai Tuhan tetapi dia sendiri menjalankan bisnes menjual patung dewa-dewa Hindu dan seringkali juga memanipulasikan kepercayaan beragama umat Hindu untuk mengaut keuntungan yang lebih besar. Suatu hari kedainya musnah dalam kejadian gempa-bumi kecil dan oleh kerana gagal mendapatkan pampasan dari syarikat insuran (kerana gempa bumi dianggap sebagai 'act of god', insuran tidak bertanggungjawab untuk itu), dia memilih untuk menyaman 'Tuhan' di mahkamah (dengan menyaman pihak kuil). Perbuatan ini menaikkan kemarahan ramai pihak lantas meletakkan hidup Kanji dan keluarganya dalam bahaya, namun tanpa diduga Kanji memperolehi bantuan dari 'Tuhan' sendiri yg diwakili oleh dewa Krishna (yang tidak biru dan tidak kelihatan tradisional sebaliknya dlm bentuk Aksyay Kumar yg lengkap berpakaian suit).

Oleh kerana ini adalah filem satira, menontonnya juga haruslah ketepikan segala logika-logika yg kita boleh persoalkan dalam filem genre drama biasa (sesuatu mcm....logikah court menerima kes macam tu, macam mana dia boleh habiskan study kitab Bhagavad Gita, Bible & Quran dalam masa sebulan..etc..etc). OMG mengandungi kritikan pedas terhadap 'korupsi' dan ke-fanatikan dalam budaya beragama di India...seperti pembaziran besar-besaran untuk upcara keagamaan atau kes 'mengaut keuntungan' atas nama agama. Filem ini seperti cuba mengatakan yang kepercayaan kepada Tuhan itu datangnya terus dari hati dan bukannya menerusi upacara sembahan patung dewa-dewi atau pemujaan tempat keramat etc. Malah ada satu scene, Krishna menyatakan tidak berminat dengan sebarang 'offering' (surprisingly) yang selalunya menjadi practice dalam Hinduism. Sesuatu yang menarik ketika ending ialah apabila Krishna melarang Kanji dari menyimpan 'keychain' yang ditinggalkannya...scene ini jelas mengkritik kepercayaan terhadap tangkal (yg sering dipakai oleh umat Hindu mahupun Muslim di India). Walaupun watak utamanya Kanji adalah seorang atheis, OMG tidak pula kelihatan seperti filem yg promote 'atheism', sebaliknya lebih kepada Pluralisme (di India kan kuar benar Pluralisme nya)...ada satu ketika sesi dialog antara Kanji dengan Krishna di hospital, Kanji mempersoalkan tentang kewujudan pelbagai agama...lantas Krishna menjawab "Kami hanya mencipta dunia...bukan agama"....


Gangs of Wasseypur (Pt. 1 & Pt.2)
Manoj Bajpai, Nawazuddin Siddiqui, Tigmanshu Dhulia, Richa Chadda, Reema Sen, Huma Qureshi
Sutradara: Anurag Kasyap

Bihar yang merupakan negeri paling miskin di India punyai 1001 cerita jenayah. Di sini golongan Mafia punyai lebih kuasa dari polis. Anurag Kasyap, pengarah gelombang baru sinema Bollywood sentiasa punyai impian untuk buat filem tentang Bihar...dan segalanya mula menghampiri kenyataan apabila penulis skrip Zeishan Quadri bercerita padanya kisah keluarga-keluarga gangster di Wasseypur (bandar kecil di Bihar). Dari situ lahirlah Gangs of Wasseypur, filem berdurasi 5 jam lebih yang mula ditayangkan di Festival Filem Cannes tahun 2012. Oleh kerana panggung di India tidak sanggup menayangkan filem berdurasi 5 jam lebih, maka filem ini dipecahkan kepada dua bahagian utk tayangan di India seterusnya utk pasaran DVD.

