View: 37146|Reply: 416
|
[Tempatan]
TAKZIAH-3 pelajar IPTA maut selepas kereta Perodua Viva rempuh pembahagi jalan
[Copy link]
|
|
3 pelajar IPTA maut kereta rempuh pembahagi jalan
KEADAAN kereta Perodua Viva yang terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan menyebabkan tiga pelajar IPTA terbunuh manakala seorang cedera dalam kejadian di Lebuh Raya Persekutuan, di Shah Alam awal hari ini. - UTUSAN
MANGSA-MANGSA yang meninggal dunia (gambar dari kiri) Adam. Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan manakala Nurfarina Mokhtar (gambar kanan) tercedera.
SHAH ALAM 16 Jun - Tiga daripada empat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi ini.
Dalam kemalangan pada pukul 5.15 pagi itu, pemandu Adam Ab. Rahman bersama Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan yang duduk di bahagian penumpang belakang mati di tempat kejadian.
Bagaimanapaun, seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang duduk di sebelah pemandu bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan.
Kesemua mangsa berusia 18 tahun dan mereka baru mendaftar masuk ke IPTA masing-masing dua minggu lalu.
Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam); Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam) manakala Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, ketika kejadian, empat sahabat tersebut dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dari Shah Alam dipercayai selepas mengunjungi taman tema i-City di sini.
Menurutnya, setiba di lokasi, kereta berwarna kuning terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
"Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.
"Dua mangsa lagi ditemui dalam kenderaan tersebut namun seorang daripada mereka telah meninggal dunia kerana cedera parah,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ruslan memberitahu, kesemua mangsa yang maut akibat cedera parah di kepala dan anggota badan manakala mangsa yang cedera ringan hanya luka serta lebam di muka. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... jalan#ixzz2WMxFhO3h
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
dah balik kul 5 pagi, kalau tak mengantuk mesti pandu laju ni..
Al Fatihan buat arwah dan takziah buat keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti kwn rapat...
Uni lain2... |
|
|
|
|
|
|
|
dia org pegi berjalan2 kat I City shah alam..
I city tu buka sampai pagi ek??
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bawak laju + mengantuk. Tengok berita tadi katanya yang meninggal tu tercampak keluar dari kereta. Satu faktor yang sebabkan tercampak ialah tak pakai tali pinggang keledar |
|
|
|
|
|
|
|
jalan memang lengang kul 5 pagi..
memang sedap lah memecut..
|
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 16-6-2013 05:28 PM
Balik study group?
Nmpk gaya gitulah...mungkin setelah penat study di i-City maka kepenatan itu menjadi punca kpd berlakunya kemalangan maut. - REUTERS
Mudah2an yg terbunuh sempat bertaubat kpd ALLAH....tak kira sapa, semua pun kena bertaubat ye dop?
p/s: Sdkt nasihat dari org tua...kalau lelaki & pompuan naik keter bersama, eloknya jgn dok sebelah menyebelah...laki dok depan kedua2 & pompuan dok blkg kedua2 baru tak timbul pitenah...ingat tu peYno!
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau niat baik masa keluar tu..ke syurga lah..
kalau niat sonsang...Allah je lah yg maha mengetahui..
alfatihah utk adik adikku... |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu kemalangan adalah jam kurang lebih 05:25 pg...besar kemungkinan kesemua sdg bergegas menuju ke masjid utk solat Subuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada keluarga mangsa....
nak pesan jugak kat budak2 baru nak naik ni..... nak pi mana2 bgtau dulu parents....
lagi satu, kalo gi berfoya2 x kira la dgn family or dgn kawan2, ingat tuhan.... jgn leka syok sgt berhibur.... |
|
|
|
|
|
|
|
lately byk pula baca viva kemalangan. kereta ringan dipandu laju? |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri tgk keadaan kete terkopak tu.. kalu area sini jalan dia memang luruskan |
|
|
|
|
|
|
|
Age 18. Alahaiii......malas nk komen. AlFatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Boipren gepren la ni duduk sebelah2. tengah ringan2 romen2 tidak sebelum kamu menemui ajal kamu??? budak2 baru nak up gini lah gayanya bila pinjam kereta mak ayah bawak seperti babi ingin beranak sahaja. selayaknyalah kamu mampus sahaja bak kata ummi senah. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa air bag? Benda2 safety lain?? |
|
|
|
|
|
|
|
federal kalo pukul 5:15 pagi tu dah sibuk dh jalan die.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik tdo dr dok kuar pg2..takziah wat fmly mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
brownstone posted on 16-6-2013 06:05 PM
Berapa air bag? Benda2 safety lain??
Benda2 safety tu layak unt pemandu berhemah shj. Yg membabi buta, elok sedar diri drive keta apa supaya tau tahap risiko nyawa sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|