CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41996|Reply: 227

SLOT AURORA: CINTA PANDANG KE-2 [IZARA & DAZRIN] MULAI 5 DIS, 8.30 MALAM

[Copy link]
Post time 22-10-2013 03:49 PM | Show all posts |Read mode
CINTA PANDANG KE-2
Sebuah drama diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf. Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9. Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi...



Blurb belakang novel

"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis dari penulis

Di sini ZAIRUL HASMAT, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia merantau hingga ke Tokyo untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan yang telah dikhianati. Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan semua yang telah ditinggalkan.Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya telah menjadikan dia manusia yang hidup dalam bayang-bayang silam.

Sumpahan cinta pertama menghantui dirinya walau dikelilingi ramai wanita jelita.

Katanya "Lelaki kalau hendak memikat, modalnya air liur saja.”

Katanya lagi "Seorang playboy mesti patuh pada undang-undangnya sendiri." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.
Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Lalu dia mengambil keputusan menjadi seorang mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang dihadapinya tetapi dia tetap mengentalkan semangat demi membuktikan yang dia juga boleh berjaya tanpa perlu duduk di kerusi empuk.

Di sana AINNUR AZLEEN, seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta lagi. Tetapi cinta itu tetap mengundang tanpa pamitan salam. Cinta kedua rupanya juga membawa kecundang. Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara.

Katanya "Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria."
Katanya lagi " DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.

Forgive and forget. Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.

Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.

Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.

Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.
Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.











credit to : fb penulis & CPK

Hmmmmm En Azlan & Zara Aishah.. cc @viscose
Last edited by tiewa on 29-11-2013 12:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 05:50 PM | Show all posts
checkkkk innnnnnnnnnnnnnnnn wakakakkaakkaakka

citer ni la kan yg katanya nk gandingkan mena serpa ngan pn.zara sekali lg tp mena serpa x free plak

melepas la lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 06:40 PM | Show all posts
iols aritu kebetulan masa jualan gudang kt kilang karangkraf iols main amik je novel ni sbb diskaun 30%..x sangka plk buat drama...dazrin tu dikira seswai la jd zairul sbb dlm novel ni zairul digambarkan muka ala2 pelakon pinoy diether ocampo yg mmg handsome giler tuh...tp novelnyer nyer,dh lebih dr separuh buku iols baca,hero blum lg bertembung ngan heroin..best gak la novelnyer...btw sape yg pegang watak dr redza?normiang ke?n sape pegang mak ainnur si cinta lama dr redza?muka ainnur ngan mak nyer tu digambarkan muka pelakon eja..klau eja jadi maknyer pn ok jgk harap2 dorang btul2 shoot kat uni kt UK ngan japan...xmau la klau setakat buat kt ms'sia jek
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 06:45 PM | Show all posts
gambaran muka zairul



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan konflik citer nih...


Eh..eh lupe nak cek in.dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 08:32 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 22-10-2013 05:50 PM
checkkkk innnnnnnnnnnnnnnnn wakakakkaakkaakka

citer ni la kan yg katanya nk gandingkan mena serpa ...

ye ker?tak tau plk..

apa nak jadi.. apa nak jadi.. sampai sekarang tak berganding lagi.. apa nak jadiiiiiiiiiiiiiiiii..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2013 08:33 PM | Show all posts
shiraloveyou posted on 22-10-2013 06:40 PM
iols aritu kebetulan masa jualan gudang kt kilang karangkraf iols main amik je novel ni sbb diskaun  ...

ooo uols dah baca la eh.. katanya novel ni berdasarkan kisah benar..

dr redza tu tak taulah..norman hakim kot..
maknya ainnur bkn eja tp maria farida..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 08:41 PM | Show all posts
mrszack1 posted on 22-10-2013 08:03 PM
Boleh tahan konflik citer nih...

hmm bole tahan la..iols tak berapa gemar citer yg berkonflik-konflik neh dan tak berapa layan sgt drama2 tv9..
tp kalo citer ni ok, layan je la kot..

mungkin sbb ada izara jgk..dazrin tu iols tak minat tp suka tgk dia dlm citer jodoh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 09:00 PM | Show all posts
tiewa posted on 22-10-2013 08:33 PM
ooo uols dah baca la eh.. katanya novel ni berdasarkan kisah benar..

dr redza tu tak taulah..no ...