Gangs of Wasseypur bercerita tentang pertelingkahan antara tiga keluarga - Khan, Qureshi dan Singh. Konflik diantara mereka bermula seawal 1940an ketika zaman British-India, berlanjutan selama tiga generasi dan berakhir pada tahun 2009. Naratif dalam Gangs of Wasseypur tidak mengikut acuan biasa filem2 tentang kuasa, politik dan dendam di Bollywood, tidak ada hero yang heroic malah watak-watak dalam filem ini tidak punyai sisi putih dan gelap yang nyata. Pengaruh 'western sphagetthi' ala Sergio Leone, kisah keluarga ala Francis Ford Copolla, komedi gelap ala Quentin Tarantino dan elemen keganasan ala Martin Scorsese mencorak sebahagian besar penceritaan Gangs of Wasseypur. Bagaimanapun nampaknya Anurag Kasyap tahu yang GOW seharusnya tampil sebagai filem Bollywood dengan identiti Bollywood, justeru itu filem ini disuntik elemen musikal yang sederhana dan tidak berlebihan. Biarpun tidak berjaya meraih sebarang anugerah utama di festival filem Asia-Pasific mahupun festival filem Sydney, Gangs of Wasseypur masih dihargai menerusi review positif dari pengkritik filem, lokal dan antarabangsa...semestinya antara filem wajib tonton dari tahun 2012.

(sambung ke post ke-2 ) Last edited by cmf_GAIA on 14-8-2013 01:30 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2013 11:53 PM | Show all posts

English Vinglish
Sridevi, Mehdi Nebbou, Priya Anand, Adil Hussain
Sutradara: Gauri Shinde

Usai tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Toronto, English Vinglish disambut dengan 'standing-ovation' selama 10 minit. Kesemua slot tayangan di festival filem yang berprestij di Amerika Utara itu full-house dan media Kanada menggelarkan tunjang utama filem ini, SriDevi sebagai Meryl Streep India. Setelah berehat selama 14 tahun dari dunia filem, SriDevi nampaknya telah membuat keputusan yang tepat untuk kembali ke Bollywood dengan filem ini. English Vinglish bukan sahaja berjaya menawan hati pengkritik filem malah sangat berjaya di box-office juga.

Kejayaan filem ini tidak bersandar pada SriDevi semata, pujian harus diberikan kepada sutradara Gauri Shinde kerana menghasilkan satu kisah simple yang berjiwa besar untuk filem debutnya ini. Seperti Kahaani, English Vinglish juga merupakan filem 'woman-centric' yang mengangkat feminism. Shashi Godbole, sepertimana kebanyakan suri rumah Marathi, gemar memasak dan gembira menguruskan keluarga kecilnya di Pune, India.  Apa yang dimahukan Sashi hanyalah rasa 'dihargai', namun kebiasaan yang berlaku dalam mana-mana keluarga, penghargaan kecil atau ucapan terima kasih itu sering dilupakan. Sesekali, dia berasa kecil hati dengan sikap suami dan anak perempuan yang kerap mempersendakan sebutan bahasa Inggerisnya. Titik perubahan hidupnya bermula dari saat menerima jemputan kakaknya yang tinggal di New York untuk membantu persiapan perkahwinan anak saudaranya di sana. Selepas satu insiden yang memalukan di sebuah cafe di New York, Shashi bertekad untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dengan menyertai kelas intensif menguasai bahasa Inggeris dalam masa 4 minggu. Disini kisah suri rumah India bersilang dengan 'Mind Your Language' - siri komedi British yang terkenal suatu ketika dahulu.


Talaash
Aamir Khan, Kareena Kapoor, Rani Mukherkjee, Nawazuddin Siddiqui
Sutradara: Reema Kagti

Drama misteri dengan konsep Neo-Noir bukanlah pilihan popular di kalangan produser utama Bollywood. Namun Mr. Perfectionist Aamir Khan terkenal dengan sikap suka mengambil risiko demi kualiti produksi. Hasil kerjasama dengan generasi baru Bollywood filmmakers, adik-beradik Akhtar (Zoya & Farhan) dan sutradara gelombang baru Bollywood Anurag Kasyap, muncul Talaash. Di tangan pengarah wanita Reema Kagti, Talaash hadir dengan resipi Neo-Noir yang cukup rasa.

Filem ini dibuka dengan montaj yang 'meneroka' daerah red-district di Mumbai sejurus sebelum berlakunya insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang aktor terkenal. Ada sesuatu yang 'fishy' berkenaan kemalangan tersebut, namun semakin jauh inspektor Surjan Singh Shekhawat mencari jawapan, semakin buntu jadinya. Saat menghampiri 'jalan mati', dia mendapat bantuan dari seorang pekerja seks bernama Rosie (karekter 'Femme Fatalle' yg selalunya ada dalam genre film-noir) yang penuh misteri. Diluar waktu kerja sang inspektor 'struggle' menghadapi krisis rumahtangga yang semakin suram ekoran kehilangan anak lelaki dalam satu kemalangan air.

