CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12837|Reply: 166

[Tempatan] {6} Hentak kepala bini sebab tak kejut sahur !

[Copy link]
Post time 11-7-2013 07:37 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.
   Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

   Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.


   “Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

   “Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya.    Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

  Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.

  “Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

  “Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.

   Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

  “Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.

  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11

p/s sape soh... dikejut tak bangun !

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 07:40 AM | Show all posts
bodo punya laki...tintong ape?..bini dah kejut ko yg x nak bangun pastu ko nak ngamuk kat bini..akai ada ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:41 AM | Show all posts
Sahkah pause kalu nak bunuh isteri
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:42 AM | Show all posts
gile ke ape suaminye tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:43 AM | Show all posts
Apa jenis sepecis lah org ni erk....
niatnya dah baik ( nak bersahur) tapi perbuatannya tu...berpenyakit gamaknya budak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 07:44 AM | Show all posts
masalah takde ilmu...
ada ilmu tak hayati...

tak tau mana lebih afdal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2013 07:44 AM | Show all posts
Baik la ko mkn ke xyah puasa dr dok pukul bini separuh mati...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:47 AM | Show all posts
lurve82 posted on 11-7-2013 07:44 AM
Baik la ko mkn ke xyah puasa dr dok pukul bini separuh mati...

khenzzz....

bengong punya laki....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 07:48 AM | Show all posts
ker.. tyme hubby nak pi dapur pagi tue.... segala juadah dah habis dimakan oleh binik tyme bersahur...
tak dok juadah nak dibaham .. tu yang buat hubby marah???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:48 AM | Show all posts
suami dia ni org PAS ke UMNO ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni dlm lokap polis kejutkan sahur
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:50 AM | Show all posts
MissNigga posted on 11-7-2013 07:48 AM
ker.. tyme hubby nak pi dapur pagi tue.... segala juadah dah habis dimakan oleh binik tyme bersahur. ...

Phd kan ada...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:50 AM | Show all posts
orang lain tak sahur pom puasa ok jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:54 AM | Show all posts
Si isteri itu patut ceraikan sahaja suami itu.

Tiada guna hidup bersama dengan lelaki sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:54 AM | Show all posts
lurve82 posted on 11-7-2013 07:50 AM
Phd kan ada...

Phd... apa tu noks? jelasin
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tido mampos pastu nk mengamok plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 07:56 AM | Show all posts
MissNigga posted on 11-7-2013 07:54 AM
Phd... apa tu noks? jelasin

Pizza hut delivèry la nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:58 AM | Show all posts
dahlah x reti nk bgn sendiri sahur ... b4 kwin agaknye mak yg kejutkan ... bengong
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:59 AM | Show all posts
Sikap sabar tidak ada lam diri.....puasa sepatutnya melatih diri untuk meningkatkan kesabaran....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:01 AM | Show all posts
isteri muda lak tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9290 Replies : 17
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 17440 Replies : 146
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 294260 Replies : 7302
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 12395 Replies : 166
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13221 Replies : 101
Kru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia.No 1 Singapore Airlines
YgBenarKru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf An
Views : 3346 Replies : 3
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 9727 Replies : 76
Kelakar
NinaniKelakar
Views : 8863 Replies : 6
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 2525 Replies : 0
Asal boleh kecam #2
BoomibulatAsal boleh kecam #2
Views : 4858 Replies : 34

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.070918 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list