CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2081|Reply: 2

IMAGINAERUM [FANTASI SI KOMA]

[Copy link]
Post time 22-7-2013 12:09 PM | Show all posts |Read mode


BAGI mereka yang meminati filem fantasi muzikal, filem ini pastinya dapat memberikan satu kelainan kepada mereka.

Mendapat sentuhan pengarah Stobe Harju, akuinya, bukan mudah untuk menghasilkan filem ini.

"Terdapat pelbagai karakter dicipta untuk filem ini. Malah ia juga menggunakan khidmat aksi lasak yang banyak.

"Saya dan krew perlu bekerja keras memastikan filem ini tampak hebat di mata penonton, bukannya filem yang kaku," katanya.

Tambahnya, menerusi Imaginaerum juga, penonton dapat melihat filem fantasi berbeza dari yang sedia ada.

"Di sinilah cabarannya kerana kita mahu membuatkan penonton menerima dan faham jalan cerita yang digarap.

"Lagipun, bukan semua penonton mampu berfikir apakah sebenarnya motif sesebuah filem itu," katanya sukar hendak terjemahkan ideanya ke dalam bentuk filem.

Berkongsi mengenai pelakon utamanya Quinn Lord, kata Harju, dia sangat mengagumi pelakon remaja itu.

"Dia mampu membawa watak tersebut dengan baik, malah karakternya tampak benar-benar hidup dalam filem," jelasnya.

Sedikit mengenai filem ini ia berkisarkan tentang seorang pesakit koma yang dihantar semula ke zaman kanak-kanaknya. Menerusi dunia fantasinya itu, dia perlu melawan penyakitnya sebelum terlambat.




Last edited by eddlisa_uyuk on 22-7-2013 08:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 05:21 PM | Show all posts
igtkan tim burtonnye cter
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 05:31 PM | Show all posts
ingatkan citer The Imaginarium of Doctor Parnassus
cite kat atas tue nmpk cam menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.118309 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list