Seperti lazimnya genre Neo-Noir, watak utama (yang dimainkan oleh Aamir Khan) dalam filem ini juga kompleks, keliru, terperangkap dalam krisis peribadi dan terpaksa membuat keputusan sukar yang mempengaruhi aspek moral/etika. Talaash sebenarnya lebih kepada psychological-drama berbanding drama-misteri...kerana intinya lebih kepada kisah bagaimana satu 'jiwa yang sengsara' cuba mengekalkan 'kewarasan' diri, yang bergerak selari dengan kisah misteri kemalangan. Twist-ending di akhir filem mungkin 'kejutan' yang agak seronok untuk penonton.


Cocktail
Diana Penty, Saif Ali Khan, Deepika Pandukone, Boman Irani, Dimple Kampadia
Sutradara: Homi Adajania

Filem Hollywood sering juga tampil cliche (terutamanya filem aksi) tetapi ada juga produk yang tampak cliche ini kita boleh terima seadanya apabila apa yang cliche itu di-twisted-kan sedikit menjadi  not-so-cliche lagi. Kes yang sama boleh terjadi pada filem2 Bollywood (walaupun jarang) dan Cocktail adalah salah satu filem sebegitu. Dua wanita, seorang konservatif dan seorang lagi 'liar', kemudian hadir character lelaki, love triagle terjadi.....kedengaranya seperti biasa bukan? Serius, kalau aku baca sinopsis filem ini awal-awal memang takkan ku beli tiket di TGV Capsqure, tapi kerana pengaruh review positif oleh pengkritik filem Amerika yang memberikan filem ini 3.5/4 bintang, tanpa membaca ulasan lanjut aku putuskan utk menonton. Surprisingly aku agak suka filem ini walaupun sedar ada beberapa kelemahan/flaw dalam pembangunan characternya. Filem Cocktail mengambil formula stereotype cinta tiga segi Bollywood itu, modify sedikit sana-sini dan jadikan outputnya sesuatu yang sedikit berbeza, agak segar! lebih jujur! dan tidak begitu 'simple' lagi. Seperti kata pengulas filem Aniruddha Ghuha dari DNA India:-
"The best thing about Cocktail is that it is as different as a film can get within a very conventional format. My favourite scene has Gautam talk to Veronica and Meera together about his feelings towards each of them. “Look. You love me. I love her. Let’s sort this mess out.” A rare moment in Hindi cinema."


Chakravyuh
Arjun Rampal, Abhay Deol, Manoj Bajpai, Esha Gupta, Om Puri
Sutradara: Prakash Jaa

Saat idealogi komunism menular ke negara-negara Asia bermula era 60an, India tidak terkecuali...malah karier politik Indira Ghandi, perdana menteri ketiga negara itu disokong oleh parti sosialis dan komunis. Walaupun komunism gagal menawan kuasa politik tertinggi di India, pengaruh sayap kiri itu masih kekal dan sebahagianya wujud sebagai militia Naxalite yang extremist, beroperasi secara rahsia di daerah-daerah pendalaman bahagian timur India. Filem Chakravyuh mengangkat isu ini.

Apabila ahli politik korup lebih suka melayani pelabur kapitalis (kerana wang tentunya) berbanding kebajikan rakyat, kumpulan militia Naxalite mengambilalih peranan mempertahankan tanah dan hak milik suku-puak di pendalaman Nandhigat. Pegawai polis jujur Adil Khan (Arjun Rampal dengan imej misai tebal dan uniform khaki - taknak kalah dgn imej Aamir Khan dlm Talaash ) yang setia kepada institusi polis dan negara mendapatkan bantuan rakan karibnya Kabir (Abhay Deol) untuk menjadi 'secret informer' yang memerhati pergerakan kumpulan miltia itu. Kabir yang terhutang budi dengan Adil dengan senang hati menerima tugasan itu, namun hubungan mereka mula berubah apabila Kabir mula memahami realiti pahit ketidakadilan dan penindasan oleh pihak kerajaan.

