View: 6508|Reply: 27
|
Laporan darah menunjukkan paras glukos saya 18.9 mmolll
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua,
Sham telah pergi ke Ipoh Specialist Centre pada hari Rabu lepas untuk check darah. Keputusan darah untuk paras gula adalah seperti print on the screen dibawah..Sham x dapat copy semua 4 pages report dr sebab semuanya dalam bentuk PDF.
Paras glukos dalam darah Sham setakat hari Rabu lepas adalah 18.9 mmolll. Dr. pakar tanya keturunan ada tak yang ada penyakit kencing manis. Saya kata takder...Apa-apa pun Sham harap sangat penyakit ini sementara sahaja. Dah tak makan dan minum yg ada gula dah...malam-malam ni lapar x tau nak makan apa...nasi sham x makan..sham makan laksa je...air teh tanpa gula..lapar lagi ni..rasa nak makan lago..tadi makan seketul buah orange..la ni lapar lagi..apa yg boleh di beli dna dimakan? katanya roti pun xleh...beras,beehun semua..alahai..saya nak makan..
|
|
|
|
|
|
|
|
soalan nya adakat ujian itu dilakukan semasa berpuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian darah dilakukan pada hari Rabu..Isnin sebelumnya saya pergi ke Klinik biasa dulu..bacaan darah 23 E.T..lepas g klinik..dr klinik kata suruh pergi segera ke hospital. saya buat keputusan ke Ipoh Specialist Centre di Ipoh. Kat kaunter kecemasan dr dan nurse suruh jangan makan dari pukul 12 malam sehingga 9 pagi..mereka suruh datang pada hari Rabu sebab pada hari Selasa Dr pakar masih bercuti..jadi Sham x menjamah apa2 malam sebelum rabu tu Last edited by sham159 on 16-2-2013 11:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tingginya bacaan tu. sepaptutnya bawah 6 kalau puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
makan beras perang ... banyakkan aktiviti pergerakan ... cuba minum jus peria (boleh buat sendiri) .... |
|
|
|
|
|
|
|
Wow..tggi gile bacaan tu..
kalo kat gomen hosp, confirm warded.. |
|
|
|
|
|
|
|
rebus cinnamon/ kulit kayu manis,,, minum air rebusan dia
if rajin blend buat serbuk
dia blh kawal dr nk mkn bnyk |
|
|
|
|
|
|
|
aldehyde posted on 19-2-2013 01:10 PM
Wow..tggi gile bacaan tu..
kalo kat gomen hosp, confirm warded..
Ha ah..Masa mula-mula Sham sampai kat Ipoh Specialist Centre..kat kaunter kecemasan..dia tanya nak masuk wad tak? Sham kata tak nak...sebab Sham jaga pusat tuisyen setiap hari dari 6.30 -10.30 malam..dari Isnin sehingga Khamis..kebetulan sekarang ni kerani pusat tuisyen baru berhenti..Sham pengurus situ..jaga....
Bila Sham buat rawatan dengan dr Pakar pada hari Rabu tersebut...Dr pakar juga tanya naik masuk ward tak? Sham kata tak nak sebab sihat je secara luarannya..
Macamana dengan makanan dan minuman? Susah sekarang nak makan..bayangkan tengahari tadi lapar...sham x tau nak makan apa...g kedai serba salah nak beli apa..roti boleh tak?
setiap pagi sham makan je nasi lemak....nasi goreng semua...cuma minuman teh tanpa gula atau air suam je...ok tak? please share kalau ada makanan lain yg boleh Sham makan?
