View: 3838|Reply: 34
|
[Tempatan]
Majlis kahwin langsung tanpa kehadiran pasangan pengantin
[Copy link]
|
|
NIBONG TEBAL - Satu majlis perkahwinan terpaksa dilangsungkan di sini sekalipun tanpa kehadiran pasangan pengantin.
Salmiah Ahmad, 56, ibu kepada pengantin perempuan berkata keluarganya terpaksa meneruskan majlis itu semalam kerana kad jemputan telah diedar kepada saudara mara dan sahabat handai, dan tidak sempat untuk ditarik balik.
Lagipun, segala urusan untuk kenduri telah dibereskan, katanya.
Anaknya, Nor Azlina Ismail, 23, keluar meninggalkan rumah Rabu lepas dan tidak pulang hingga hari ini.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Salmiah berkata Azlina keluar dari rumah tanpa membawa sebarang beg atau pakaian.
"Pada hari kejadian, saya dan suami ke mahkamah Jawi kerana ada urusan, manakala Azlina berada di rumah bersama adiknya.
"Dia suruh adiknya hantar ke jalan besar di hadapan perumahan ini.
"Dia beritahu adiknya yang dia nak keluar dengan kawan yang bekerja kilang dengannya sebelum ini, tetapi sampai malam Azlina tidak pulang.
"Ayahnya membuat laporan polis berhubung kehilangannya," kata Salmiah kepada pemberita di rumahnya di sini.
Salmiah berkata setahunya, Nor Azlina, anak kelima daripada enam beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga atau tunangnya.
Menurut beliau anaknya memang mahu mengahwini bakal suaminya.
"Azlina sayangkan tunangnya. Mereka dah bertunang tiga tahun," katanya.
Dalam pada itu, Salmiah berkata keluarganya tidak menolak kemungkinan anak gadisnya itu lari bersama seorang lelaki yang juga jiran mereka kerana lelaki itu juga hilang pada hari yang sama.
Ayah Azlina, Ismail Saad, 60, pula berkata mereka sekeluarga bimbang mengenai keselamatan Azlina dan merayu anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
"Kalau lelaki itu betul sukakan Azlina, bawalah dia balik ke pangkuan kami dan bincang elok-elok
"Kami sekeluarga boleh terima dia dengan baik," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap takde apa2 buruk berlaku..... |
|
|
|
|
|
|
|
minah tu dah selamat dah....... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada yg nak ckp minah ni kena bomoh kan  |
|
|
|
|
|
|
|
misti gaduh berebut warna baju pengantin nih... he he he |
|
|
|
|
|
|
|
depa cerita x habis ni.... maknanya makpak memang dah tau anak x mau kawin tapi paksa juga.
Dalam pada itu, Salmiah berkata keluarganya tidak menolak kemungkinan anak gadisnya itu lari bersama seorang lelaki yang juga jiran mereka kerana lelaki itu juga hilang pada hari yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau lelaki itu betul sukakan Azlina, bawalah dia balik ke pangkuan kami dan bincang elok-elok
"Kami sekeluarga boleh terima dia dengan baik," katanya. - Bernama
pada pemahaman aku, lelaki tu jiran mereka yg hilang kan...
kalau keluarga boleh terima ngan baik, camner lak ngan bakal suami azlina tu? xkan nak buang macam tu jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
charms posted on 18-2-2013 12:42 AM
misti gaduh berebut warna baju pengantin nih... he he he
alahaiii...reason ni x best laa...cer buat reason lain plak :p |
|
|
|
|
|
|
|
Tunang dia ada kereta Preve , jiran dia ada EX 5 ,... |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes hati berubah di saat akhir la ni! ala2 cite drama melayu sgt! pengantin lari lompat dr tingkap pastu lari ikut lelaki cinta sejati naik kuda..!  |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin tengah mengawan skrang ngan balak lain....  |
|
|
|
|
|
|
|
main larik2 la plak,buat malu family jah,adoila  |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 posted on 18-2-2013 01:02 AM 
ni kes hati berubah di saat akhir la ni! ala2 cite drama melayu sgt! pengantin lari lompat dr tingka ...
setuju2, kemungkinan besar ini lah penyebabnya 
|
|
|
|
|
|
|
|
kihkihkih...ini kes ku tak rela dikahwinkan dengan LELAKI ITO le ni...babila la baliknya....barua sat balik la tu...
kah kah kah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ... ha ... ha ....  |
|
|
|
|
|
|
|
tunang lama sangat sampai 3 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap tak kluar youtube nyanyi lagu ombak rindu sambil kesat2 airmata, kesat2 hingus... |
|
|
|
|
|
|
|
merajuk kaaw kaw ngan tunang ler tue... tu yang tetiba melarikan diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|