CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32527|Reply: 306

[Tempatan] Produk Kecantikan Haram Dirampas (Respon Pengasas Produk Pg7)

[Copy link]
Post time 24-7-2013 05:18 AM | Show all posts |Read mode
Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu

Dua pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam.


HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.
Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.
Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.
Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.



Last edited by juliez on 25-7-2013 03:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2013 05:21 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya.
Dah beribu yg mkn ubt ni
Putih nya tdak jgk
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 05:37 AM | Show all posts
juliez posted on 24-7-2013 05:21 AM

apa kelayakan depa mengeluarkan produk2 mcm ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 05:40 AM | Show all posts
noor2 posted on 24-7-2013 05:37 AM
apa kelayakan depa mengeluarkan produk2 mcm ni...


tak tahu laa.. tp yg tokey tu dulu / even skrg pun owner pada BUTIK MAMA

rasanya betul dah produk ni.. kena tny kak lid utk pengesahan

@sayawifenikmie
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 05:41 AM | Show all posts
Pelik.... Bila dah popular x ingat baru la nknserbu bagai... Sian pengguna pengguna yg membeli tanpa usul periksa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2013 05:45 AM | Show all posts
juliez posted on 24-7-2013 05:40 AM
tak tahu laa.. tp yg tokey tu dulu / even skrg pun owner pada BUTIK MAMA

rasanya betul dah pr ...

tak berani guna produk tempatan...yang tak tahu asal usul..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 05:48 AM | Show all posts
izy posted on 24-7-2013 05:41 AM
Pelik.... Bila dah popular x ingat baru la nknserbu bagai... Sian pengguna pengguna yg membeli tanpa ...


i lg pelik knp owner tak apply all the requirement cert dulu sebelum pasarkan produk?

tak ker nak membunuh pengguna mcm tu.. and produk ni pun baru lg kan? rasa mcm baru thn ni nmpk org promote2 dkt fb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 05:49 AM | Show all posts
Bahan mknan apa yg digunakan tus?
Gula ker?
Ker tepung?
Sapa sapa yg da beli, mintak blk duit semula..
Padan laa jual online jah..
Pastu gambo testi semua gambo guna apps 360..
Iolsss pnh TERserempak blogger yg jual menda alah neh n mkn..
Gmbo dlm blog licin flawless bagai kulit..
Nan ada noks depan depan..
Iolss nasihatkan kalo nk beli sgt menda alah mcm neh, cod jah..
Blh tgk testi btl btl..
Kalo x seperti yg di blog, tak yah beli..
Duit uolsss jgk pong..
Neh kalo blogger jual, kemain laaa hadap nk membeli..
Yg sakit smua, sapa nk tanggung..
Doktor belaja lima tahun nk kasi pesakit ubat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 05:53 AM | Show all posts
Sama jgk tudung baju bagai..
Mark up smp sepuluh kali ganda kekdahnya..
Padahal amik kat kenanga jln tar gm bagai..
Tp sbb blogger yg jual, rasa aura lain gamaknya..

Hati hati laa nk mkn menda alah putih putih mcm neh..
Efek buah pingang nt..
Kalo da start rasa jantung ala berdebar, sesak nafas..
Baik hentikan pengambilan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 05:57 AM | Show all posts
lonely_surina posted on 24-7-2013 05:49 AM
Bahan mknan apa yg digunakan tus?
Gula ker?
Ker tepung?



ni ker yang kaka cerita dkt benang blogger tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 06:00 AM | Show all posts
Produt macam nie senang je pi order kat Thailand and Filipina byk  jual lepas  tu bungkus taruk bran sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 06:06 AM | Show all posts
juliez posted on 24-7-2013 05:57 AM
ni ker yang kaka cerita dkt benang blogger tu?

yg mn noks?
cod tus ker?
kalo cod, blh tgk kulit yg kata mkn menda alah putih putih neh..
putih flawless sgt ker efeknya..

kalo btl btl nk putih, tgk mek adira..
itu testi TERbaik..
bakal menikah vip lg..
raya oun kat kelate thn neh..
make budu laa ada kolagen semulajdi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 06:08 AM | Show all posts
lonely_surina posted on 24-7-2013 06:06 AM
yg mn noks?
cod tus ker?
kalo cod, blh tgk kulit yg kata mkn menda alah putih putih neh..


aritu kaka ada cerita pasal terjumpa blogger jual produk kecantikan dkt luar, tp muka tak flawless pun

blogger tu jual produk yg ni ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 07:44 AM | Show all posts
bahaya...
tu la..apa2 produk kecantikan patutnya ada research..jurnal..
contoh la..mcm produk himalaya..siap ada jurnal, jd kita dah tau ini hasil kajian penyelidik saintis smua..

kdg2 nak tau gak, mana dpt bhn2 mentah utk diproses..adakah import dr luar bertong-tong..mai sini cmpur2 campak2...jadi produk pastu jual mahai..
hrga produk2 ni plak bukan murah..jual online lg la...mark up gila2 punya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasibla aku tk makan ubat2 gitu. Kalau makan main tala smua kulit mcm kulit kerang bekerak itu yg nak putih gebu mulus mcm retis2. Retis tu ubat dari mana dia ambik. Sah2 kena autar pembeli online ni. For me never never forever..all this is bullshit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 07:54 AM | Show all posts
jaman skrg, ramai jer usahawan2 melayu terlibat dalam industri menghasilkan produk kecantikan....
tak tau safe pakai atau idak....
iols mmg tak pernah beli prouk kecantikan made locally .... tak berani
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 08:06 AM | Show all posts
MissNigga posted on 24-7-2013 07:54 AM
jaman skrg, ramai jer usahawan2 melayu terlibat dalam industri menghasilkan produk kecantikan....
t ...



Uols kalau mkn sampai 100botol aurawhite pun tak tentu lg putih kulit tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 08:06 AM | Show all posts
Tuhan tidak menilai manusia kat rupa paras....remember that...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 08:15 AM | Show all posts
skrg ni aku tgk mcm2x jenis produk berpesta kat fesbuk.. bedak arab la.. tanakata la.. ape benda nya.. risau aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068021 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list