Selalunya dua perkara yang aku lihat pada satu-satu filem ialah 'cerita' dan 'bagaimana ia diceritakan'. Cerita yang menarik tidak perlu bergantung sangat kepada perkara kedua, tetapi kalau ceritanya 'biasa-biasa' saja, penceritaan perlu kreatif untuk menjadikan output filemnya menarik. Mujur Chakravyuh ada sesuatu yang agak menarik untuk diceritakan. Aku kurang suka dengan action scene dalam Chakravyuh yang nampak sangat tipu nya, namun sebagai sebuah filem political thriller ia masih punyai cerita yang agak menarik untuk diikuti (walaupun masih tertinggal jauh di belakang Shanghai).


Ek Main Aur Ekk Tu
Imran Khan, Kareena Kapoor, Boman Irani
Sutradara: Shakun Batra

Sejujurnya, menonton Ek Main Aur Ekk Tu terasa seperti menonton sebuah filem komedi Hollywood yang ada Steve Carell atau Paul Rudd. Dengan durasi kurang dari dua jam, filem ini hampir tak Bollywood langsung penceritaannya kecuali, mungkin pada satu musical scene. Babak permulaan yg ada voice over bercerita tentang empat jenis anak-anak itu pun sudah mencuit hati. Rahul Kapoor (Imran Khan) adalah jenis anak yang keempat, yang tidak pernah berpeluang menentukan hidupnya sendiri kerana segalanya sudah dirancang kedua ibu-bapa yang sentiasa pentingkan kesempurnaan. Sehari sebelum Christmas dia dibuang kerja dari firma arkitek di Las Vegas dan memutuskan untuk menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan ibubapanya. Kemudian ada watak Riana Braganza (Kareena Kapoor), gadis yang 'free-spirited', kesempitan wang dan sedang mencari kerja baru. Lebih menyeronokkan bila mengenali keluarga Rianna sepulangnya ke India untuk menyambut tahun baru, rupanya bukan Rianna saja yg gila-gila! keluarganya pun sama kepala. Ek Main Aur Ekk Tu diwarnai oleh watak-watak yang eksentrik...aneh tapi menyeronokkan. Montaj berupa kalendar kecil setiap kali bermulanya hari baru (filem ini bercerita kisah 14 hari) seakan-akan apa yang pernah dilihat dari filem 500 Days of Summer.


Ada juga beberapa filem dari tahun 2012 yang kurang berjaya menambat hati.

Sutradara Tigmanshu Dhulia (yang melakonkan watak antagonis dlm Gangs of Wasseypur) ada mengangkat kisah Paan Singh Tomar, wira sukan lari berpagar yang pernah mewakili India dalam sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 ke layar perak. Atas sebab tertentu, filem biopic yang pertama kali ditayangkan di 2010 British Film Institute London Film Festival ini terperam selama dua tahun sebelum menemui penonton di pawagam India pada tahun 2012. Kisah Paan Singh agak menarik sebenarnya, kerana wira sukan yang pernah menyertai tentera dan memenangi pingat emas dalam sukan olahraga ini akhirnya mati sebagai pemberontak. Filem ini mengangkat tema 'unsung heroes' dalam bidang sukan di India yang menemui nasib malang atas desakan hidup...mangsa kepada sistem yang korup. Paan Singh Tomar dipuji para critics, malah ada menyenaraikannya sebagai top 5 terbaik dari tahun lepas. Di IMDB pun ramai yang suka, tapi sayangnya filem ini seperti sangat mendatar n tak cukup rasa pada aku. Tapi aku rekomen tonton jugalah, lain orang mungkin suka?

Filem Ishaqzaade dikatakan something yang jarang dari Yash Raj film. Ada hero dan heroine tapi hero nya di sini sangat gelap...seorang 'looser & a**hole' yang tak mungkin disukai, sedangkan si heroine pula gadis lantang yang mahu suara dan hak nya sama tinggi dengan lelaki...tidak selalu filem Hindi dengan genre sebegini mengangkat tinggi martabat wanita, maka filem ini disukai oleh para critics. Aku pun setuju dengan hero-heroine nya yang tidak typical tetapi ada jugalah beberapa elemen yang aku tak berapa suka (mcm tembak2 bukan kemain tapi xde sapa kena peluru)...membuatkan aku berhenti separuh dan masih belum teruja nak meneruskan sambungannya. Mungkin soon lah aku habiskan..mana tau bila dah tengok sampai habis tersuka pula....

