sempena bulan Safar Mubarak,ana mahu ceritakan pelbagai kisah benar berdasarkan kitab2 muktabar yang dibaca sebagai pengajaran kpd diri sendiri dan semua porumer....
KISAH 1
Saidina Omar al-Khattab r.a adalah seorang Khalifah yang banyak menangis siang dan malam....Pada satu hari beliau r.a sedang membanting gandum di kebun ....Tiba-tiba terdengar suara alunan bacaan Quran dari seorang sahabat berhampiran dan ayat tersebut menceritakan hari akhirat...
Beliau r.a menangis sehingga pingsan di kebun gandum...................................................... Last edited by GuaAnakMelaka on 11-1-2013 03:10 PM
Syed Qutub rahimullah (penulis fi Zilal Quran ) dibawa oleh dua orang tentera (atau polis ) untuk digantung....
berkata seorang tentera.."Tuan..adakah Tuan x takut kematian...?"
Syed Qutub menjawab " Apa aku nak takut...Tidakkah kematian itu akan menemukan aku dengan Rabb Jalil?"
tentera itu menangis dan terus menangis....selepas penggantungan,tentera itu meninggalkan dunia ketenteraan dan menjadi abid hingga akhir hayat.............
Abu Jahal adalah bapa saudara Nabi saw....dia terkenal dengan kejahatannya.Satu hari Nabi saw berdoa
"Ya Allah....Kau pilihlah salah seorang agar diberikan hidayah-Mu....Pilihlah sama ada Abu Jahal atau Omar....."
Allah swt memilih Omar al-Khattab ....setelah mengucap syahadah,Omar r.a ke Kaabah dan menghunuskan pedangnya
"Siapa-siapa yang mahu kehilangan nyawanya,marilah sini.....aku akan pancung sesiapa sahaja yang menyakiti Mohamad....." Last edited by GuaAnakMelaka on 10-1-2013 03:44 PM
Imam Syafei rahimullah amat terkenal dengan warak dan menghormati hadis saw...
1 hari ketika beliau mengajar di sebuah masjid,beliau sedang membaca tafsiran sebuah ahdis saw dan menahan kesakitan akibat penyakit buasir yang dialaminya...jubahnya basah dengan darah dan beliau tidak bangun hingga menghabiskan kuliahnya di masjid..beliau amat menghormati hadis hingga tidak mahu berhenti menafsirkan hadis yang dibacanya....
Salahuddin al-Ayubi rahimullah tidak tidur lena,makan x lalu ....ketika tentera Islam bermatian-matian menyerang Baitul Muqaddis,namun masih belum berjaya menewaskan musuh..Kubu musuh amat kuat.
Badan Salahuddin semakin kurus akibat kurang makan,kurang tidur dan banyak menangis solat tahajjud di waktu awal pagi...
Salahuddin memangil Ketua tentera dan menyusun strategi baru....
Ketua tentera bertanya " wahai Sultan....kau adalah pemimpin kami,kau adalah raja kami..mengapa badan mu kurus dan lemah..mengapa kamu tidak tidur dan makan ?"
Jawab Salahuddin " Bagaimana aku boleh tidur dengan lena dan makan dengan kenyang sedangkan aku belum berjaya membebaskan Masjidil Aqsa?"
Akhirnya Baitul Muqaddis berjaya dibebaskan setelah sengit dalam pertempuran...
MAKAM SALAHUDDIN RAHIMULLAH....
"Aku meminta kekuatan dan Allah memberikanku kesulitan untuk membuatku semakin kuat Aku meminta kebijaksanaan dan Allah memberikanku permasalahan untuk kuselesaikan Aku meminta keberanian dan Allah memberikanku rintangan untuk kuatasi Aku meminta cinta dan Allah memberikanku seseorang untuk kutolong Aku meminta sesuatu dan Allah memberikanku kesempatan Mungkin aku tidak selalu mendapatkan apa yang aku inginkan, tapi aku selalu mendapatkan apa yang aku perlukan...."
MUTIARA KATA SALAHUDDIN AL-AYUBI RAHIMULLAH....
1 hari Imam rahimullah yang juga guru Imam Syafei melawat tempat Imam Syafei rahimullah,dan kerana menghormati gurunya,Imam Syafei meminta Imam tersebut jadi Imam solat Subuh...
Ketika rakaat kedua ,Imam tersebut membaca Qunut sedangkan beliau berpendapat membaca Qunut solat Subuh tidak disunatkan......Imam Syafei tidak bertanya gurunya itu..
Pabila Imam Imam itu pulang dan bercerita kepada anak muridnya,lantas mereka bertanya
"Mengapa Tuan guru membaca Qunut di sana sedangkan di sini tidak?"
Jawab beliau "aku menghormati Imam Syafei....."
Begitulah tinggi akhlaknya Imam terbilang..........................
Pada 1 hari Imam Syafei rahimullah sedang mengajar kitab di masjid....Kemudian datang seorang arab badwi yang buruk rupanya dan compang camping pakaiannya.
Imam Syafei lantas bangun dan memeluk lelaki tersebut.Jemaah kehairanan....apa istimewanya lelaki itu?
Lantas Imam Syafei bercerita..
"Satu hari aku sedang menulis mengenai anjing....aku tidak mendapat jawapan..lantas aku pergi menemui lelaki badwi itu kerana dia memelihara banyak anjing....aku bertanya dia bagaimana nak mengetahui anjing itu cukup umur atau tidak?Lantas lelaki itu memberitahu anjing yg cukup umur mengangkat sebelah kakinya ketika kencing,manakala anjing belum cukup umur,tidak..Sebab lelaki itu memberikanku ilmu,maka aku amat menghormatinya...sebab ilmunya membantu aku menyiapkan penulisanku..."
Setelah dilantik menjadi Khalifah,Abu Bakar as-Siddik menyiapkan pelbagai pakaian untuk dijual di pasar.Abu Bakar adalah tauke kain cam aku...Ramai sahabat2 Nabi saw berniaga spt Abdul rahman bin Aur,Zubair bin Awwam,Osman bin Affan dll..
Omar al-Khattab pun berkata "Abu Bakar...wahai Khalifah...ke mana kamu?"
lantas dijawab Abu Bakar "berniagalah..kalau x berniaga,anak bini nak makan apa?"
"Jika kamu sibuk berniaga,siapa akan jaga rakyat?"balas Omar r.a
Setelah berbincang dengan Omar,Khalifah Abu Bakar diberikan gaji dan gajinya amat kecil,sekadar untuk belanja sekeluarga...
Maka Abu Bakar pun meletakkan jawatan sebagai tauke dan menjadi Khalifah hingga akhir hayatnya....
Pada 1 hari,isteri Abu Bakar menyediakan manisan yang amat sedap,lantas Khalifah bertanya
dari mana duit membeli makanan tersebut?
Isterinya menjawab "Kekanda....saya berjimat cermat setiap hari,dan berbulan-bulan dapatlah kumpul wang membeli manisan ini agar sekeluarga dapat makanan enak.."
Lantas Abu Bakar memotong gajinya..............Tiada lagi makanan enak dan lazat hingga nafas terakhir..........