ye ke si normiang jadi dr redza?ermm,klau fahrin jd dr redza lg best kot tp sian plk fahrin pegang watak jahat normiang tu rasa mcm x cukup hensem utk dr. redza yg romantik n buat ainnur jatuh chenta kt dia cmne la normiang ngan izara nk lakonkan scene kat hotel tuhsuspen nyer

iols rasa kesah benar tu maybe part hujung2 citer time zairul ngan ainnur terserempak kt phuket n bercuti sesama...masa dorg kt airport utk blk m'sia,ainnur kena tahan dgn pegawai imigresen sbb kononnye ade masalah..time ni dia ngaku yg zairul tu suami dia padahal dorg xde apa2 ikatan pn....then dia kena lock up smpai problem tu selesai n pegawai tu mintak lebih kurang 10K utk sehari ditahan...mmg ade kes org m'sia kena tahan dgn pegawai imigresen airport kt thailand sbb kononnye mencuri la,etc padahal pegawai tu cuma nak duit je...byk kes cmni terjadi jgk pd pelancong dari negara2 lain..iols ade terbaca kes ni kt facebook..so sape2 yg nk bercuti kt thailand tu,hati2 la eh..

dah nak dkt hujung2 tu baru iols tau yg sebenarnya zairul ni kerja kt tempat ayah dia..ayah dia dh buat suatu perjanjian dgn dia..so dia kerja jadi mat despatch tu pn dia usah sendiri apply sndiri..xde sape pn yg tau dia tu sebenarnya anak tansri tu..ade double degree klau x silap...satu engineering kt jepun,satu business...mmg watak zairul ni mmg perfect dr segala segi...

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:03 PM | Show all posts
tiewa posted on 22-10-2013 08:41 PM
hmm bole tahan la..iols tak berapa gemar citer yg berkonflik-konflik neh dan tak berapa layan sgt  ...

iols pn kurang skit bila dazrin pegang watak zairul.....uols rasa sape lg pelakon lelaki yg seswai?

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:47 AM | Show all posts
shiraloveyou posted on 22-10-2013 09:03 PM
iols pn kurang skit bila dazrin pegang watak zairul.....uols rasa sape lg pelakon lelaki y ...

aiman hakim redza...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tiewa posted on 22-10-2013 08:41 PM
hmm bole tahan la..iols tak berapa gemar citer yg berkonflik-konflik neh dan tak berapa layan sgt  ...

Hmm..ntah la nak layan ke tidak..sebab tak minat dazrin...

Izara pun..hmmm...so so je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:11 AM | Show all posts
check in..uiks..ada cite baru ek..ku nampak nama z terus terjah cn...... mcm best je..ku layan je dua2 ni sama2 nampak sempoi n sengal
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:58 PM | Show all posts
tiewa posted on 22-10-2013 08:32 PM
ye ker?tak tau plk..

apa nak jadi.. apa nak jadi.. sampai sekarang tak berganding la ...

gandingan slps VC katanya nk buat VCTM
dah bertahun menanti sampai sudah tk jadi2

kabo angin bertiup katanya nk digandingkn lg
kali ni utk drama adaptasi tp heronya plak tk freeeee

melepas lah lagi........ wakakakkakakakaka

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:59 PM | Show all posts
rarageng posted on 23-10-2013 09:47 AM
aiman hakim redza...

hamboi sepat ajer jwb
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:24 PM | Show all posts
aihh...ingat nak digandingkan lagi dgn mena serpa....melepas lagi lahhh..
mana x freenya...mena serpa duk menyendel dgn nawal husna....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 04:34 PM | Show all posts
alahai jln citer mcm dah best tp heronye.. humm arap mamat ni improve aa lakonan dia, takmo aa kayu kayannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn............
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pjjku posted on 23-10-2013 11:11 AM
check in..uiks..ada cite baru ek..ku nampak nama z terus terjah cn...... mcm best je..ku layan je  ...


Ku berikan kau petunjuk...arah jalanmu...ngehngehngeh.

Meh.meh..layan citer baru awek mat semprit 10 tahun kemudian..kuikuikui... Last edited by mrszack1 on 23-10-2013 06:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
suffiya.aziera posted on 23-10-2013 01:58 PM
gandingan slps VC katanya nk buat VCTM
dah bertahun menanti sampai sudah tk jadi2


Wau vc dah lebih setahun hero heroin tak pernah bergandingan lagi...epik sungguh....bau ikan masin sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:14 PM | Show all posts
mrszack1 posted on 23-10-2013 06:17 PM
Wau vc dah lebih setahun hero heroin tak pernah bergandingan lagi...epik sungguh....bau ikan masin ...

slps vc drg digandingkn kembali dlm vc raya..tp pastu mmg x de dah....tp xper lah takdir tuhan itu indah katanya..n setiap apa yg diberi pasti ada hikmahnya kata amir serap....apa2 pom pentegar2 vc akan tehtap bersabar dan ingat pesan pn.zara sabar itu ajaib

p/s- drg nk tunggu tahun 2020 kot baru nk gandingkan blk...masa tu buat vc versi zaramir dah bercucu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.483324 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list