CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7823|Reply: 51

Populariti Nabil semakin kurang

[Copy link]
Post time 23-8-2013 05:09 PM | Show all posts |Read mode


Pelawak, pelakon, pengacara dan juga juruhebah Nabil Ahmad menyifatkan penglibatannya dalam rancangan permainan komedi popular Super Spontan yang bakal bersiaran di Astro Warna akan dapat membantu menaikkan semula populariti dirinya.

Jelas Nabil, setelah kurang melibatkan diri dengan program-program jenaka khususnya terbitan Astro, dia dapat merasa popularitinya semakin menurun, apatah lagi dengan kemunculan banyak bakat-bakat baru.

"Saya akui sejak kebelakangan ini populariti saya semakin menurun, jadi saya membuat keputusan untuk menyertai pertandingan ini untuk mengukuhkan lagi jenama saya sebagai seorang pelawak tanah air.

"Ini kerana setelah mendirikan rumah tangga, saya lebih banyak memberi fokus sebagai ketua keluarga selain banyak melakukan tugas-tugas luar yang kurang liputan media," katanya.

Nabil ditemui sewaktu sidang akhbar Super Spontan 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sama seperti musim terdahulu, seramai 14 pelawak akan bertanding dalam dua kumpulan iaitu Ketam Konfius dan Semut Sentap.

Selain Nabil pelawak lain yang terlibat termasuklah Johan Raja Lawak, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Yus Jambu, Noorkhiriah dan Almy Nadia.

Tambah Nabil, sungguhpun dia berniat untuk kembali menaikkan popularitinya sebagai pelawak, tetapi itu tidak bermakna dia amat mementingkan aspek tersebut namun ia tetap merupakan satu bonus yang baik buat seseorang artis.

"Apa yang penting, program ini memberi saya peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan pelawak lain kerana kesemua peserta adalah rakan-rakan baik saya.

"Mungkin di waktu biasa kami tidak dapat berjumpa, tetapi dengan adanya program ini dapat juga kita mengeratkan lagi silaturrahim antara peserta," katanya.

Nabil yang kini bahagia dengan isteri dan anak tercinta turut mengatakan dia selesa dengan kehidupannya sekarang kerana karier seni dan urusan keluarga berjalan secara serentak.

"Sejujurnya saya selesa dengan keadaan saya kini, walaupun tidak popular seperti beberapa tahun yang lalu, namun rezeki itu berterusan dan memang benar kata orang, setelah mendapat anak rezeki semakin bertambah dan stabil," jelasnya.

Selain menyertai Super Spontan 2013, Nabil juga terlibat dengan sebuah telemovie berjudul Kain, Jarum Dan Gunting yang turut menggandingkan dirinya dengan pelawak-pelawak tanah air lain.


kau nak popular smpai mana? xkn boleh challege mr bean la lawak kau

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 05:16 PM | Show all posts
dulu aku nyampah dgn dia, skg semnejak jd host meletop n selalu buat show dgn mekiti. jd suka minat lak kat nabil nih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 05:39 PM | Show all posts
bagi peluang kat jep pulok
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 05:39 PM | Show all posts
tp nabil lawak jah dalam karut komedia x2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 05:45 PM | Show all posts
hihi .. semoga berjayabang bil
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:01 PM | Show all posts
keep it up bil!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2013 06:04 PM | Show all posts
suka dgn nabil...semoga berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:06 PM | Show all posts
suke juge, nabil lucu.. walaupon kadang2 lawaknyer ke laut juge .. heee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni x lawak sgt...dibuat buat je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:39 PM | Show all posts
dulu suke tgk dia wat lawak..tp skrg mcm over pulak..entah lahh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:49 PM | Show all posts
bukan byk ke job ko bil kat estro terutama kat ceria
aku sokmo mengikutinya krn aku takda pilihan lain..boss kenit kat umah asik nak tgk ceria je

dia neh bagus tang jd pengacara tak mostahil leh ganti paknil n ac mizal tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dlm spontan nabil kelakar jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bolehlah layan lawak die ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:18 PM | Show all posts
Best je lawak dia dalam karoot komedia x 2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:27 PM | Show all posts
Dlu masa popular ko tinggalkan Astro, skrg cari makan balik kt Astro ye Bil..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:28 PM | Show all posts
aku suka dia jadi pompuan kat karot komedia..perasaan hot...klu pakai tudung plk ejaz tudung sambil jelir2 lidah..bila duk halamak lentok mcm pompuan gedix kardasian gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 07:56 PM | Show all posts
aku waktu tengok di masuk raja lawak dulu, aku rasa lawak dia mmg berkualiti, orang ramai meluat ngan dia lepas kes Irma tu jer...

paling vongok punya lawak sakarang ni Zizan, lawak celah kangkang jer kojernyer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 08:21 PM | Show all posts
Dia ni ok gak mengacara.. And lagi ok dr AC tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 10:43 PM | Show all posts
nabil kat meletop lawak...aku suka je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 10:53 PM | Show all posts
teruskan usaha, put aside personal story.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.077642 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list