Filem Bol Bachchan dan Raaz 3 agak disukai oleh pengulas filem Amerika di Access Bollywood, buatkan aku cuba menontonnya waktu tayangannya masuk sini. Keputusannya aku tak dapat habiskan menonton Bol Bachchan sbb tak boleh nak masuk dengan lawak bodohnya, selepas keluar sekejap dari panggung utk jawab panggilan penting, langsung tak masuk dah selepas itu. Raaz 3 pulak filem horror yang langsung tak seram n agak merepek.

Walaupun aku agak suka dengan beberapa scene dari filem Student of the Year (mcm kat klimaks yg biasanya milik watak2 utama tiba2 dlm filem tu, tiba2 dicuri sepenuhnya oleh seorang average Joe yg sepatutnya watak sampingan saja - something different di situ) namun overall filemnya agak mengecewakan.

Masih ada beberapa hindi-language film yang juga mendapat perhatian utk 2012 tetapi masih tak berpeluang nak tonton:-
  • Chittagong
  • Gattu
  • Love, Wrinkle-Free
  • Luv Shuv Tey Chicken Khurana


Filem Terbaik?

Top 3 terbaik from my personal choice ialah:-
  • Kahaani
  • Barfi!
  • Shanghai

Susah nak pilih sebab ketiga2nya pun best giler...ada feminism dalam Kahaani, ada penghormatan kepada asas/sejarah filem dalam Barfi dan ada kritikan sosial yg dalam dan berlapis dalam Shanghai....kalau kena pilih satu yg terbaik aku opted for Barfi!...tak ada kena mengena dengan keputusan Filmfare award ya...hanya personal choice atas sebab2 yang dinyatakan dlm post pertama nun.

Last edited by cmf_GAIA on 26-1-2013 11:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 11:53 PM | Show all posts
Dan....Bintang-Bintang yang paling bersinar untuk tahun 2012 ialah....


Manoj Bajpai (Gangs of Wasseypur pt.1)
Mereka yang sudah kenal lama filem-filem Hindi berpendapat bahawa Manoj Bajpai adalah jiwa untuk setiap filem lakonannya. Untuk 2012, dia muncul sebagai ketua kumpulan pemisah Naxalite yang penuh karisma dalam Chakravyuh, namun dalam Gangs of Wasseypur (pt.1) lah dia paling bersinar, membawakan watak Sardar Khan si gangster yang sedikit gila-gila.



SriDevi (English Vinglish)
SriDevi kembali ke dunia filem menerusi watak suri rumah Marathi yang konservatif dalam English Vinglish. Aktress yang berusia hampir separuh abad ini berjaya membuktikan bahawa popularitinya di suatu masa dahulu bukanlah bersandarkan paras rupa semata. Comeback yang berjaya adalah sesuatu yang gagal dicapai oleh 'ratu Bollywood' yang lain seperti Madhuri Dixit dan Karisma Kapoor.



Ranbir Kapoor (Barfi!)
Tiada siapa boleh menyangkal gelaran aktor generasi baru terbaik dalam Bollywood adalah milik Ranbir Kapoor. Biarpun jarang menyertai filem-filem genre popular, hampir setiap filem yang dibintanginya mendapat pujian critics. Peranannya dalam Barfi! mengingatkan kita kepada datuknya Raj Kapoor yang pernah digelar sebagai Charlie Chaplin of Indian Cinema. Kapoor menghidupkan watak Barfi si pemuda pekak-bisu dengan cemerlang dan aksi komedinya langsung tak terlihat murahan.



Vidya Balan (Kahaani)
Katanya Vidya Balan berkali-kali menolak untuk berlakon dalam Kahaani, namun akhirnya bersetuju selepas baca skrip penuh....tentunya satu keputusan yang betul kerana watak Vidya Bachi dalam Kahaani seolah2 hanya untukBalan - antara aktres berkarekter yang terbaik dalam Bollywood masa kini.



Kalki Koechlin (Shanghai)
Satu-satunya aktres Bollywood dari keturunan French. Membesar di Tamil Nadu dan menyertai Bollywood setelah tamat pengajian dalam bidang drama pentas di University London. Sepertimana pencapaianya dalam filem2 'parallel cinema', Koechlin juga unggul dalam filem2 arus perdana termasuklah Shanghai. Hari ini nama Kalki Koechlin terletak sebaris dengan Vidya Balan sebagai antara aktres berkarekter terbaik di Bollywood.