Semuanya berubah.Sham jadi keliru..dulu makan sesuka hati..apa je nak makan
|
|
|
|
|
|
|
|
sham159 posted on 19-2-2013 10:30 PM
Ha ah..Masa mula-mula Sham sampai kat Ipoh Specialist Centre..kat kaunter kecemasan..dia tanya nak ...
kurangkan makan gula sintetik ...gula pasir ape yg korg beli kat kedai tu...
kalau minum air, mintak air tanpa gula...klu mahu minum jus, mintak dorg jangan bubuh gula...
karbohidrat mcm roti, nasi itu dah cukup sbb makanan tu pun hasilkan gula dalam badan...
ni artikel yg dicedok dari persatuan diabetes malaysia..
harap boleh diambil untuk info tambahan
Ketidakseimbangan gula darah 28 September 2008
Musim perayaan kian menjelang dan ketupat, rendang serta lontong merupakan juadah tradisi yang pasti tidak ketinggalan pada hari istimewa ini. Dengan makanan dan kuih-muih yang beraneka jenis pada waktu berbuka puasa dan Hari Raya, ada di kalangan kita yang terlalu menurut nafsu makan sehingga mengabaikan kesihatan.
Malah, kebanyakan daripada kita menggunakan perayaan atau sambutan sebagai alasan untuk makan atau minum secara berlebihan. Makanan dan minuman manis sememangnya sedap dan menyelerakan tetapi pernahkah anda terfikir tentang kandungan gula dalam hidangan tersebut?
Adakah anda sedar bahawa segelas air minuman berkarbonat (250ml) mengandungi lebih kurang 25 gram gula?
Tabiat pemakanan yang tidak sihat merupakan faktor utama terjadinya ketidakseimbangan gula darah. Ketidakseimbangan ini adalah keadaan di mana tubuh seseorang gagal mengawal gula dengan berkesan.
Insulin merupakan hormon yang bertanggungjawab mengawal paras gula darah dalam julat yang sepatutnya. Apabila badan tidak dapat menggunakan insulin secara berkesan atau kekurangan penghasilan insulin, ketidakseimbangan gula darah berlaku lalu menyumbang kepada diabetes melitus.
Selain diet yang tidak sihat, gaya hidup yang sedantari, stres dan berat badan berlebihan adalah antara faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah ini.
Apabila ketidakseimbangan gula darah berlaku
Sebenarnya, gula dalam darah tidak memberi kemudaratan sekiranya ia berada pada paras yang normal kerana gula adalah penting untuk sel otak.
Penurunan paras gula yang mendadak akan menyebabkan pitam atau koma. Ia turut mengganggu sistem saraf dan menyebabkan emosi mudah terganggu, sakit kepala, pening, lemah, letih dan kurang daya tumpuan.
Sel badan kita juga memerlukan gula dalam kuantiti yang sederhana untuk penghasilan tenaga. Akan tetapi, apabila berlebihan atau paras gula dalam darah adalah tinggi, ia meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Jika tidak terkawal, ia menyebabkan hiperinsulinemia, iaitu kenaikan paras insulin dalam darah melampau yang boleh merendahkan paras gula (hipoglisemia). Komplikasi lain termasuk trigliserida yang tinggi, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
Menangani masalah ketidakseimbangan gula darah
Terdapat beberapa jenis herba iaitu gymnema, fenugreek, holy basil dan peria yang terbukti bermanfaat dalam pengawalaturan gula darah. Bahan aktif dalam gymnema, asid gimnemik membantu menjana semula sel beta yang merembeskan insulin dalam pankreas dan meningkatkan pengeluaran insulin.
Ekstrak gymnema memberi kesan positif kepada penghidap diabetes dan apabila diberikan kepada mereka yang sihat, ia tidak memberi kesan hipoglisemia.
Fenugreek atau lebih dikenali sebagai halba boleh meningkatkan penggunaan glukosa dan memperlahankan penyerapan gula dalam tubuh. Halba juga merangsang pengeluaran insulin apabila paras gula meningkat.
Dalam satu kajian (Agrawal P. et al, 1996) yang melibatkan 40 pesakit diabetes, didapati paras gula darah menurun sebanyak 17.6 peratus dengan pengambilan herba holy basil (daun selasih).
