View: 2541|Reply: 7
|
[Tempatan]
{6} JPJ guna sistem baru mySIKAP !
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur, 1 November : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan sistem komputer baru mySIKAP di semua pejabat JPJ di seluruh negara mulai hari ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad berkata sebagai langkah awal, JPJ negeri menampal notis pemberitahuan dan membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada pelanggannya, termasuk melalui portal, facebook dan twitter jabatan mengenai perkara itu.
“JPJ juga membuka bilik gerakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya mulai hari ini untuk memantau isu teknikal atau gangguan sistem semasa pelaksanaan penggunaan sistem baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu beliau berharap pelanggan yang berurusan di semua pejabat JPJ bersabar sekiranya berlaku sebarang gangguan urus niaga ketika pelaksanaan penggunaan sistem baru ini di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai hari ini.
Penggunaan sistem mySIKAP adalah hasil yang diperoleh daripada perintis pelaksanaan sistem komputer mySIKAP secara menyeluruh yang dijalankan di JPJ Melaka dan Perlis pada 21 Oktober hingga 28 Oktober lepas.- BERNAMA
p/s mudah2an mySIKAP berjaya tukar sikap pengguna dan penguatkuasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
ubah sikap... jgn siakap... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama dah kan mysikap ni...haritu sek2 JPJ sibuk buat tour kat shopping2 mall mintak org daftar mysikap.. |
|
|
|
|
|
|
|
calling for birah bebes @philipinoe2
|
|
|
|
|
|
|
|
jpj- jabatan pling jahat dan lembab, tempat lambakan org melayu mkn duit runner |
|
|
|
|
|
|
|
baguslaa buat sistem baru dekat2 orang nak cuti panjang...
harini suma offline sistem JPJ kat pejabat pos suma..ramai laa orang balik kg takda roadtax..
benda simple camni tak boleh nak pikir kaaaa...
nak mula pon buatlaaa minggu depan ka... |
|
|
|
|
|
|
| |
|