Nawazuddin Siddiqui (Talaash/Kahaani/Gangs of Wasseypur)
Untuk tahun 2012 dia muncul dalam tiga filem dan bersinar terang dalam ketiga-tiganya. Samada sebagai si tempang malang dalam Talaash atau pegawai kerajaan angkuh dalam Kahaani mahupun watak ketua gangster yang psiko dan kompleks dalam Gangs of Wasseypur, bakat Nawazuddin Siddiqui merupakan aset yang sentiasa dimahukan oleh produksi berkualiti.



Priyanka Chopra (Barfi!)
Bekas ratu dunia yang sememangnya berbakat tapi filem-filem genre popular selalu sembunyikan 'bakat' nya itu. Bekerja dengan pengarah macam Vishal Bharadwaj dan Anurag Basu barulah dia bersinar. Priyanka Chopra sangat meyakinkan sebagai Jhilmil si gadis autisme dalam filem Barfi!, dimana dia tidak perlu banyak bersuara, sebaliknya lebih banyak bermain dengan body language, ekpresi wajah dan mata.



Abhay Deol (Shanghai)
Abhay Deol muncul dengan imej yang agak berbeza dalam Shanghai. Dia membawakan watak pegawai kerajaan yang jujur dengan penuh karisma.



Richa Chadda (Gangs of Wasseypur)
Dalam satu saga keluarga gangster yang didominasi oleh watak lelaki, Richa Chadda bersinar dengan karekter wanita yang kuat, independent dan tidak perlu bergantung kepada lelaki. Siapapun takkan lupa dengan character Nagma yang angkat parang kejar suami gangster di rumah pelacuran.



Emraan Hashmi (Shanghai)
Emraan Hashmi sering dilihat dalam filem-filem jenayah atau filem2 'gelap', namun dia selalu tampil dengan karekter hero yang handsome, machoistic dan sering 'blah blah' dengan dialog yang berbunga2. Dalam Shanghai dia berubah 100%. Tiada lagi imej handsome dan heroic untuk watak Jogi, seorang videographer porno yang pengecut, sangat selekeh dan bertutur dengan cara yg mengjengkelkan. Dalam Shanghai dia mencapai kualiti lakonan tingkat tertinggi sepanjang kariernya.



Deepika Pandukone (Cocktail)
Watak Veronica dalam Cocktail tidak disukai oleh sesetengah pengkritik kerana karekter yang sepatutnya independent dan berjiwa bebas itu akhirnya tumpas dan perlu bergantung pada lelaki juga...tetapi masih tak boleh dinafikan dari sudut lakonan, Deepika Pandukone benar2 berjaya menghidupkan Veronica yg 'adorable' itu dalam dirinya....sangat menjadi...sangat berkesan...



Kareena Kapoor (Talaash)
Bukan mudah menghidupkan karekter 'Femme Fatalle' yang penuh misteri, namun Kareena Kapoor dengan kemampuan menguasai bahasa tubuh yg 'subtle' berjaya memainkan peranan Rosie, pekerja seks dallam filem neo-noir Talaash.



Special mention?



Mungkin actor Benggali, Saswata Chatterji patut diberi credit juga untuk watak kecil dalam filem Kahaani. Walaupun kemunculannya tak banyak mana dalam filem tu, wataknya sebagai Bob Biswas si jurujual insurans yang boroi (tetapi dalam masa yang sama dia juga merupakan seorang pembunuh upahan) adalah sangat berkesan dan diingati. Menurut Wikipedia, character Bob Biswas menjadi fenomena internet selepas filem Kahaani 'meletup' di pawagam.
Last edited by cmf_GAIA on 26-1-2013 11:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 11:53 PM | Show all posts
Terbaik 2013 ?