Keputusan menunjukkan bahawa holy basil membantu merendahkan paras gula melalui peningkatan penggunaan glukosa dan penghasilan insulin. Peria atau nama saintifiknya, Momordica charantia pula bertindak merendahkan penyerapan glukosa dalam saluran usus.
Herba-herba tradisional ini sesuai untuk individu yang mempunyai paras gula darah yang tinggi atau mereka yang ingin mengekalkan paras gula yang sihat.
Jika diambil bersama, ia memberi kesan sinergi dan lebih berkesan dalam menangani masalah ketidakseimbangan gula darah.
Sumber: Utusan, 21. September 2008
Fenugreek atau halba (kt kedai arab/keling byk kot)
Ulam holy basil atau daun selasih
Peria
Last edited by dauswq on 20-2-2013 12:24 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sham159 posted on 19-2-2013 10:30 PM
Ha ah..Masa mula-mula Sham sampai kat Ipoh Specialist Centre..kat kaunter kecemasan..dia tanya nak ...
aku rase baik kau amalkan mkn halba/peria/daun selasih yg aku listkan td di samping kurangkan ambil gula sintetik..
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 20-2-2013 12:16 AM
kurangkan makan gula sintetik ...gula pasir ape yg korg beli kat kedai tu...
kalau minum air, m ...
Thanks dauswq..Info yang sangat berguna...Setakat ni benda yang senang dan mudah didapati adalah buah peria....Halba boleh g mana-mana kedai..Tesco atau AEON ada kot?
Buah peria tu elok kan kalau kita kisar buat jus? Sham suka buat jus orange..macam2 jenis fresh orange di kisar..
Halba ni rebuskan? minum airnya ke?
Daun selasih biasa didapati dimana yer?
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 20-2-2013 12:31 AM
aku rase baik kau amalkan mkn halba/peria/daun selasih yg aku listkan td di samping kurangkan ambi ...
'di samping kurangkan ambilan gula sintetik'
-Maksudnya boleh la ambil gula? walau sedikit?
|
|
|
|
|
|
|
|
sham159 posted on 20-2-2013 12:33 AM
Thanks dauswq..Info yang sangat berguna...Setakat ni benda yang senang dan mudah didapati adalah b ...
aku baru gugel tadi...
Consuming just 5 grams of 'fenugreek seeds' (Methi) daily help in reducing the blood sugar level, reveals an experiment conducted by the dietary department of a local hospital. This study comes as a good new to the large number of diabetic population in the country as after obesity diabetes is the disease that poses a major problem for the generation next residing in Metros.
Ruma Singh, chief dietician CMCH said based on the myth that consuming fenugreek seeds help reducing blood sugar level, the department carried out an experiment on trial basis. Thirty people above the age of 30 whose blood sugar level were above normal were given fenugreek seeds for a week and the results were encouraging.
kau kena hancurkan biji halba tu buat serbuk , pastu makan macam tu...kau terus minum air kalau rasenye agak "pedas/peda"
minum airnya sahaja rasenye tak de effect tuk kurangkan paras gula dlm badan...
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang kandungan gula berapa? |
|
|
|
|
|
|
|
sham159 posted on 19-2-2013 10:30 PM
Ha ah..Masa mula-mula Sham sampai kat Ipoh Specialist Centre..kat kaunter kecemasan..dia tanya nak ...
Ape kata ko g check dgn hosp kerajaan pastu nnt ko minta Dr tu referkn ko ke dietitian..
lg senang ko nak tanye memcm pemakanan kat diorg..
|
|
|
|
|
|
|
|
. rebus isi. sampai air jadi hitam. minum air rebusan. insyallah, mujarab. LABU KAYU. |
|
|
|
|
|
|
|
so sekarang ko on insulin ker, on ubat oral ker ape?? Kencing manis nie dia kena balancekan antara pemakanan, aktiviti harian dengan ubat yang ko makan... Kalu ko x makan dengan harapan nak rendahkan gula dalam darah ko pun x boleh jugak. Nanti ko pengsan plak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|