Kontrak mengarut
Seremban: “Kontrak itu mengarut. Siapa mereka (MIG Production) untuk tidak membenarkan orang lain bercinta dan berkahwin, sedangkan itu fitrah Tuhan,” tegas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi mengulas kontroversi menimpa pelakon jelita, Wawa Zainal, 22, dan suaminya, Aeril Zafrel, 25, yang bernikah secara rahsia.
Zed Zaidi yang melahirkan kekecewaan terhadap syarat tidak masuk akal MIG Production yang menghalang artis naungan mereka tidak boleh bercinta atau berkahwin hingga mereka terpaksa berkahwin secara rahsia dan mencetuskan kontroversi, minggu lalu. “Dari dulu lagi saya memandang syarat produksi itu mengarut kerana siapa kita untuk menghalang perasaan orang lain (bercinta dan berkahwin)? “Kontrak itu tidak munasabah dan perlu dimansuhkan kerana adalah tidak wajar mencampur-aduk antara kerjaya dan peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Menurutnya, dalam tempoh terdekat ini dia akan menemui Ketua Pegawai Eksekutif produksi itu, David Teo menggesa syarat dalam kontrak itu dimansuhkan segera atau SENIMAN akan membuat laporan polis.
“Kami (SENIMAN) tidak teragak-agak memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Lembaga Buruh Malaysia (LBM),” katanya yang berpendapat syarat terbabit menafikan hak asasi pelakon.
Dalam pada itu, Zed menyokong tindakan Aeril dan Wawa yang memilih untuk berkahwin bagi mengelak melakukan maksiat.
“Kalau itu (bercinta dan berkahwin) pun mahu ditetapkan MIG, kenapa tidak adakan syarat setiap artis naungan mereka juga dihalang berjumpa keluarga masing-masing?” katanya sinis.
Sementara itu, David ketika dihubungi berkata, beliau menyahut cabaran Zed yang mahu berjumpanya untuk membincangkan mengenai kontrak dan syarat artis di bawah naungan produksinya tidak boleh bercinta dan berkahwin.
Last edited by tapibukanaku on 4-11-2013 08:57 AM
|