Calonnya dah ada satu! Filemnya ialah:-

Matru Ki Bijlee Ka Mandola
Pankaj Kapur, Imran Khan, Anuskha Sharma, Arya Babbar, Shabana Azmi
Sutradara: Vishal Bhardwaj

Menonton Matru Ki Bijlee Ka Mandola (dah masuk TGV Capsquare baru ni) terasa sedikit seperti menonton filem-filem Wes Anderson dan Coen Brothers. MKBKM ada satira politik, tema daripada filem Shanghai dan Chakravyuh dipersembahkan dengan gaya black comedy + musical yang sangat menghiburkan. Seperti Anderson dan Coens, filem ini juga dipenuhi oleh watak-watak yang absurd...dan bintang paling bersinar setakat January 2013 ialah Pankaj Kapur, aktor veteran yang menjadi tunjang utama MKBKM.

Last edited by cmf_GAIA on 26-1-2013 11:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 12:42 AM | Show all posts
kan, setuju ngan TT..
mmg tak dinafikan filem2 hindi mmg hebat2 taun lepas berbanding bbrp taun lepas....agaknye diorg same2 nak compete buat cerita yg luar dari typical bollywood - romantic filem & sountracks yg ade tarian joget2...

btw aku sudah tgk lebih 5 filem hindi yg dikuarkan taun lepas...
cerita yg sudah ditengok (ikut ranking feveret):

1. kahaani
2. gang of wassapeur
3. english vinglish
4. barfi!
5. ek tha tiger
6. jab tak hai jaan

(top 4 filem di atas mmg paling best)

belum ditengok tp sudah di'download':
1. shanghai
2. vicky donor
3. talaash
4. housefull 2
5. cocktail
6. ishaqzadee
7. agneepath
Last edited by dauswq on 27-1-2013 12:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 12:43 AM | Show all posts
tak lupa citer student of year pun nak masuk dlm list yg ditonton
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2013 12:59 AM | Show all posts
dauswq posted on 27-1-2013 12:42 AM
kan, setuju ngan TT..
mmg tak dinafikan filem2 hindi mmg hebat2 taun lepas berbanding bbrp taun lep ...

haish...vicky donor ko lom tgk kah? Ingat dah khatam habis dah.....first time sedut VD pun sub tak sync then sedut yg mana tah (tak dapat track lagi now) elok je subnya....

Cocktail yg ko sedut tu ok tak gambar? yg aku dapat kualiti kamera dalam wayang je....tak ralat sangat sbb dulu dah tengok kat TGV capsquare, cuma nak jugala simpan copy dlm HDD.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 01:08 AM | Show all posts
nak tanye, @cmf_GAIA dh tgk Paan Singh Tomar tak?

dgr kate citer ni bagus...lakonan irfan khan tu dpt critics performance, so i guess citer die pun bagus gak..

satu lagi, filem romantik ala2 romeo & juliet - ishaqzadee...pun dpt rating ok-ok lah

perasan tak yg inspires producer india  buat filem2 sebegini mcm aamir khan, pengarah lagaan (tak igt nama)  & sanjay leela bansali?
diorg ni berani hasilkan filem2 yg bermutu akhirnya filem2 diorg berjaya box office di pawagam terutamanya aamir khan..

klu perasan lah, byk best hindi film sebelum era 20-an adalah bertemakan romantik...
tp start dr lagaan tu, aku rase producer hindi film dh mula bukak mata....smpi ade yg kecewa K3G patut menang best film kt filmfare awards
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2013 01:10 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 27-1-2013 12:59 AM
haish...vicky donor ko lom tgk kah? Ingat dah khatam habis dah.....first time sedut VD pun sub tak ...

susah gak nak carik yg high quality
prob ngan vicky donor mmg eng sub die...5-10 minit tgk aku dh give up dh...teruk sgt sub editingnya...
talash plak tak dpt lagi versi hd..tak seronok nak tonton
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 01:14 AM | Show all posts
xde yg best
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 01:18 AM | Show all posts
marul77 posted on 27-1-2013 01:14 AM
xde yg best

cuba lah tgk dulu...

sblm ni, mmg aku prejudis gak kt bollywood films sbb selalu sgt hasilkan filem2 aksi, romantik dan komedi kosong....
tp sejak berlapang dada tgk, the above films proves me wrong..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2013 01:27 AM | Show all posts
dauswq posted on 27-1-2013 01:08 AM
nak tanye, @cmf_GAIA dh tgk Paan Singh Tomar tak?

dgr kate citer ni bagus...lakonan irfan khan tu ...

haissh kao niih...harus tak baca habis post aku kat atas tu kan....dedua filem Paan Singh dgn Isshaq apa tu aku ada mention kat atas sana....

Aku rasa filem2 bagus dlm bahasa Hindi memang dah lama buat....tapi kebanyakannya dalam Parallel Cinema la, bukan mainstream....Parallel Cinema tak popular mcm mainstream tapi kalo tengok yg menang National Film Award tu selalu jugakla dari Parallel Cinema kan....kadang2 aktor mainstream mcm Amitabh Bachan or Preity Zinta pun berlakon dalam filem2 Parallel Cinema skali sekala.....now, diorang dah mula banyak masukkan unsur2 realism parallel cinema ni ke dalam mainstream. Seingat aku baca, filem Dil Chahta Hai tu yg trendsetter kot...filem tu awal lagi dari Lagaan. Farhan Akhtar buat filem tu based on life dia sendiri tak silap....yg Zindagi Na Milegi Dobara (aku ada beli dvd film ni kat Bangkok 3 bulan lepas tapi x tengok2 lagi) tu pulak kakak/adik dia yg arahkan. Pastu kalau pengarah Vishal Bhardwaj pun dah buat filem2 berkualiti dari awal 2000an lagi....Novel klasik inggeris William Shakespeare tajuk Macbeth tu dia adapt ke kisah underworld Mumbai, brilliant jugak la....then Anurag Kasyap yg buat Wasseypur tu pun banyak buat filem2 'parallel cinema' sebelum ni.....cuma pengaruh diorang ni tak nampak sangat sebab dulu2 mainstream Bollywood je yang conquer pasaran international...now zaman facebook ni org cepat kenal sapa2 yg talented.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 01:38 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 27-1-2013 01:27 AM
haissh kao niih...harus tak baca habis post aku kat atas tu kan....dedua filem Paan Singh dgn Issh ...

yup..ak terstop baca lepas gmbr tu hehe...
sorry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2013 01:40 AM | Show all posts
dauswq posted on 27-1-2013 01:38 AM
yup..ak terstop baca lepas gmbr tu hehe...
sorry

no worries....panjang sangat aku tulis excited menulis katanya.....

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 01:45 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 27-1-2013 01:27 AM
haissh kao niih...harus tak baca habis post aku kat atas tu kan....dedua filem Paan Singh dgn Issh ...

yup...
tp itulah klu tgk pd awards2 terutamanya filmfare awards kt hindi ni,
start dr lagaan ni diorg dh mula 'accept' parallel cinema films yg bukan mainstream lagik mase tu...sejak dr tu, makin kurang plak filem romantik menang best film...

national awards tu mmg sejak dulu cara penilaiannya same jek...


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 01:46 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 27-1-2013 01:27 AM
haissh kao niih...harus tak baca habis post aku kat atas tu kan....dedua filem Paan Singh dgn Issh ...

tgklah zindagi melo dora...
aku dh tonton 2 kali kot...

sejak dr tu, dh terfikir nak merantau spain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2013 01:49 AM | Show all posts
special mention: filem hindi terbaik sepanjang 2 tahun ni yg aku sudah tgk  bbrp kali semestinya - DELHI BELLY
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:22 AM | Show all posts
aku suka filem2 hindi yang dark, unconventional, tp meaningful..
dan almost always aku xsuka filem hindi yang terlalu elaborate dgn musicals dan pelakon2 popular (e.g. srk) tp x meaningful

antara filem2 'pelik' yang aku suka:
- dus kahaaniyan
- omkara
- lajja
- peepli live

sayangnya, filem2 sebegini kurang diterima sehinggalah kebelakangan ni..
dan tahun ni, bollywood took a large leap towards appreciating alternative movies..

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:24 AM | Show all posts
menjawab persoalan di atas, aku dh tengok beberapa je movie:

- talaash
- barfi
- kahaani
- english vinglish

among these 4, english vinglish is my first choice for the simplicity and the message carried effortlessly.
next is kahaani.. what an intriguing movie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 09:31 AM | Show all posts
dauswq posted on 27-1-2013 01:49 AM
special mention: filem hindi terbaik sepanjang 2 tahun ni yg aku sudah tgk  bbrp kali semestinya - D ...

Haaa.....Delhi Belly tu tayang seminggu je kat capsquare, bila rekomen kat kawan2 lain dah out dah.......mujur 1st time tgk tu gi ramai2 jugak n smua enjoy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.501560 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list